Seluar Londeh & Pakaian Seksi Wanita

Petikan dan ulasan dari Ustaz Zaharuddin Abd Rahman

Di dalam Islam hak berpakaian bukanlah hak milik bebas kita semua. Sebagai 
hamba Allah, kita perlu memahami hidup ini sentiasa diikat dengan pelbagai 
jenis hak antara satu sama lain. 

Hak terutama dan yang tertinggi ; adalah hak Allah SWT, samada suka atau tidak 
sesuatu hukum yang 'putus' seperti larangan Zina, Riba, tinggal solat, menutup 
aurat dan lain-lain adalah tidak boleh ditoleran oleh keadaan dan berubah 
mengikut peredaran zaman. Ia dinamakan hukum hakam yang bersifat 'muhkamat' 
atau 'Qatiyyat', tatkala itu, sebarang idea dan logik aqal manusia tidak boleh 
masuk campur dalam hal urusan hukum sebegini untuk mengubahnya menjadi harus 
dan halal. 


Mudahnya, ia disebutkan di dalam hadis ini :- 


Ertinya : Wahai Muadz, adakah kamu sedar dan tahu apakah hak Allah yang patut 
dijaga oleh hambanya, dan apa pula hak hamba yang patut dijaga oleh Allah? 


Muadz menjawab : Allah dan rasulNya lebih mengetahui. 


Baginda menjawab : "Sesungguhnya hak Allah yang wajib dijaga oleh hambanya 
adalah agar mereka sentiasa tunduk abdikan diri kepadaNya ( dengan turuti 
perintah dan jauhi larangannya) dan jangan ia mempersekutukanNya dengan satu 
apa pun.." ( Riwayat Al-Bukhari, no 2701, 3/1079) 


Hak kedua ; adalah hak Nabi Muhammad SAWsecara peribadi seperti berselawat ke 
atas baginda SAW apabila mendegar nama baginda disebut. 


Terdapat juga hak baginda yang bukan peribadi tetapi atas kapasiti 'Nabi' dan 
'Rasul' yang mesti diikuti manakala sebahagian lagi hanyadisunatkan sahaja. 


Hak ketiga ; adalah hak pemerintah yang adil dengan cara mentaati mereka selagi 
mana tidak dibawa kepada kebinasaan. Sebarang penyalahgunaan hak oleh kumpulan 
ini, wajib dicanggahi. Sabda nabi SAW : 


Ertinya : "Tiada ketaatan kepada makhluk dalam hal yang membabitkan maksiat 
kepada Allah, sesungguhnya taat hanyalah dalam hal yang membawa kebaikan" ( 
Riwayat Al-Bukhari, Muslim, At-Tirmidzi, 4/209 : Tirmidzi : Hasan Sohih) 


Hak keempat dan yang ke seterusnya ; adalah hak orang ramai, antaranya hak 
jiran tetangga, hak rakan dan saudara dan juga hak untuk tidak dicederakan, hak 
bersuara, hak tidak dimalukan dan tidak diganggu, hak tubuh badan dan pelbagai 
lagi. 


Saya tidak berniat untuk mengulasnya dengan terperinci, cuma saya ingin 
mengaitkannya dengan hak kebebasan berpakaian. 


Adakah Islam memberikan umatnya hak kebebasan berpakaian walaupun seksi sesuka 
hati? 


"eleh, ini kan tubuh saya, suka hati saya la nak buat apa!" jeritan seorang 
wanita muda yang marah bila muncul isu ni. 


Jawapnya, tubuh ini adalah pinjaman sahaja dan bukan hak milik kita. Jika hak 
milik kita, kita boleh mematikannya dan menghidupkannya semula sesuka hati 
kita, sama seperti kereta 'remote control' milik anak kita. Kita boleh dengan 
sesuka hati sahaja menggayakannya dan menggunakannya, bila habis bateri pula 
boleh diisi semula dan berjalan lagi dan lagi. 


Sebab itu jugakita tidak dibenarkan oleh Islam dan juga undang-undang untuk 
menjual sepotong tangan, sebiji jantung, sebiji kepala kita kepada orang lain 
sesuka hati. 


Tubuh yang kita miliki ini bukan demikian, ia mesti digayakan menurut kehendak 
pemiliknya iaitu Allah SWT. Islam memang memberikan kebebasan dalam pakaian 
tetapi tidak terbuka begitu sahaja, ia terikat dengan hak dan ketetapan yang 
ditentukan oleh Allah dan RasulNya. 


Justeru bagi sesiapa yang punyai iman, hak kebebasannya untuk memilih apa jua 
jenis pakaiannya adalah tertakluk kepada displin pakaian yang ditentukan oleh 
Allah dan RasulNya. 


Berdasarkan hak tersebut, wanita dan lelaki yang masih ada keimanan terhadap 
Allah dan rasulNya serta hari kematian dan balasannya, mereka tidak boleh 
melanggar hak Allah ini. 


Tiada pakaian seksi dibenarkan kerana ia :- 


1) cabuli hak Allah ; hak Allah lebih utama dari hak kita secara peribadi 
sebagai manusia. 


