HEBAHAN : Mencari anak yang
'hilang'<http://laman-seri.blogspot.com/2010/06/hebahan-mencari-anak-yang-hilang.html>
<http://1.bp.blogspot.com/_oV1RUxbNq84/TBHjvHrl_aI/AAAAAAAAEqw/dUt7EZYEETQ/s1600/Mimie.jpg>
Mimie

Assalamualaikum warahmatullah,

Berita ini dipetik dari Utusan
11/06/2010<http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0611&pub=Utusan_Malaysia&sec=Jenayah&pg=je_03.htm>.
Jika ada di antara pembaca artikel ini terjumpa terserempak dengan Mimie,
sila hubungi nombor talipon yang tertera di bawah. Ini sahaja usaha yang
saya mampu lakukan untuk ibu bapa Mimie.

Kepada adik Mimie : Kesian pada mak dan ayah, dik!

<http://1.bp.blogspot.com/_oV1RUxbNq84/TBHltlD7iyI/AAAAAAAAEq4/7zZBVVBarVY/s1600/flower+and+butterfly+footer.gif>

IbuBapa bergadai cari anak larikan diri ikut kekasih

HULU LANGAT 10 Jun - Demi kasih terhadap anak gadisnya, sepasang suami
isteri dari Semporna, Sabah sanggup menggadaikan semua barang kemas bagi
membeli tiket penerbangan ke Semenanjung untuk mencari anaknya yang melarikan
diri mengikut kekasihnya, seorang pengkid.

Pasangan terbabit sanggup bergolok gadai asalkan boleh membawa pulang anak
perempuan mereka yang berusia 15 tahun pulang ke pangkuan keluarga setelah
melarikan diri dari rumah sejak 15 April lalu.

Abdul Sarang Bangun, 42, dan isterinya, Norhayati Hambong, 43, yang berasal
dari Kampung Sungai Gajah, Semporna yakin dapat menemui anaknya, Marnie atau
mesra dipanggil 'Mimie' setelah mendapat khabar gembira bahawa anaknya itu
pulang ke rumah bapa saudaranya di Batu 14 di sini pada 1 Jun lalu.

Namun, hasrat Abdul Sarang untuk menemui Mimie dan membawa pulang anaknya
itu tidak kesampaian apabila remaja terbabit sekali lagi menghilangkan diri.

Abdul Sarang berkata, dia berasa amat sedih dan terkilan apabila gagal
bertemu dengan Mimie setibanya di Semenanjung kelmarin kerana anaknya itu
sudah meninggalkan rumah adik iparnya, Ali Bais Hambong secara senyap-senyap
kira-kira pukul 1 pagi, Ahad lalu.

"Sebaik sahaja mendapat berita bahawa Mimie pulang ke rumah Ali Bais membawa
beg pakaiannya dan menyatakan persetujuan untuk pulang ke Semporna, saya
tidak teragak-agak membeli tiket penerbangan datang ke Semenanjung untuk
menjemputnya.

"Sebagai petani, saya memang tidak berkemampuan datang ke Semenanjung tetapi
isteri saya sanggup menggadaikan semua barang kemasnya untuk membeli tiket
penerbangan dan membiayai perbelanjaan selama berada di sini," katanya
ketika ditemui di rumah Ali Bais di sini hari ini.

Abdul Sarang turut membawa bersama seorang lagi adik iparnya dari Semporna
iaitu Mohd. Yasin Hambong untuk menemaninya memandangkan ini pertama kali
dia menaiki kapal terbang dan menjejakkan kaki ke Semenanjung.

"Saya harap Mimie menghargai pengorbanan dan kasih sayang kami terhadapnya
dengan kembali ke pangkuan keluarga.

"Sebelum berangkat meninggalkan Semporna, isteri meninggalkan pesan agar
membawa pulang Mimie dengan apa cara sekalipun dan perkara itu sentiasa
dipesan setiap kali menghubungi saya," katanya.

Menurut Abdul Sarang, isterinya kini hanya mampu menelan sesuap dua nasi dan
tidur kira-kira tiga jam sehari kerana terlalu merindui Mimie.

Sementara itu, Ali Bais memberitahu, dia tidak menyangka anak saudaranya itu
sekali lagi melarikan diri selepas enam hari tinggal di rumahnya.

"Mimie memberitahu saya bahawa dia mahu kembali ke Sabah tetapi dalam masa
sama masih lagi berhubungan dengan rakan pengkidnya.

"Rupa-rupanya, mereka kembali merancang untuk melarikan diri tanpa disedari
saya pada awal pagi Ahad lalu," katanya.

Utusan Malaysia sebelum ini melaporkan Mimie meninggalkan sekeping nota
berbunyi 'Jangan cari aku. Minta maaf ayah dan ibu' kepada keluarganya
sebelum menghilangkan diri bersama seorang pengkid yang juga bekas rakan
sekampungnya yang berusia 20 tahun ke Kuala Lumpur pada 15 April lalu.

Mereka kemudian dipercayai menumpang di rumah seorang rakan di Damansara
sebaik sahaja tiba di Semenanjung.

Sesiapa mengenali Mimie atau mempunyai maklumat mengenai gadis remaja ini
boleh menghubungi:

   - Abdul Sarang di talian 014-2045729 atau
   - Ali Bais di talian 012-3315249.


--
~ 睡眠不足のママ ~
http://laman-seri.blogspot.com
http://little-kiosk.blogspot.com
Everyone thinks of changing the world, but no one thinks of changing
himself. – Leo Tolstoy

¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤

Kirim email ke