Assalamualaikum dan selamat sejahtera saudara,
 
Semoga anda sihat di samping orang tersayang,
 
Di sini saya nak berkongsi info dengan saudara tentang para suami yang memang 
berusaha untuk kuat tanpa menyedari bahaya yang menenti. Dipetik dari berita 
harian.
Lelaki Malaysia tidak sedar bahana ubat kuat 
 
"GAGAH, besar dan perkasa. Sekali kena, mesti nak lagi." Ini bukanlah iklan 
bangunan mercu tanda, projek bernilai berjuta-juta ringgit atau makanan 
kesihatan sebaliknya kata-kata tarikan iklan ubat atau produk perangsang tenaga 
batin bagi lelaki. 
 
Ubat yang sebaliknya menjerat dan mengundang padah lebih besar - semakin ramai 
lelaki negara ini kemaruk ubat kuat, seperti diakui pakar perubatan. 
 
Katakan saja di mana, baik di kaki lima, di muka pintu, di corong radio, 
televisyen, warung kopi di kampung, pasar gelap serta di internet, semuanya 
sudah mampu dibolosi iklan produk seperti pil, kapsul, minuman didakwa 
mengandungi Tongkat Ali, serbuk, minyak sapu dan krim. Iklan dari mulut ke 
mulut pula lazimnya membabitkan rawatan tradisional seperti urut, susuk dan 
memasukkan bebola besi pada kulit zakar itu atas alasan menjadikannya kuat. 
 
Ketika kita tersenyum lebar mendengar iklan kopi yang namanya menggambarkan 
kejantanan, tidak ramai yang menyedari padah akibat 'penaklukan' ubat kuat yang 
berlambak di pasaran ini. Padah yang menunjukkan semakin ramai lelaki termasuk 
intelektual serta yang masih bergelar penuntut universiti sanggup berbelanja 
bagi memastikan kekuatan tenaga batin biarpun ada produk yang berisiko 
menjejaskan kesihatan, termasuk menyebabkan mereka mengalami mati pucuk atau 
Disfungsi Erektil (ED). 
 
Data Kementerian Kesihatan menunjukkan rakyat negara ini membelanjakan 
kira-kira RM27 juta untuk membeli ubat perangsang seks seperti Viagra dalam 
tempoh Mac 2007 hingga Mac 2008. 
SEBAHAGIAN produk atau ubat kuat yang dirampas pihak berkuasa. Kawasan kaki 
lima turut jadi tumpuan peniaga produk ini.
 
Malah, ini menjadi antara faktor semakin banyak syarikat pengeluar makanan dan 
minuman berlumba-lumba menghasilkan produk didakwa mengandungi herba penguat 
tenaga batin itu selain kebanjiran produk dari India, Indonesia dan China 
termasuk yang diharamkan. 
 
Namun, sejurus diharamkan, sepantas kilat ia dengan mudahnya dijual di pasaran 
gelap menerusi ejen atau 'kaki' yang tanpa segan silu mengiklankannya menerusi 
internet. Pengaruh ubat kuat ini bukan lagi soal tepuk dada tanya selera, 
tetapi sebegitu mudah diperoleh menerusi sentuhan di hujung jari mendail nombor 
telefon terpampang di kaki lima hinggalah di internet. 
 
Selamat atau tidak produk itu, haram atau halal, mahal atau murah serta sakit 
atau tidak kaedahnya bukan lagi keutamaan lelaki ini yang mengutamakan nafsu 
daripada segala-galanya. 
Persoalannya, mengapakah lelaki tempatan sebegitu kemaruk dengan produk ini? 
Pakar Perubatan Sakit Tuan, Dr Ismail Tambi, mengakui sikap kemaruk itu bukan 
saja dihidapi mereka sudah berusia yang lebih sinonim dengan masalah mati 
pucuk, sebaliknya lebih membimbangkan apabila ia turut membabitkan lelaki muda, 
termasuk remaja. 
 
 
HERBA tradisional didakwa boleh menguatkan tenaga batin. 
"Semakin ramai lelaki sebegitu kemaruk dengan apa saja produk penguat tenaga 
batin. Inilah hakikat berdasarkan pengalaman saya sejak bertahun-tahun lamanya 
mengendalikan kes ini yang bukannya semakin berkurangan tetapi meningkat. 
 
"Mereka ini sanggup berbuat apa saja demi kepuasan diri. Hubungan kelamin bukan 
lagi rahsia suami isteri, sebaliknya menjadi lambang kebanggaan kekuatan atau 
kuasa si lelaki. Ini diburukkan lagi dengan kegiatan seks rambang pasangan 
belum berkahwin dan turut berlumba-lumba mendapatkan produk ini," katanya 
ketika ditemui, baru-baru ini. 
 
