Assallamualaikum......

Jelaslah apa yang pernah disuarakan oleh cik Nadiah mengenai
sifat peribadi saudara adalah tepat ( lihat komen beliau ttg isu ini 
di ruangan yang lain ).

Saya nak bertanya tentang jawapan yang anda berikan.....ada atau 
tidak dalam tulisan saya menyatakan bahawa semua yang mengikuti
ceramah PRU 12 percaya bulat bulat apa yang disampai oleh
penceramah ?.
Kalau anda tak faham, biar saya uraikan. Saya jelaskan sifat kita 
sebagai manusia memang suka kepada cerita yang ditokok tambah,
cerita fitnah memfitnah. Tak masuk langsung tentang percaya atau
tidak....fahamkan dulu sebelum komen .

Isu yang saya bangkitkan....apakah peranan parti politik  PK
dalam menyelesaikan suatu isu ?. Contoh isu adik Sharlinie, cukupkan
hanya mengedarkan poster ?. 
Bila kes ini terjadi ditambah dgn isu sebelumnya....pembangkang kata
negara kita sekarang terlalu banyak kes jenayah sehingga tak selamat
hatta dalam rumah sendiri ( SAYA SANGAT SETUJU ). Tapi apakah
peranan pembangkang untuk mencegahnya..?. Dalam Dewan Rakyat
tak keluar pun garis panduan ataupun cara pencegahannya dari PK.
Maupun dari BN sendiri.
Yang ada hanya sampukan dan tambahan untuk memanaskan satu
isu.Wakil kepada Rakyat jenis apa nii?( BN dan PK ). Ini isu besar
dasar pencegahan dan hukuman mesti diambil kira...Berapa banyak kes
lagi perlu terjadi baru tindakan yang benar-benar mantap diambil.

Isu lompat parti...saya persoalkan kejujuran Anwar dalam hal ini dan
kesetiaan dia pada negara kita. Kewangan PK adakah mampu nak beli
wakil BN, DARI MANA WANG YANG PEROLEHI ?. Jika betul terjadi,
apakah ini bukan rasuah ?. Sedang kan PK melaungkan isu rasuah dalam
kempennya. Apakah ini yang anda dan rakyat mahukan ?.

Isu pandangan peribadi saya terhadap Mahatdir....bagi saya beliau 
adalah yang terbaik setakat ini dan jika dia bandingkan dgn Anwar.
Dari segi kejayaan dan ketegasannya dalam menerajui Malaysia serta
hubungan dengan dunia luar.
Setiap manusia bukan semuanya sempurna seperti anda juga. Adakah
anda menjaga bahasa anda ketika berhujah dengan orang lain. Tapi saya 
akui anda mesti ada keistimewaan yang lain.
Begitu juga dgn Mahatdir mungkin untuk mengekalkan pemerintahan,  
dia telah menghancurkan yang lain. Itu satu dosa yang beliau
perlu jawap ketika di hadapan Allah SWT nanti.
Jika beliau bersalah, Contoh isu hakim -video Lingam, BUKTIKAN.
Bukan hanya guruh baru berdentum dah buat keputusan bahawa 
hujan akan turun......

Saya sangat tidak puas tentang dalil yang anda kemukakan hanya sekadar
untuk menutup hujah anda. Saya percaya dalil tentang Yahudi dan Nasrani,
tapi perkara yang cuba diketengahkan masih samar dan tidak dijatuhkan
hukumannya lagi. Bagi saya Mahatdir bukan malaikat, kesalahan
tetap ada tapi jangan menghukum dengan berpandukan isu semasa. Seperti
dalam ceramah PAS dahulu mengatakan beliau Firaun tapi mengapa Harakah
Online Jumaat ( kalau tak silap ) si Firaun ini dipelawa menyertai PAS. Tak de 
orang lain lagi ke ?. Atau PAS memang tak malu, dah ludah jilat balik.
Ataupun PAS dah jadi pemaaf seperti Mahatdir memaafkan pengikut besarnya
lepas tu mereka tikam balik . PAS tak takut ke perkara ini ?. Perkara utama 
BUKTI
KAN DULU KESALAHAN BELIAU. Saya bukan dari kaum kafir yang menolak
kebenaran jika benar telah terbukti...Janganlah kita jadi alat menyebarkan 
fitnah
sedangkan kita tahu dosanya seperti menbunuh seorang mukmin.

