UNTUK RENUNGAN BERSAMA .... 
   
  http://tech.groups.yahoo.com/group/rakyat_malaysia
  http://tech.groups.yahoo.com/group/rakyat_malaysia
   
  Adalah seorang hamba Allah ni, dia pergilah bersiar-siar di tepi hutan. 
Sedang dia menghirup udara rimba yg segar tu, tetiba dia terdengar satu bunyi.. 
 .. bunyi.... aauuummmmm!! ! Bunyi harimau yg kelaparan dan hanya menunggu 
mangsanya saja.     
  
Jadi, si hamba Allah ni pun lari untuk menyelamatkan diri. Harimau tu kejar 
hamba Allah ni. Sebab dia dah lapar sangat ni. Harimau tu pun kejar, kejar, 
kejar dan kejar. Hamba Allah ni punyalah takut, berlari lintang pukang. Sempat 
juga dia berdoa agar dia diselamatkan daripada dibaham dek harimau tadi.     
  
Dengan kuasa Allah diperlihatkan sebuah perigi di depan mata nya. Jadi untuk 
menyelamatkan diri si hamba Allah ni pun terjunlah ke dalam perigi.. Perigi tu 
ada tali dan sebuah timba. Si hamba Allah ni bergayut pada tali tu. Tali tu 
pendek . Jadi dia bergantungan di tengah-tengah perigi.     
  
Di mulut perigi, harimau yg lapar tu menunggunya. Si hamba Allah ni pun 
berfikirlah macam mana nak menyelamatkan diri, sambil berdoa kepada Allah agar 
dia diselamatkan. Tengah dok berfikir camner nak selamat, tetiba dengar bunyi 
kocakan air di bawah perigi.     
  
Aaaaa!!!!... Ya Allah..... lagilah seram dibuatnya Nak tahu ada apa kat bawah 
tu? Ada 2 ekor buaya yg kelaparan. Apalah nasib. Dah jatuh ditimpa tangga. 
lagilah takut si hamba Allah ni. Atas ada harimau bawah ada buaya. Semakin 
risau dan takut.     
  
Tengah berfikir untuk mencari jalan keluar, tetiba keluar seekor tikus putih 
dari lubang celah-celah perigi, naik ke atas ikut tali yg hamba Allah tu 
bergayut. Sampai kat atas tikus tu gigit tali tu pulak. Cis, kurang ajar punya 
tikus. Alahhhh... cam ner ni. Pas tu, keluar lagi seekor tikus yg berwarna 
hitam. Naik mengikut tali tadi, cit!cit! cit!cit! sampai kat atas.Tikus hitam 
ni pun gigit juga tali tu. Cis, lagi satu. Macam mana aku nak buat ni... 
habislah jadi mangsa buaya 
..
Berfikir lagi. Kalau naik kat atas makan dek harimau. Kalau tunggu tali putus 
dan jatuh ke bawah makan dek buaya. Macam mana nih... Sedang hamba Allah tu 
berfikir cam ner nak selamatkan dirinya, tetiba.... terdengar satu bunyi.... 
uuuuuuuuuuuuu. .. Bunyi lebah bawa madu. 
Si hamba Allah ni pun mendongak ke langit, melihat lebah yg sedang bawa madu. 
Tetiba setitik madu terjatuh dan terus masuk ke dalam mulut si hamba Allah ni 
tadi. Punyalah nikmat sehingga tidak terkata.
Hamba Allah tu kata, "Fuh manisnya madu ni , tak pernah ku rasa manisnya ni. 
Sedapnya. Subhanallah sungguh sedap ni." kerana setitik madu si hamba Allah tu 
lupa pada harimau yg sedang menantinya di mulut perigi dan buaya yg menantinya 
di bawah.... 
  Tikus yg sedang mengigit tali........
    
  Kalau semua nak tahu  ...
si Hamba Allah itu adalah kita semua. Harimau yg mengejar tu adalah maut kita, 
ajal memang sentiasa mengejar kita, so beringat-ingatlah. 2 ekor 
buaya itu adalah malaikat Munkar Dan Nakir yg menanti kita di alam kubur nanti. 
Tali yg tempat di hamba bergayut tadi adalah jangka hayat kita kalau pendek 
talinya maka panjanglah umur kita dan kalau panjang talinya maka pendeklah umur 
kita. 
Tikus Putih dan Hitam tu adalah dunia kita siang dan juga malam yang sentiasa 
menghakis umur kita. Kan tikus tu gigit tali tu. 
Madu... madu yg jatuh setitik ke dalam mulut hamba itu tadi adalah nikmat 
dunia. Bayangkan setitik saja madu tu jatuh ke dalam mulutnya, dia lupa pada 
harimau dan buaya tu. Macam kitalah bila dapat nikmat sikit lupa pada Allah. 
Waktu susah baru la nak ingat Allah. 
  Astaghfirullah. .. 
   
  Untuk mengingati Allah :
  

  
Sebutlah dengan sepenuh hati dan lidah yang fasih akan: 
  *SUBHANA'LLAH
*ALHAMDULI'LLAH
*LA I LAHA ILLA'LLAH
*ALLAHU AKBAR
*ASTAGHFIRU' LLAH
*LA ILAH ILLA'LLAH, MUHAMMADUN RASULU'LLAH 
*ALLAHUMMA SALLY WA SALLEM WABAREK ALA SAYYEDINA MUHAMMAD *WA AALIHE WA SAHBIH 
AJMA'EEN
   
  NOTA :
Jika sekiranya ingin mengumpul saham akhirat, sama-samalah kita sampaikan ilmu 
ini kepada yang lain.

Sepertimana sabda Rasulullah SAW :
“Sampaikanlah pesananku walaupun satu ayat”

Sesungguhnya apabila matinya seseorang anak Adam itu, hanya 3 perkara yang akan 
dibawanya bersama :

1) Sedekah/amal jariahnya
2) Doa anak-anaknya yang soleh 
3) Ilmu yang bermanfaat yang disampaikannya kepada orang lain

INSHA-ALLAH......
   
  Banyak Lagi Pedoman Untuk Kita Sesama Islam @ :
   
  http://tech.groups.yahoo.com/group/rakyat_malaysia
  http://tech.groups.yahoo.com/group/rakyat_malaysia
  http://tech.groups.yahoo.com/group/rakyat_malaysia
  http://tech.groups.yahoo.com/group/rakyat_malaysia
   

       
---------------------------------
Looking for last minute shopping deals?  Find them fast with Yahoo! Search.

[Non-text portions of this message have been removed]

Kirim email ke