BENARLAH 
kata-kata sikap lelaki memang sukar ditelah. Perangai mereka ada kalanya 
memeningkan kepala wanita terutama yang mencintainya. 

Sesanda perlu 
menunjukkan rasa kasih mendalam terhadapnya demi meraih cintanya. Walaupun pada 
dasarnya cinta tidak semestinya berakhir dengan perkahwinan, anda harus memberi 
sebahagian hati untuk membuat dia tertawan. 

Untuk merasai lebih 
dicintai, anda sendiri harus mengetahui apa yang disukai lelaki pilihan anda 
itu. Jika lelaki sukakan wanita yang memenuhi cita rasanya, cubalah belajar 
mengenali hati lelaki. 

Mana tahu sikap anda yang pandai mengambil hati, 
tidak mementingkan diri sendiri selain boleh bertolak ansur menjadi faktor 
lelaki itu memuja anda suatu hari nanti. 

Lelaki juga tidak suka wanita 
yang mengada-ngada selain wanita yang agak ¡ganas¢ dalam bergaul. 

Untuk 
itu, tatacara pergaulan perlu dijaga supaya anda menjadi wanita yang 
lemah-lembut dan berhemah sepanjang pergaulan. Ia penting kerana anda tidak 
terlalu menampakkan sikap yang membuatkan lelaki cepat muak atau meluat. 


Mungkin anda boleh mencuba petua ini, mana tahu persahabatan yang 
disemai berakhir dengan ikatan suci. 

Jadi pendengar 
setia 
Lelaki suka wanita menjadi pendengar setia dan tidak suka 
kaum hawa yang suka membangkang. 

Suka dimanja. 
Yang 
paling penting, lelaki suka dimanja dengan belaian dan kata-kata romantik. 


Tarikan derapan kasut 
Bunyi derapan kasut ketika 
berjalan juga mampu menarik perhatian lelaki. 

Jangan bersolek 
tebal 
Lelaki tidak suka jika anda memakai alat solek terlalu tebal. 


Ingat hari pentingnya 
Mengetahui bila hari lahirnya 
antara resipi penting yang perlu diketahui. Berbuatlah sesuatu untuk hari 
pentingnya itu. 

Hormatinya 
Menghormati dirinya, 
keluarga dan teman-teman yang rapat dengannya. 

Jangan terlalu 
kebudak-budakan 
Bersikap matang dalam tutur kata dan tingkah laku. 
Lelaki tidak suka wanita yang bersikap terlalu kebudak-budakan. 


Agresif 
Lelaki suka sikap wanita yang agresif. 


Jangan terlalu seronok 
Jangan terlalu seronok 
ketika bertemu dan berbual dengannya. Contohnya berbual terlalu lama di telefon 
untuk perkenalan pertama. 

Jangan ganas 
Jangan 
terlalu bersikap kelelakian dan ganas dalam pergaulan. 

Jangan 
terlalu baik 
Jangan terlalu menunjukkan bahawa kamu ini terlalu 
baik dan sempurna. 

Jangan perasan 
Jangan perasan 
bahawa kamu ini mempunyai paras rupa yang jelita. 

Sikap 
sederhana 
Sentiasa memegang prinsip sederhana dan tidak boros di 
dalam perbelanjaan. 

Sikap keibuan 
Bersikap keibuan 
adalah antara petua yang perlu dititikberatkan. 


Lemah-lembut 
Sentiasa bercakap lembut dengan 
mereka. 

Sensitif 
Ketahuilah mereka adalah golongan 
yang terlalu sensitif dan sukakan kelembutan apatah lagi daripada seorang 
gadis. 


Kenali dirinya 
Kenali siapa dirinya yang sebenar 
sebelum anda memulakan langkah untuk memikat. 

Jaga 
kecantikan 
Lelaki sukakan wanita yang suka menjaga kulit. Jangan 
biarkan wajah anda dipenuhi jerawat batu! 

Gaya kemas 

Aset penting bagi anda untuk memikat lelaki adalah mata, punggung dan gaya 
langkah yang kemas. 

Jangan kuno 
Jangan bersikap 
terlalu kuno. 

Sering tanya khabar 
Bertanya khabar 
sekurang-kurangnya dua kali seminggu supaya tali persahabatan anda dengannya 
tidak putus begitu saja. Mungkin suatu hari nanti sikap anda yang terlalu 
mengambil berat mampu menarik perhatiannya. 

Jujur dalam tingkah 
laku 
Usia dan bentuk badan bukan menjadi ukuran penting tetapi 
kecerdikan, kejujuran serta tingkah laku yang bersopan-santun. 


Suka yang beragama 
Lelaki sukakan seorang wanita 
yang beriman dan beragama namun begitu anda tidaklah perlu terlalu alim. 


Tidak mudah dipermainkan 
Menunjukkan bahawa anda 
bukanlah seorang gadis yang mudah dipermainkan selain tidak terlalu merengek 
dan 
mengada-ngada. 

Jangan tunjuk lemah 
Jangan tunjukkan 
kelemahan anda ketika berada di samping lelaki yang anda minati. 


Tunjuk matang 
Lelaki sukakan wanita yang bijaksana 
dan matang serta mudah diajak berbincang. 




 
Inspirasikan Hidup Anda Dengan Mutiara Kata,
Dapatkan Koleksi Mutiara Kata Terus Ke Telefon Bimbit Anda Setiap Hari,
Eksklusif di EvolusiSMS.com
  

   






      
____________________________________________________________________________________
Don't let your dream ride pass you by. Make it a reality with Yahoo! Autos.
http://autos.yahoo.com/index.html
 



[Non-text portions of this message have been removed]



http://www.bukusiber.com
http://www.giantproduct.com 
Yahoo! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/Gadis-Melayu/

<*> Your email settings:
    Individual Email | Traditional

<*> To change settings online go to:
    http://groups.yahoo.com/group/Gadis-Melayu/join
    (Yahoo! ID required)

<*> To change settings via email:
    mailto:[EMAIL PROTECTED] 
    mailto:[EMAIL PROTECTED]

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [EMAIL PROTECTED]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/
 

Kirim email ke