PETIKAN : http://laman-seri.blogspot.com
Memahami seorang
lelaki<http://laman-seri.blogspot.com/2010/07/memahami-seorang-lelaki.html>

  <http://laman-seri.blogspot.com/2010/07/memahami-seorang-lelaki.html>

<http://3.bp.blogspot.com/_oV1RUxbNq84/TDGGM7N8MOI/AAAAAAAAFC4/mV0GktKT8gc/s1600/syg+bertukar+benci+2.jpg>
Assalamualaikum warahmatullah,

Jika dalam entry Memahami cemburu seorang
wanita<http://laman-seri.blogspot.com/2010/06/memahami-cemburu-seorang-wanita.html>,
yang lepas berkisar tentang selok-belok cemburu seorang wanita, kali ini
dikongsikan artikel bagi memahami seorang lelaki pula.

LELAKI akan mula berahsia jika mendapat tahu kekasih atau isterinya menjaja
cerita dengan orang lain. Bayangkan senario ini :

Pada satu hujung minggu yang indah, Jasmin dan Daniel bercadang untuk
menonton wayang di pawagam berhampiran dengan kediaman mereka. Pasangan
kekasih yang sentiasa sibuk dengan urusan kerja itu hanya berpeluang bersama
ketika hujung minggu sambil pergi menonton wayang, berekreasi ataupun
menikmati makanan di restoran kegemaran.

Seperti biasa, semasa menunggu giliran membeli tiket tiba-tiba mereka
terserempak dengan Nadia, rakan pejabat Jasmin yang juga merupakan seorang
model sambilan. Perwatakan cantik dan anggun Nadia itu tanpa disedari
menarik perhatian Daniel.

“Kenapa asyik pandang Nadia? Awak rasa dia cantik?” persoal Jasmin.

“Saya rasa kawan awak itu cantik,” jawab Daniel dengan ikhlas tanpa
berselindung apa-apa. Namun, kata-kata Daniel itu mula mengundang masalah
dalam perhubungan antara pasangan itu sebab Jasmin berasa kekasih mula
tertarik dengan wanita lain.


Situasi seumpama itu hakikatnya sering berlaku dalam mana-mana perhubungan
pasangan kekasih ataupun suami isteri. Mungkin anda juga pernah
mengalaminya. Dalam situasi tersebut, luahan ikhlas Daniel kepada
Jasmin sebenarnya
untuk memudahkan kefahaman bukan merumitkan lagi perhubungan.

Menurut Kaunselor Perhubungan di Universiti Missouri, Columbia, Amerika
Syarikat, Glenn Good, lelaki bercakap dengan bahasa yang berlainan. Ini yang
menyebabkan adakalanya lelaki dan wanita sukar berkomunikasi antara satu
sama lain. Apa yang lahir daripada kata-katanya jika dia bercakap dengan
wanita, adalah berbeza daripada apa yang dimaksudkan.

Kadangkala majoriti wanita berfikir lelaki yang berbohong tentang diri
sendiri akan berbohong mengenai semua perkara lain. Maka, perasaan curiga
akan menyelubungi jiwa sehingga memusnahkan perhubungan yang baik.

Sebenarnya memahami golongan lelaki bukan susah seperti yang disangka. Bagi
kaum wanita yang bimbang dan menghadapi masalah dengan perkara itu, mari
kita lihat tips untuk anda memudahkan perjalanan cinta anda.

Suka membisu

Golongan wanita berkebolehan untuk membicarakan sesuatu subjek yang sensitif
dan sedih sebagai salah satu cara berhadapan dengan realiti. Tetapi lelaki
pula lebih suka untuk menyembunyikan dan membisu.

Apabila lelaki membisu bukanlah bermakna dia tidak langsung memikirkan hal
tersebut, sebaliknya dia enggan memanjangkan atau mengeruhkan sesuatu
situasi buruk. Jadi, wanita usah bimbang atau bersangka buruk bahawa
pasangan anda tidak langsung mempedulikan anda.

Cukup sekadar meluahkan apa yang tersirat di hati tanpa perlu membebel
panjang. Lelaki biasanya akan faham dan selesa dengan situasi itu.

Lelaki tidak kompleks

Apabila seseorang lelaki menunjukkan tanda bahawa dia menyukai wanita yang
pandai menjaganya, mengemas rumah, menyediakan makanan dan menghabiskan
waktu intim bersama, wanita harus percaya bahawa itulah yang lelaki tersebut
inginkan.

Ini bukan bererti lelaki berfikir secara primitif tetapi kebanyakan lelaki
bersifat sedemikian. Wanita biasa menganggap lelaki sebagai kompleks dan
sukar difahami sedangkan sebenarnya kehendak lelaki adalah mudah sahaja.

Jangan paksa lelaki

Apabila seseorang wanita mendesak lelaki agar mendedahkan perasaannya
mungkin lelaki itu akan mendedahkan sesuatu yang wanita itu tidak suka
mendengarnya. Maka adalah lebih baik jika tidak bertanya dan menyelidik
perasaannya secara mendalam. Lebih baik bagi seseorang wanita itu membaca
bahasa badan lelaki, lirik matanya atau perubahan mendadak dalam corak
perlakuannya.

Pentingkan kejujuran

Sama seperti wanita, golongan lelaki juga mementingkan kejujuran. Jika
lelaki mengetahui kekasih atau isterinya suka bercerita kepada wanita lain
tentang dirinya besar kemungkinan lelaki itu tidak akan bercerita lagi
secara telus mengenai hal-hal rahsia yang lainnya.

Kejujuran memang penting bagi lelaki. Seorang suami ingin isterinya
menyimpan rahsia rumah tangga mereka daripada pengetahuan umum.

Hidup lelaki lebih mudah

Cara hidup lelaki lebih mudah berbanding wanita. Oleh sebab itu, lelaki
sukar untuk memahami apabila sesuatu perkara itu disampaikan dalam bentuk
bahasa kiasan oleh wanita. Wanita suka berkias dan berharap lelaki
memahaminya, sedangkan mereka lebih suka jika perkara itu disampaikan dalam
bahasa yang mudah dan berterus-terang. Sekiranya wanita tidak jelas mengenai
sesuatu perkara, lebih baik berbual secara terbuka kepada lelaki.

Semoga bermanafaat!

Sumber : 
Kosmo!<http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2010&dt=0625&pub=Kosmo&sec=Pesona&pg=ps_02.htm>

--
~ 睡眠不足のママ ~
http://laman-seri.blogspot.com
http://little-kiosk.blogspot.com
Everyone thinks of changing the world, but no one thinks of changing
himself. – Leo Tolstoy

¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤

Kirim email ke