Imam Ahmad meriwayatkan sebuah hadis bahawa Muhammad ibn 'Ubayd telah
menceritakan kepada kami, 'Abdullah ibn Umar telah menceritakan kepada
kami daripada Nafi' daripada Ibn 'Umar bahawa Rasulullah SAW
bersabda, "Janganlah kamu makan dan minum menggunakan tangan kiri
kerana syaitan makan dan minum menggunakan tangan kiri." (HR. Imam
Ahmad)

Imam Ahmad meriwayatkan melalui hadis Ismail ibn Abu Hakim daripada
Urwah daripada Aisyah r.a. bahawa Rasulullah SAW bersabda, "Barangsiapa
yang makan menggunakan tangan kiri, sesungguhnya dia makan bersama
syaitan. Barangsiapa minum dengan menggunakan tangan kiri, sesungguhnya
dia juga minum bersama syaitan." (HR. Imam Ahmad)

Imam Ahmad berkata bahawa Muhammad ibn Jaafar telah menceritakan kepada
kami, Shu'bah relah memberitahu kepada kami daripada Abu Ziyad al-Tahan
yang mendengar Abu Hurairah r.a. mengatakan bahawa beliau telah
mendengar daripada Nabi SAW bahawa, "Baginda telah melihat seorang
lelaki yang minum sambil berdiri. Lalu baginda menegur lelaki itu
dengan bersabda, "Awas!" "Kenapa?", tanya lelaki itu dengan nada
terkejut. Nabi SAW menjawab, "Adakah engkau suka jika engkau minum
dengan seekor kucing betina?" "Tidak," jawabnya. Sambung Nabi SAW
lagi, "Sesungguhnya ketika kamu minum tadi, ada makhluk yang lebih
buruk daripada kucing telah minum bersama kamu iaitu syaitan." (HR.
Imam Ahmad)

Imam Ahmad juga telah meriwayatkan bahawa 'Abd al-Razzaq telah
menceritakan kepada kami, Ma'mar telah menceritakan kepada kami
daripada al-Zuhriy daripada seorang sahabat daripada Abu Hurairah r.a.
mengatakan bahawa Rasulullah SAW telah bersabda, "Jika seseorang yang
minum sambil berdiri, tahu apa yang ada di dalam perutnya nescaya dia
akan muntah kembali." (HR. Imam Ahmad)

Imam Ahmad berkata bahawa Musa telah menceritakan kepada kami, Ibn
Lahiah telah menceritakan kepada kami daripada Ibn Zubayr bahawa beliau
telah bertanya kepada Jabir, "Aku mendengar Rasulullah SAW
bersabda, "Apabila seorang lelaki memasuki rumahnya sendiri, lalu dia
menyebut nama Allah SWT ketika dia masuk dan ketika dia makan, syaitan
akan berkata (kepada kaumnya), "Kamu tidak dapat tinggal dan makan
disini." Apabila lelaki itu masuk ke rumahnya tanpa membaca nama Allah
SWT, syaitan akan berkata (kepada kaumnya), "Kamu dapat tinggal dan
makan di sini." Jabir berkata, Ya! Benar katamu itu." (HR. Imam Ahmad)

*
Di copy dari blog http://luqmannul.blogspot.com
Pemilik blog ini Luqman Nul Hakim bin Hamzah telah terlibat dalam
kemalangan jalanraya pada 31 Mac 2010 lalu. Moga beliau sabar dan cepat
sembuh.

*

--
Posted By Lenggang Kangkung to TAZKIRAH at 4/12/2010 08:36:00 AM

Kirim email ke