Email ini saya terima dari kawan-kawan, mungkin kisah ini benar...

Dalam sebuah majlis, seorang usahawan berbangsa Cina yang juga bergelar Tan Sri 
sedang ditemuramah oleh seorang wartawan. Duduk berdekatannya adalah 2 orang 
jurutera, anak beranak berketurunan India yang bekerja dengan syarikat Tan Sri 
tersebut. Berikut adalah perbualan mereka,

Tan Sri: Kerajaan perlu bertindak adil dalam pengagihan kek ekonomi negara. 
Tidak boleh ada diskriminasi terhadap kaum bukan Melayu. Kontrak antara orang 
Melayu dan bukan Melayu mesti diberikan sama rata demi keadilan. Lagipun bangsa 
kami banyak menyumbang kepada kemajuan negara walaupun kami digelar sebagai 
kaum pendatang. Setelah bersusah payah semenjak sebelum merdeka, maka wajarkah 
kami dinafikan hak sebagai warganegara. Orang Melayu perlu lebih berkompromi 
dengan kaum lain untuk maju. Liberalisasi perlu dilaksanakan dengan meluas 
dalam semua sektor demi mencapai kesamarataan antara kaum.

Wartawan: Tan Sri, boleh saya tahu sudah berapa lama 2 orang jurutera ini 
bekerja dengan Tan Sri?

Tan Sri: Oh...sudah lama. Praba ni dah bekerja dengan saya hampir 30 tahun 
sejak syarikat ni ditubuhkan lagi. Malah anaknya pun sekarang bekerja dengan 
saya lebih 10 tahun. Mereka ini adalah pekerja saya yang paling berdedikasi dan 
banyak menyumbang kepada kemajuan syarikat.

Wartawan: Kalau begitu, apa kata Tan Sri berikan sebahagian saham syarikat ni 
kepada mereka berdua. Lagipun mereka sudah lama bekerja
dengan Tan Sri, malah banyak menyumbang kepada syarikat sepertimana kata Tan 
Sri tadi.

Tan Sri: Eh..mana boleh! Ini syarikat saya. Lagipun saya dah bayar gaji yang 
mahal kepada mereka berdua dan saya tak pernah halang pun jika mereka nak 
kumpul harta. Mana boleh senang-senang saya nak bagi saham syarikat saya pada 
mereka.

Wartawan: Macam tu jugalah perasaan Melayu. Tanah ini asalnya milik orang 
Melayu. Milik raja-raja Melayu. Lepas tu orang bukan Melayu macam Tan Sri pulak 
nak mintak hak sama rata dengan alasan kerana telah banyak menyumbang.. Tan Sri 
rasa wajar atau tidak permintaan tu?

Kirim email ke