Megawati pula didakwa hina agama



BERNAMAJakarta: Dalam kehangatan politik di Indonesia, bekas presiden Megawati 
Soekarnoputri pula diheret untuk siasatan polis kerana didakwa menghina 
agama.Seorang lelaki membuat laporan polis mendakwa Megawati menghina agama 
ketika berucap sempena sambutan ulang tahun parti Parti Demokrasi Indonesia 
Perjuangan (PDI-P) yang dipimpinnya baru-baru ini.Media dalam talian Indonesia 
memetik Ketua Hubungan Masyarakat Polis, Martinus Sitompul, sebagai berkata, 
lelaki yang dikenali sebagai Baharuzaman itu membuat laporan di Bahagian 
Siasatan Jenayah Polis, Ibu pejabat Polis Republik Indonesia di sini, 
semalam.Katanya, Baharuzaman yang mengakui dirinya mewakili himpunan masyarakat 
dikenali sebagai Anak Bangsa Gerakan Anti Penodaan Agama, turut membawa tiga 
keping cakera padat video rakaman ucapan Megawati pada majlis itu sebagai 
barang bukti kes.Beliau berkata, siasatan laporan itu akan melalui proses 
seperti biasa dan polis akan memanggil ahli agama dan bahasa untuk memberi 
pandangan terhadap dakwaan itu.Dalam laporan itu, Baharuzaman mendakwa ucapan 
Megawati dianggap menghina agama kerana mendakwa ada pemimpin agama yang 
menganut ideologi tertutup dan bersikap seperti "peramal masa depan".Indonesia 
kini sedang hangat dengan isu kaum dan agama yang dikaitkan dengan demam 
Pilihan raya Ketua Daerah (Pilkada) pada 15 Februari ini.Penyandang jawatan 
Gabenor Jakarta Basuki Tjahaja Purnama kini sedang dibicarakan di mahkamah atas 
tuduhan menghina agama.Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 24 January 2017 @ 
10:39 PM



Kirim email ke