Kalau ikut berita semasa ( media kerajaan ) ianya semua menaikkan BN manakala
media pembangkang semuanya menghentam.....rakyat perlu menggunakan akal
sebagai garis untuk tentukan benar atau salah. Saya AMAT percaya jika PR dapat
memerintah negara ini, pada permulaannya akan berjalan dengan baik tapi lama
kelamaan kronism, rasuah dll juga akan merebak kerana sifat-sifat manusia itu
sendiri.....tak kiralah ada status haji atau tidak.


Wassallam









  ----- Original Message ----- 
  From: Kholid Ali 
  To: Ikhwanul Muslimun 
  Sent: Thursday, May 22, 2008 8:20 AM
  Subject: [SPAM] Re: Re: Help Palestine [hidayahnet] Laporan polis oleh 
pemimpin UMNO terhadap Karpal hanyalah hipokrit!!


        Wslm wbt,

            Saya tak tahulah saudara ni tinggal kat mana, kat hutan yang tak 
boleh sampai sebarang maklumat atau kat mana?? Tapi jelas saudara mampu 
memunafaatkan kecanggihan IT. Orang lain pun begitu juga. Jadi tak perlulah 
anggap semua yang ramai-ramai dengar ceramah tu mudah diperdaya!! Mereka pun 
ada sumber lain!! Apa saudara ingat semua orang tak boleh pikir sampai mudah 
pihak tertentu nak bohongi mereka?? Janganlah bersikap macam Yahudi dan Nasara, 
apabila kebenaran datang pun mereka tetap tolak kerana terlalu taksub kepada 
Nabi/bangsa mereka sampai akhirnya ada yang menyembah Nabi mereka kononnya Nabi 
itu adalah anak Tuhan (sekadar suatu analogi). Wallahua'lam.

        ibnuAli
        kota jembal

        --- On Mon, 5/19/08, abu [EMAIL PROTECTED] <abu [EMAIL PROTECTED]> 
wrote:

          From: abu [EMAIL PROTECTED] <abu [EMAIL PROTECTED]>
          Subject: Re: Re: Help Palestine [hidayahnet] Laporan polis oleh 
pemimpin UMNO terhadap Karpal hanyalah hipokrit!!
          To: "Ikhwanul Muslimun" <hidayahnet@yahoogroups.com>
          Date: Monday, May 19, 2008, 1:49 AM



          Assallamualaikum. .......

          Saya rasa apa yang saudara utarakan tak de maknanya kerana hanya
          mereka yang sealiran politik dengan saudara aje yang amat teruja untuk
          terus menghentam Mahatdir.

          Biasanya manusia amat suka pada keburukan orang lain sehingga lupa
          pada punca perkara itu berlaku, terus menuding jari ke arah pemimpin.
          Tanya pada diri sendiri secara ikhlas apa parti politik lain lakukan 
untuk 
          sama-sama membaikinya. ....bukan terus jadi bahan sindiran dan 
keuntungan 
          politik.

          Seperti kes lompat parti.....mana Anwar boleh cari duit begitu banyak 
untuk
          " beli " ahli parlimen BN ?. Adakah PKR dan Pakatan Rakyat begitu 
kaya ?.
          Ataupun sumbangan dari Yahudi dan Amerika ?. Wallahualam. ....
          Kalau benar....apakan jadi Malaysia ini ?.Apakah kita nak suruh 
dijajah
          secara tidak langsung ?.
          Kita pun tau hubungan Anwar dgn negara kafir tuu....
          Ataupun " AHLI PARLIMEN BN SERTAI PRAKYAT SECARA FREE KOTTTT ?.
          YE KE ? BOLEH DIPERCAYAI KE ?.

          Bagi saya 100 kali Mahatdir lebih baik dari Anwar atas sebab :

          1/ Pandangan 10 tahun ke hadapan.
          2/ Wawasan yang logik dan diterima akal bukannya dah tukar pemimpin 
              tapi wawasan tak sampai lagi.
          3/ Tegas melawan negara kafir terutama Amerika.
          4/ Dipercayai oleh negara Islam sehingga menerajui OIC
              ( TAPI KEPERCAYAAN INI DI HANCUR OLEH PEMIMPIN KINI ).
          5/ Pemaaf.....dah terbukti kebanyakkan menteri sekarang adalah 
              bekas musuh beliau yang berpaling tadah.