Apa menyedihkan, kata Dr Ismail, beliau merawat pesakit yang pada akhirnya 
berdepan masalah mati pucuk akibat tindakan mengambil produk ubat kuat ini. 
 
"Produk ini pula ada yang bukannya buatan tempatan, sebaliknya dibawa masuk 
dari negara jiran. Produk diharamkan di Indonesia, China dan India ini turut 
mendapat sambutan hangat di pasaran tempatan. Malah, saya sendiri terpaksa 
membuat laporan polis apabila ada pihak tidak bertanggungjawab menggunakan nama 
saya untuk mengiktiraf produk tertentu." 
 
Dr Ismail berkata, beliau tidak segan mendedahkan masalah ini kerana menyedari 
tanggungjawabnya menyampaikan bahaya akibat pengambilan ubat kuat ini. 
 
"Mereka mengambilnya tanpa mengira risiko kesihatan. Saya yakin tidak ramai 
menyedari bahana pengambilan produk ini. Anak muda yang mengambilnya boleh 
berdepan risiko mati pucuk walaupun pada usia 20-an. Malah ada satu kes itu, 
mangsa mengalami ereksi selama dua hari dan selepas itu alat sulitnya tidak 
berfungsi langsung. Bayangkan apa akan jadi pada generasi kita yang berdepan 
masalah seperti kesukaran mendapat anak akibat tindak tanduk sendiri." 
 
Katanya, tidak kurang yang sanggup menderita apabila memilih memasukkan bebola 
besi yang menyakitkan ke dalam kulit zakar lelaki. 
 
"Bagi mereka, kekuatan tenaga batin menjadi kunci kebahagiaan. Kaedah 
tradisional seperti susuk dan bebola besi ini memang menyakitkan bukan saja 
kepada lelaki itu tetapi isterinya juga. Tetapi beliau tidak peduli kerana apa 
yang penting, nafsu dirinya diutamakan. 
 
"Banyak kes yang dirujuk kepada saya membabitkan masalah yang mana kulit zakar 
lelaki itu rosak. Sakit memang sakit, tetapi lelaki jenis ini sanggup 
menderita. Ini yang menyedihkan kita," katanya. 
 
Setiausaha Agung Gabungan Persatuan Pengguna Malaysia (Fomca), Muhammad Shaani 
Abdullah, menyalahkan sikap pengguna yang terlalu mengutamakan produk penguat 
tenaga batin ini sebagai punca barangan itu berlambak di pasaran. 
 
"Ramai pengguna tidak sedar mereka sebenarnya terpedaya dengan pelbagai dakwaan 
palsu syarikat pengeluar produk herba dan ubat kuat yang mahu melariskan jualan 
mereka. Berapa ramaikah pengguna bertanyakan apakah produk itu benar-benar 
mengandungi bahan Tongkat Ali dan Kacip Fatimah seperti diakui pada label 
produk itu? 
 
"Apakah produk dan syarikat itu boleh dipercayai dan benarkah ia mampu memberi 
hasil seperti didakwa? Jawapannya, tiada siapa pun boleh memberi jaminan 
keaslian mahu pun kemujaraban produk itu. Akhirnya, pengguna menjadi mangsa 
ketika pengeluar mencatat keuntungan berlipat ganda di atas produk yang tidak 
mengandungi sebarang keajaiban itu," katanya. 
 
Shaani yang berpengalaman luas dalam bidang penghasilan produk herba sebelum 
menyertai Fomca berkata, berdasarkan pengalamannya sendiri, tidak banyak produk 
di pasaran yang mengandungi bahan didakwa penguat tenaga batin itu. 
 
"Permintaan terhadap Tongkat Ali memang besar. Tetapi pengeluarannya dalam 
negara ini juga amat terhad dan tidak mungkin dapat memenuhi permintaan tinggi. 
Berikutan itu, tidak mungkin ada syarikat yang boleh mencampurkan kandungan 
tinggi Tongkat Ali dalam produk mereka. Saya berani jamin," katanya. 
 
Sehubungan itu, beliau menasihati orang ramai supaya peka dan mengutamakan hak 
sebagai pengguna apabila membuat pilihan bagi mana-mana produk, terutama yang 
membabitkan makanan. 
 
 
 
Tiada kajian saintifik kandungan herba kuat 
 
SEJAUH manakah produk ubat kuat ini benar-benar mengandungi bahan perangsang 
seks seperti herba popular Tongkat Ali? 
 
