Grand design sekat Najib?
<http://siasahdaily.blogspot.com/2008/10/grand-design-sekat-najib.html>
[http://1.bp.blogspot.com/_lmBZm7oy02Q/SQqvzPa4WII/AAAAAAAAB_o/MZAKk3xNy\
w0/s320/najib_2.jpg] 
<http://1.bp.blogspot.com/_lmBZm7oy02Q/SQqvzPa4WII/AAAAAAAAB_o/MZAKk3xNy\
w0/s1600-h/najib_2.jpg> KUALA LUMPUR, 31 Okt: Satu demi satu kontroversi
yang menimpa bakal perdana menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak. Apakah
ia berlaku tanpa dirancang atau sememangnya ada perancangan besar (grand
design) di belakang semua perkara ini.
Inilah yang hangat dibincangkan di kalangan penyokong timbalan presiden
Umno itu.
"Kalau hendak dikatakan ia perkara biasa dalam tempoh peralihan kuasa
kerana dia pun tidak boleh mengawal sepenuhnya lagi, apakah selepas
menjadi PM segala kontroversi ini akan hilang?" soal seorang penganalisa
politik yang mengkaji perkara ini.
Beliau mengkaji trend memburuk-burukkan nama baik Najib yang sedang
merebak sekarang ini.
"Mula-mula (Datuk Seri) Anwar membawa isu Altantuya. Selepas itu, Bank
International Indonesia (BII). Pembangkang juga bantah isu pinjaman RM5
bilion wang KWSP. Kini Pak Lah batalkan projek pembelian Eurocopter,
Mahathir pula kritik cadangan memansuhkan pendekatan DEB. Semua
kontroversi ini menghala kepada Najib. Saya rasa ini semua ada
perancangan," kata beliau kepada Siasah.
Beliau berpendapat, semacam ada satu usaha untuk memburuk-burukkan nama
Najib supaya dia tidak sempat menjadi PM Mac tahun depan.
Namun, siapakah yang berkepentingan?
Pertama, adalah pembangkang. Sememangnya pembangkang risau dengan
pendekatan yang bakal diambil Najib dalam menghadapi kebangkitan mereka
sebagaimana pendekatan Abdullah ketika mula-mula mengambil alih tapuk
kepimpinan negara sebelum ini.
"Jika Najib sempat naik, ramai yang berpendapat habislah peluang Anwar
untuk menjadi Perdana Menteri. Oleh itu, pembangkang perlu sekat Najib.
Jadi, mereka kena pastikan Najib tidak jadi PM," katanya.
Pihak kedua yang ada kepentingan adalah 'budak-budak Abdullah'.
Mereka ini terdiri dari para pemimpin Umno yang bimbang apabila Najib
dan Muhyidin naik, mereka akan tersingkir dari kedudukan mereka
sekarang.
"Mereka telah gagal memujuk Pak Lah agar lawan Najib. Pak Lah tak mau
Umno pecah. Sekarang mereka berusaha untuk memastikan Najib tidak sempat
jadi PM pula," kata sumber itu.
Bagi beliau, jika adanya grand design ini, ia adalah kerjasama antara
budak-budak Pak Lah dengan pembangkang untuk menyekat Najib.

Kirim email ke