          ADAKAH ANWAR SEBAIK MAHATDIR ?. Hanya Nik Aziz aje yang
          layak diangkat sebagai PM Malaysia . Itupun jika beliau mampu 
mentadbir
          sebuah negara.
          ADAKAH ANWAR SUDAH MELUNASKAN JANJINYA KETIKA PILIHANRAYA
          SEMASA BELIAU DALAM BN ?. Tak habis lagi kotttt ?.

          Secara peribadi, saya lebih mengkagumi Mahatdir dari bakal bakal 
pemimpin
          tak kira dari parti apa sekali pun KECUALI NIK AZIZ .
          Beliau lebih banyak buat keja dari bercakap kerana beliau tau " LEBIH 
BANYAK
          CAKAP LEBIH BANYAK BOHONG ".
          Tk percaya kita tengok pada kempen PRU 12, ceramah siapa paling ramai 
          orang.....sedia maklum yang bohong tuleh yang paling kita suka dengar 
atau tonton.
          Seperti cerita TV yang dibuatkan filem berdasarkan cerita benar 
ataupun cerita
          melalui angan pengarah....

          Wassallam






            ----- Original Message ----- 
            From: Kholid Ali 
            To: Ikhwanul Muslimun 
            Sent: Thursday, May 15, 2008 12:19 PM
            Subject: [SPAM] Re: Help Palestine [hidayahnet] Laporan polis oleh 
pemimpin UMNO terhadap Karpal hanyalah hipokrit!!


                       Saudara tak perlulah terlalu emosi demi mempertahankan 
Mahathir. Saya terbaca dalam sebuah akhbar satu rencana yang saya tak berapa 
ingat dah tajuk dan penulisnya (sibuk sikit untuk menyemaknya) tapi penulisnya 
sebut beliau catatkan apa yang diperkatakan oleh bekas salah seorang setiausaha 
Mahathir yang meletakkan segala apa yang dihadapi oleh orang Melayu/Islam hari 
ini adalah  semuanya  berpunca dari Mahathir. Dollah  hanya pelengkapnya saja 
dan mungkin kalau di Indonesia sama seperti ?B.J. Habibi. Ramai berpendapat BJ 
Habibi seorang yang cukup berpotensi sebagai Presiden Indonesia tapi kebencian 
rakyat kepada Presiden sebelumnya yang mendukong ?parti yang sama  (tak 
perlulah nak sebut) menyebabkan dia tidak dapat bertahan lama. 
                      
                       Samada apa yang Mahathir lakukan ibadah atau tidak 
tunggulah segalanya didedahkan di mahkamah suatu hari nanti jika ditakdirkan BN 
tidak berkuasa lagi. Mungkin dia perlu dibicarakan di dua mahkamah iaitu 
Mahkamah Sivil dan juga Mahkamah Syariah. Jika kesalahan nya terbukti kelak 
saya bukanlah mahu dia masuk penjara (tak taulah orang lain terutama yang 
pernah menjadi mangsanya) tapi sekadar biarlah seluruh rakyat tahu mengenainya 
dan UMNO!! Bagaimana pun saya bukanlah menafikan langsung akan terdapatnya 
kebaikan yang dilakukan Mahathir dan UMNO!! Wallahua'lam.

                  ibnuAli
                  kota jembal

                  --- On Sun, 5/11/08, [EMAIL PROTECTED] com <[EMAIL PROTECTED] 
com> wrote:

                    From: [EMAIL PROTECTED] com <[EMAIL PROTECTED] com>
                    Subject: Re: Help Palestine [hidayahnet] Laporan polis oleh 
pemimpin UMNO terhadap Karpal hanyalah hipokrit!!
                    To: "Ikhwanul Muslimun" <[EMAIL PROTECTED] ups.com>
                    Date: Sunday, May 11, 2008, 3:51 AM



                    Wahai Abnu Ali, Kamu ni siapa?

