Drama Tiger Woods Singapura
NEO (kanan) menangis semasa isterinya bercakap pada sidang media di Singapura 
semalam.
________________________________


SINGAPURA – Seorang pengarah filem terkenal di Singapura, Jack Neo
digelar sebagai Tiger Woods di kalangan kolumnis dan penulis blog bukan
kerana kehebatannya di padang golf.
Namun, gelaran itu diberikan kerana beberapa skandal hubungan sulit
yang mencemarkan imejnya sebagai pengarah filem paling disayangi di
negara berkenaan.
Pada satu sidang media secara langsung menerusi televisyen semalam
yang mirip sidang media pengakuan Tiger Woods, Neo mengaku menipu
isterinya.
Pengakuan itu merupakan kemuncak kepada pendedahan selama seminggu
mengenai hubungan Neo bersama seorang model berusia 22 tahun sejak dua
tahun lalu.
Beberapa artis dan model yang berbakat besar termasuk seorang yang
berusia 16 tahun pernah membuat kenyataan kepada beberapa akhbar
tabloid tempatan pada minggu ini bahawa Neo secara agresif cuba
menggoda mereka.
Neo turut menjanjikan untuk menjadikan mereka bintang di dalam filemnya.
“Semuanya salah saya. Tolong beri peluang pada kami,” kata Neo, 50,
sebelum menutup mukanya dengan kedua-dua tangannya dan menangis pada
sidang media semalam.
Isteri Neo, Irene, berusia 27 tahun yang berada di sisinya
menyatakan dia memaafkan suaminya itu dan akan tetap hidup bersama
dengannya.
Irene kemudian pengsan semasa berjalan keluar dari sidang media tersebut.
Isteri Neo itu terpaksa dipapah keluar dari pentas yang dikelilingi pancaran 
cahaya kerlipan kamera jurugambar.
“Saya sudah pun dilukai. Saya mahukan restu awak,” kata Irene yang berlinangan 
air mata sebelum itu.
Neo mula menjadi popular sebagai seorang pelawak di televisyen
Singapura pada tahun 1990 dan kemudian mengarah filem Cina dan filem
berbahasa Inggeris popular. 
Antaranya, Money No Enough dan I Not Stupid yang banyak memperkenalkan 
kepentingan keluarga berbanding topik lain.
Filem terbarunya, Being Human ditayangkan di Singapura pada minggu lalu.
Pemerintah Singapura mengiktiraf Neo dengan anugerah khidmat
masyarakat dan kebudayaan serta dia turut berkongsi sebuah laman blog
dengan Menteri Luar Negeri, George Yeo.
Pada bulan lalu, Woods mengakhiri sikap mendiamkan diri selama tiga
bulan dan mengesahkan hubungan sulitnya pada satu kenyataan di sebuah
televisyen dengan tidak ditemani isterinya, Elin Nordegren. 
Kisah Neo bermula Sabtu lalu apabila Wendy Chong, seorang model yang memainkan 
peranankecil  dalam
dua filem arahan Neo memberitahu sebuah akhbar tabloid berbahasa Cina
bahawa dia telah menjadi teman wanitanya sejak dua tahun lalu dan
bertengkar dengan isteri Neo pada minggu lalu. – AP

________________________________




                            

________________________________


      

[Non-text portions of this message have been removed]

Kirim email ke