Jenis Wali-Wali Allah 
PEMBAHAGIAN WALI-WALI Allah 

1. Al-Aqtab 

Al Aqtab berasal dari kata tunggal Al Qutub yang mempunyai erti
penghulu. Dari sini dapat kita simpulkan bahwa Al Aqtab adalah darjat
kewalian yang tertinggi. Jumlah wali yang mempunyai darjat tersebut
hanya terbatas seorang saja untuk setiap masanya. Seperti Abu Yazid Al
Busthami dan Ahmad Ibnu Harun Rasyid Assity. Di antara mereka ada yang
mempunyai kedudukan di bidang pemerintahan, meskipun tingkatan
taqarrubnya juga mencapai darjat tinggi, seperti para Khulafa'ur
Rasyidin, Al Hasan Ibnu Ali, Muawiyah Ibnu Yazid, Umar Ibnu Abdul Aziz
dan Al Mutawakkil. 

2. Al-A immah 

Al Aimmah berasal dari kata tunggal imam yang mempunyai erti
pemimpin. Setiap masanya hanya ada dua orang saja yang dapat mencapai
darjat Al Aimmah. Keistimewaannya, ada di antara mereka yang
pandangannya hanya tertumpu ke alam malakut saja, ada pula yang
pandangannya hanya tertumpu di alam malaikat saja. 

3. Al-Autad 

Al Autad berasal dari kata tunggal Al Watad yang mempunyai erti
pasak. Yang memperoleh darjat Al Autad hanya ada empat orang saja
setiap masanya. Kami menjumpai seorang di antara mereka dikota Fez di
Morocco. Mereka tinggal di utara, di timur, di barat dan di selatan
bumi, mereka bagaikan penjaga di setiap pelusuk bumi. 

4. Al-Abdal 

Al Abdal berasal dari kata Badal yang mempunyai erti menggantikan.
Yang memperoleh darjat Al Abdal itu hanya ada tujuh orang dalam setiap
masanya. Setiap wali Abdal ditugaskan oleh Allah swt untuk menjaga
suatu wilayah di 

bumi ini. Dikatakan di bumi ini mempunyai tujuh daerah. Setiap
daerah dijaga oleh seorang wali Abdal. Jika wali Abdal itu meninggalkan
tempatnya, maka ia akan digantikan oleh yang lain. Ada seorang yang
bernama Abdul Majid Bin Salamah pernah bertanya pada seorang wali Abdal
yang bernama Muaz Bin Asyrash, amalan apa yang dikerjakannya sampai ia
menjadi wali Abdal? Jawab Muaz Bin Asyrash: "Para wali Abdal
mendapatkan darjat tersebut dengan empat kebiasaan, yaitu sering lapar,
gemar beribadah di malam hari, suka diam dan mengasingkan diri". 

5. An-Nuqaba' 

An Nuqaba' berasal dari kata tunggal Naqib yang mempunyai erti
ketua suatu kaum. Jumlah wali Nuqaba' dalam setiap masanya hanya ada
dua belas orang. Wali Nuqaba' itu diberi karamah mengerti
sedalam-dalamnya tentang hukum-hukum syariat. Dan mereka juga diberi
pengetahuan tentang rahsia yang tersembunyi di hati seseorang.
Selanjutnya mereka pun mampu untuk meramal tentang watak dan nasib
seorang melalui bekas jejak kaki seseorang yang ada di tanah.
Sebenarnya hal ini tidaklah aneh. Kalau ahli jejak dari Mesir mampu
mengungkap rahsia seorang setelah melihat bekas jejaknya. Apakah Allah
tidak mampu membuka rahsia seseorang kepada seorang waliNya? 

6. An-Nujaba' 

An Nujaba' berasal dari kata tunggal Najib yang mempunyai erti
bangsa yang mulia. Wali Nujaba' pada umumnya selalu disukai orang.
Dimana sahaja mereka mendapatkan sambutan orang ramai. Kebanyakan para
wali tingkatan ini tidak merasakan diri mereka adalah para wali Allah.
Yang dapat mengetahui bahawa mereka adalah wali Allah hanyalah seorang
wali yang lebih tinggi darjatnya. Setiap zaman jumlah mereka hanya
tidak lebih dari lapan orang. 

7. Al-Hawariyun 

Al Hawariyun berasal dari kata tunggal Hawariy yang mempunyai erti
penolong. Jumlah wali Hawariy ini hanya ada satu orang sahaja di setiap
zamannya. Jika seorang wali Hawariy meninggal, maka kedudukannya akan
di-ganti orang lain. Di zaman Nabi hanya sahabat Zubair Bin Awwam saja
yang mendapatkan darjat wali Hawariy seperti yang dikatakan oleh sabda
Nabi: 

"Setiap Nabi mempunyai Hawariy. Hawariyku adalah Zubair ibnul Awwam". 

Walaupun pada waktu itu Nabi mempunyai cukup banyak sahabat yang
setia dan selalu berjuang di sisi beliau. Tetapi beliau saw berkata
demikian, kerana beliau tahu hanya Zubair sahaja yang meraih darjat
wali Hawariy. Kelebihan seorang wali Hawariy biasanya seorang yang
berani dan pandai berhujjah.
 

Kirim email ke