Hakikat ini sukar dibuktikan berikutan tiada satu kajian saintifik yang 
benar-benar menyeluruh mengenai kebenaran dakwaan itu atau pun kaedah 
penyediaan serta cara ekstrak bahan itu diperoleh. 
 
Mengikut kajian saintifik, setiap pengambilan kopi didakwa mengandungi Tongkat 
Ali perlu mengandungi sekurang-kurangnya 1 mg ekstrak herba itu dan daripada 
kandungan itu, hanya lima peratus ekstrak dapat diserap oleh badan. 
 
Namun, kenyataan dua institusi penyelidikan tempatan sebelum ini sedikit 
sebanyak boleh memberi gambaran persoalan ini. 
 
Kajian Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM) membabitkan 10 jenama 
kopi Tongkat Ali popular di pasaran pada 2007, mendapati tujuh daripadanya 
mengandungi hanya 0.25 peratus hingga 1.6 peratus ekstrak herba itu yang 
didakwa tidak cukup untuk memberi manfaat kesihatan atau faedah seperti 
digembar gemburkan. 
 
Penyelidikan itu mendapati kandungan bahan aktif herba itu di dalam minuman 
berkenaan pula hanya antara 0.0039 peratus hingga 0.0246 peratus atau 7.8 
nanogram (ng) hingga 49.3ng, jauh daripada paras yang dapat memberi manfaat 
kesihatan. 
 
Manusia normal yang berhasrat memperoleh khasiat herba itu perlu mengambil 
sekurang-kurangnya satu miligram (mg) bahan aktif Tongkat Ali bagi setiap 
kilogram (kg) berat badannya atau tidak lebih 3 mg bagi setiap kg berat badan, 
sehari. Atau lebih tepat lagi, individu yang mempunyai berat badan 80kg 
memerlukan minimum 80 mg ekstrak herba itu sehari jika mahu memperoleh faedah 
herba itu. 
 
Satu lagi kenyataan memetik institusi penyelidikan, Loji Pandu Kejuruteraan 
Kimia (CEPP) Universiti Teknologi Malaysia yang mendakwa pengambilan kopi kuat 
yang mengandungi kurang 0.05 mg bahan aktif Tongkat Ali atau Kacip Fatimah, 
tidak mendatangkan kesan dari sudut kesihatan. 
 
Malah jika benar mengandungi ekstrak Tongkat Ali, kopi yang diminum berasa 
pahit. Ada yang meminumnya mengakui lebih bertenaga tanpa menyedari ia 
disebabkan kandungan gula yang tinggi dalam paket dan boleh mendedahkan mereka 
kepada masalah kesihatan lain seperti kencing manis jika diambil berterusan 
dalam tempoh beberapa tahun. 
 
 
INFO: Ubat kuat
Data Kementerian Kesihatan menunjukkan rakyat negara ini membelanjakan 
kira-kira RM27 juta untuk membeli ubat perangsang seks seperti Viagra dalam 
tempoh Mac 2007 hingga Mac 2008. Selain Viagra, ubat perangsang seks paling 
laris adalah Cialis dan Levitra. 
 
Bagi tempoh Januari hingga Jun tahun lalu, RM1.4 juta ubat perangsang seks 
berjaya dirampas dan Selangor mencatat nilai rampasan tertinggi iaitu RM1.1 
juta. 
 
Sekurang-kurangnya 90 ubat tradisional penguat tenaga lelaki dan wanita, 
makanan tambahan dan kosmetik keluaran syarikat di Indonesia dilabelkan 
kerajaan negara itu tidak selamat. 
 
Antara kes padah ubat kuat termasuk seorang lelaki Singapura maut akibat 
pengambilan ubat kuat 'Urat Madu' ketika melanggan pelacur di Batam, awal tahun 
ini. Pada 2007, tiga lelaki dari Pulau Pinang yang membeli ubat kononnya 
dihasilkan daripada zakar buaya di Chow Kit pada harga RM50 bagi 20 kapsul. 
Seorang daripada mangsa mendakwa mengalami kebas dan kejang badan selepas 
memakan dua kapsul sebelum melakukan hubungan intim dengan isterinya. Alat 
kelaminnya juga gagal berfungsi menyebabkannya terpaksa merujuk nasihat pakar. 
Seorang lagi terpaksa dirawat di hospital selama dua hari selepas memakan ubat 
itu
Tapi ubat yang satu ini tak perlu makan, tak perlu urut. Sapu 1 atau 2 titik 
aje. Klik dibawah:
 
http://www.lelong.com.my/Auc/List/2009-11DeSale32278907_AUCTION_MINYAK_POWER_VCO31_UNTUK_TAHAN_LAMA_BAGI_SUAMI.htm


      

[Non-text portions of this message have been removed]

Kirim email ke