Mana logiknya? Allah yang memberikan segalanya buat kita, tiba-tiba kita ingin 
diberikan kebebasan ikut suka hati kita?. 


Sabda nabi SAW : 




Ertinya : "Sesungguhnya Allah telah meletakkan had tertentu (dalam kehidupan 
kita), maka jangan kamu cerobohinya, dan telah menwajibkan bagi beberapa 
kewajiban dan jangan kamu sesekali mengabaikannya dan telah mengharamkan 
beberapa perkara dan jangan kamu langgarinya." ( Riwayat Al-Hakim, 4/129 : 
Az-Zahabi tidak memberikan komen tentang tahap hadis ini) 


2) cabuli hak manusia lain ; berpakaian seksi ini juga tidak dibenarkan kerana 
ia melanggar hak orang lain yang sedang cuba menjaga iman dan mata mereka dari 
dosa-dosa. 


"Jika nak seksi nampak pusat, seluar dalam, coli, dan bahagian-bahagian yang 
tidak sepatutnya ditayangkan, sila berpindah dari planet bumi" Jawap saya 
kepada sekumpulan wanita yang bertanyakan hukum kebebasan dalam pakaian. 


"pastikan, planet baru itu tiada makhluk yang boleh terganggu dengan seksinya 
anda" 


"Jika tidak, seksilah sepuasnya di depan mata suami anda, inshaAllah 
bermanfaat" 


Saya memuji negeri Kelantan yang berusaha menjunjung hak Allah dan RasulNya 
sehingga mendesak mereka mengaturkan undang-undang khas pemakaian atau 'dress 
code', dikenakan denda bagi sesiapa yang melanggarnya. Ia amat baik kerana 
selain mencarik hak Allah SWT, pakaian seksi yang ditayang secara terbuka boleh 
menjejaskan keharmonian rumah tangga orang lain. 


Suami orang terlihat lalu terganggu kasihnya kepada isterinya di rumah, pemuda 
dan pemudi terangsang dan dirangsang lalu porak peranda hidup mereka dengan 
zina dan dibuang keluarga akibat 'bunting' sebelum kahwin. 


Hancur ikatan suami isteri, musnah ikatan keluarga hanya dengan pakaian 'seksi' 
. Manusia tidak sedar dan sering mengganggap kecil. Semua perkara yang termasuk 
dalam hak Allah dan RasulNya sudah pasti tidak akan hanya melibatkan perkara 
kecil, ia pasti memberi impak yang besar kepada ketidakstabilan hidup secara 
umum. 


"come on ustaz, takkanlah ustaz nak salahkan pakaian semata-mata dalam hal ini, 
think big, ahead and more mature la ustaz" Mungkin ini akan dihenyakkan kepada 
saya oleh wanita peminat pakaian seksi agaknya. 


Sudah tentu bukan kerana pakaian seksi itu semata-mata tetapi ia adalah 
pelengkap dan sebagai 'medium' menggabungkan nafsu lelaki yang tidak terkawal 
dengannafsu wanita yang 'gila' seksi dan juga liar. Ia juga sebagai jambatan 
dan 'iklan'untuk berlakunya zina, rogol dan seumpamanya. Itulah adalah pakaian 
seksi dan berbogel secara 'sipi-sipi'. 


"Sebenarnya ustaz, bogel terus lebih kurang bahaya dari seksi" kata seorang 
mahasiswa kepada saya melalui sms. 


Bila ditanya mengapa, ia kata "Kerana bogel terus tak 'best', tak 'suspend', 
terus nampak je,berbanding seksi. Nampak sikit sana, sikit sini. Sebab tu ia 
lebih mendebarkan jantung dan nafsu muda kami untuk melihat lebih lagi dan lagi 
hingga boleh jatuh buat zina dan rogol" sambung mahasiswa berdarah anak muda 
ini. 


Satu penjelasan yang jujur pada hemat saya. 


Awas, jangan sesekali kita merasa lebih pandai dari Allah dan RasulNya yang 
mengatur system alam ini. Kelak kita akan ke kubur jua. 


Kini, sebuah negeri di Amerika mungkin semakin sedar buruknya pakaian seksi 
ini, cuma akibat tiada keimanan dan ilmu mencukupi, mereka hanya mula larang 
'seluar londeh' sahaja buat masa ini, sedangkan baju londeh, kain londeh dan 
londeh-londeh yang lain masih belum dapat ditanggapi keburukannya oleh aqal 
manusawi mereka yang lemah. 


Kerana itu, ajaran agama diperlukan. Itulah Islam satu-satunya yang diredhai 
Allah. 



 
Inspirasikan Hidup Anda Dengan Mutiara Kata,
Dapatkan Koleksi Mutiara Kata Terus Ke Telefon Bimbit Anda Setiap Hari,
Eksklusif di EvolusiSMS.com


      
____________________________________________________________________________________
Luggage? GPS? Comic books? 
Check out fitting gifts for grads at Yahoo! Search
http://search.yahoo.com/search?fr=oni_on_mail&p=graduation+gifts&cs=bz

[Non-text portions of this message have been removed]

Kirim email ke