BENARKAH 
sukar mengenali hati lelaki? Menelah dan menggauli hati budi mereka sebenarnya 
tidak semudah yang disangka.  


Berikut diperturunkan 14 perkara yang bersangkutan dengan golongan Adam 
supaya anda lebih peka mengenai beberapa perkara mengenali mereka. 

Jika ia sesuai dijadikan 
panduan, terimalah ia dengan hati terbuka. Jika sebaliknya, anggaplah ia 
sebagai 
pengisi bahan bacaan anda di masa terluang. 


1. Jika anda bertanya 
lelaki: “Adakah anda cintakan saya?” selepas setahun perhubungan, mereka akan 
menjawab “Ya, saya cintakan awak”. 

Tetapi hakikatnya, mereka masih ada 
beberapa jawapan lain untuk soalan itu seperti A. “Ya, rasa-rasanyalah” B. 
“Mestikah saya berkata begitu supaya anda rasa senang hati?” C. “Bergantunglah 
apa maksud cinta pada pandangan awak” D. “Penting sangatkah?” dan E. “Siapa, 
saya?” 

2. Anda tidak perlu meminta pendapat jujur mengenai diri anda dan 
anda tidak payah minta dia memberi pujian anda kekasihnya atau gadis paling 
menarik di dunia ini. Ini kerana apabila terlihat perempuan cantik di 
hadapannya, dia mungkin merenung hingga terbeliak biji mata. 

3. Ada 
sesetengah lelaki tidak suka aturan hidupnya dirancang kerana baginya, biarlah 
takdir yang menentukan. Keadaan jadi lebih teruk jika pasangan cuba merancang 
segala tindakannya. Jika lelaki pilihan anda tidak gemar kehidupannya 
ditentukan, kaji dulu tabiatnya sebelum anda mengutarakan sebarang cadangan. 


4. Lelaki tidak suka dipaksa atau diubah. 

5. Lelaki yang gemar 
merokok pasti mendapatkan habuannya sebatang dua setiap kali selepas makan. 


6. Setiap kali anda marah atau naik angin dengan si dia, dalam 
fikirannya lebih cenderung memikirkan: “Oh, dia ini pasti datang bulan.” 
sedangkan lelaki tidak sedar dirinya dimarahi kerana perangai atau tingkah 
lakunya sendiri yang menyakitkan hati. 

7. Lelaki tidak berapa suka 
membincangkan isu pertengkaran dengan pasangannya. Jika dia mahu duduk 
berbincang, ia hanya sebentar dan dengan segera mahu menutup perbincangan. 
Beberapa hari berikutnya, dia akan buat-buat lupa. 

8. Ada tiga perkara 
yang boleh membuat lelaki tertekan iaitu duit, kuasa dan seks. 

9. Jangan 
buat lawak bodoh mengenai lelaki di hadapan kawan atau keluarganya. Ada lelaki 
cepat tersinggung dan menganggap ia satu penghinaan besar malah mungkin satu 
percubaan mensabotaj nama baiknya. 

10. Lelaki cuma suka lafazkan ‘I love 
you’ pada peringkat awal perhubungan. Apabila perhubungan sudah menjadi semakin 
intim lelaki lupa untuk mengucapkannya semula sehingga wanita yang terpaksa 
memberi 10,000 jenis isyarat supaya dia tidak lupa dia masih dan perlu 
mencintai 
si wanita. 

11. Lelaki suka jika pasangannya bergaya cantik, popular dan 
menarik perhatian waktu berjalan bersama. Tetapi jika ada lelaki lain yang 
tertarik dengan teman wanitanya, dia akan menyalahkan wanita dulu kerana 
katanya 
“Awak yang kuat melayan”. 

12. Jangan kritik muzik, kereta, pasukan bola, 
motosikal, topi keledar atau apa saja yang menjadi kegemaran mereka. 

13. 
Jangan kritik cara mereka berpakaian, menyapu gel rambut atau menyikat rambut. 


14. Lelaki tidak suka diberikan tekanan pada fasa awal perhubungan. Jika 
dia melarikan diri apabila terserempak dengan keluarga atau sahabat handai 
anda, 
maafkanlah dia kerana dia sebenarnya masih belum yakin sepenuhnya. 




 
Inspirasikan Hidup Anda Dengan Mutiara Kata,
Dapatkan Koleksi Mutiara Kata Terus Ke Telefon Bimbit Anda Setiap Hari,
Eksklusif di EvolusiSMS.com
  

   






      
____________________________________________________________________________________
Tonight's top picks. What will you watch tonight? Preview the hottest shows on 
Yahoo! TV.
http://tv.yahoo.com/ 


[Non-text portions of this message have been removed]



http://www.bukusiber.com
http://www.giantproduct.com 
Yahoo! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/Gadis-Melayu/

<*> Your email settings:
    Individual Email | Traditional

<*> To change settings online go to:
    http://groups.yahoo.com/group/Gadis-Melayu/join
    (Yahoo! ID required)

<*> To change settings via email:
    mailto:[EMAIL PROTECTED] 
    mailto:[EMAIL PROTECTED]

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [EMAIL PROTECTED]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/
 

Kirim email ke