                    UMNO memang mempertahankan kedaulatan:
                    1.Raja Raja Melayu, 
                    2.Ugama Islam sebagai agama resmi negara
                    3.Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan
                    4.Kedudukan istimewa Melayu
                    5.Kebudayaan Melayu sebagai teras kebudayaan nasional.

                    Kalau Maharhir terus berjuang, itu bermakna dia melakukan 
ibadat. (BUKAN MACAM KAMU ,YANG SARAT DENGAN BENCI DAN DENDAM!)

                    Tahniah, kepada MB Perak, kerana telah baritahu Karpal, 
bahawa negeri ini negeri Melayu. 
                                                                                
                                                               Melayu masih 
sayang dan hormatkan Raja mereka.UMNO mempertahankan Raja dan seterus 
mempertahankan kedaulatan Melayu dalam negara ini.Bukan macam kamu!


                    [EMAIL PROTECTED] com, UNEXPECTED_DATA_ AFTER_ADDRESS@ 
.SYNTAX-ERROR. wrote:
                            Aswt,
                                 Marah sungguh pemimpin UMNO atas sikap Karpal 
mempertikai campur tangan istana keatas pertukaran Pengarah JAIP lantas membuat 
beberapa laporan polis. Mereka menuduh Karpal menderhaka kepada institusi Raja. 
Tindakan mereka ini hanyalah untuk menutup perbuatan mereka yang angkuh 
terhadap istana bahkan terhadap Istana Negara sejak berpuluh tahun!! Isu 
angkuhnya kepimpinan UMNO yang paling ketara seperti yang kita tahu berlaku 
sejak di zaman Mahathir lagi. Ketika itu demonstrasi yang tidak ada permit 
menjadi budaya UMNO yang dianggap sah kerana dilakukan UMNO yang menguasai 
kerajaan Malaysia. Di Kelantan bukan sekadar mencabar kuasa Raja bahkan UMNO 
Kelantan yang disokong kuat UMNO pusat mahu menabal Raja yang baru. Cuma 
baru-baru ini saja bila tidak dapat menepis tuntutan parti pembangkang yang 
mempertikai tentang perjalanan pilihanraya yang terdapat unsur-unsur penipuan 
dan pelbagai isu rakyat yang lain maka demonstrasi dianggap bukan lagi budaya 
kita.  Saya cadangkan agar TV3 tayangkan semula siri demonstrasi arahan 
Mahathir dan kuncu-kuncu nya agar semua rakyat dapat tonton. Beranikah TV3 
lakukannya?? 
                                MB Perak tidak perlu kecewa dengan apa yang 
berlaku kerana PM Abdullah pun baru-baru ini berulang alik ke Istana Negara 
kerana cuba membantah perlantikan Ahmad Said sebagai MB Terangganu tapi tidak 
ada pula laporan Polis dibuat terhadap PM kita itu!! Bahkan akhbar-akhbar arus 
perdana lantang mempertikai campur tangan istana Terengganu dan nampak lebih 
menyokong kehendak Abdullah. 
                                Cukup-cukuplah wahai pemimpin UMNO tembelang 
anda telah pun terdedah kepada rakyat dan rakyat telah pun sampaikan mesej itu 
dalam pilihanraya lepas. Hentikanlah sikap talam dua muka atau bermuka-muka 
anda itu!! Mahathir pula usahlah berlagak nak jadi hero tua. Tun kena sedarl 
lah diri!!  Dengan wang Tun yang banyak eloklah Tun bawa tikar bantal dan pergi 
buat ibadah banyak-banyak kat Tanah Suci Mekah sana. Tinggallah kat hotel ? 
Mecca International sebelah Masjidil Haram dan mohonlah keampunan dari Allah 
swt. tapi eloklah pergi ke Memali dulu sebelum bertolak ke Mekah. Allah tidak 
akan ampun dosa seseorang selagi manusia yang dizalimi tidak ampun dosanya 
terlebih dulu.  Wallahua'lam.

                            ibnuAli
                            kota jembal
                           


----------------------------------------------------------
                      Be a better friend, newshound, and know-it-all with 
Yahoo! Mobile. Try it now. 




------------------------------------------------------------
                    Be a better friend, newshound, and know-it-all with Yahoo! 
Mobile. Try it now. 
                 


       



   

Kirim email ke