KOTA BHARU, 17 Mei (Harakah) – Selepas            menjalinkan 
kerjasama dengan Syarikat            CNMC Goldmine Limited dari China sejak     
       tiga tahun lalu, akhirnya kegiatan            perlombongan emas 
dimulakan di Sokor,            Tanah Merah, hari ini.
           
           Semalam majlis menandatangani Perjanjian            Persefahaman 
antara Perbadanan Iktisad            Negeri Kelantan (PKINK) dengan CNMC        
    Goldmine Limited diadakan di sebuah            hotel di sini.
           
           Ketua Eksekutif PKINK, Haji Wan Yahya            Wan Salleh mewakili 
perbadanan tersebut,            manakala syarikat swasta terbabit            
diwakili pengerusinya, Zhang Jian.
           
           Menteri Besar, Tuan Guru Dato’ Nik Abdul            Aziz Nik Mat 
berkata, kepakaran yang            dimiliki syarikat dari China itu telah       
     menyakinkan kerajaan negeri untuk            melaksanakan industri lombong 
emas di            kawasan seluas 2366.08 ekar.
           
           “Kerajaan negeri juga bersetuju menerima            tenaga pakar 
dari negara tersebut dengan            syarat rakyat tempatan turut diberi      
      peluang untuk menyumbang tenaga mereka            dalam industri ini,” 
katanya kepada            pemberita selepas menyaksikan perjanjian            
tersebut.
           
           Syarikat CNMC Goldmine Limited adalah di            antara syarikat 
yang berjaya memperolehi            projek tersebut daripada 58 syarikat        
    yang memasuki tender. Daripada jumlah            tersebut hanya 10 syarikat 
yang berjaya            untuk menjalankan aktiviti lombong emas            di 
kawasan 20,430 ekar tanah di seluruh            Kelantan.
           
           Menteri Besar menyifatkan perjanjian            usahasama itu 
merupakan rentetan            daripada sejarah kerjasama yang            
dijalinkan dengan China sejak 400 tahun            dahulu dalam aktiviti 
melombong emas di            negeri ini.
           
           “Dengan kemasukan pelabur asing ke            Kelantan, saya percaya 
sedikit sebanyak            akan membantu memperkembangkan ekonomi            
negeri seterusnya dapat menberi faedah            kepada rakyat,” katanya.
           
           Beliau juga berkata, kerajaan negeri            akan memastikan 
aktiviti melombong yang            dijalankan tidak akan memberi kesan          
  kepada alam sekitar dan pemantauan            dibuat dari semasa ke semasa.
           
           Zhang Jian berkata, aktiviti melombong            emas di Sokor 
merupakan projek yang            julung kalinya dilakukan syarikat itu di       
     Malaysia .
           
           “Perjanjian hari ini sebagai perintis            dan langkah pertama 
kami dalam            menjalinkan hubungan usahasama dengan            kerajaan 
Kelantan dan kami percaya            usahasama ini akan berjalan lancar,”       
     katanya.
           
           Beliau juga memberitahu tiga pakar            geologi dari China 
akan melakukan proses            penerokaan peringkat pertama bermula           
 hari ini sehingga habis tempoh pajakan            ditetapkan kerajaan negeri 
selama 10            tahun. - /mj
           
           Sumber: HarakahDaily.net
           
             Ulasan:
           
           Islam adalah sebuah ajaran yang lengkap            mencakupi segala 
aspek kehidupan.            Diantara aspek-aspek tersebut adalah            
sistem ekonomi yang mengandungi            pemikiran-pemikiran yang mengatur    
        masaalah perekonomian.
           
           Sehubungan dengan itu Islam telah            mensyariatkan bahawa 
bahan galian yang            berkuantiti besar di dalam bumi adalah            
harta milik umum dan tidak seharusnya            dimiliki oleh individu atau 
sekumpulan            individu (syarikat). Ini didasarkan            kepada 
hadis riwayat at Tarmidzi dari            Abyadh ibn Hammal, “Bahawa dia telah  
          datang kepada Nabi (saw) dan meminta            baginda untuk 
memberinya tanah yang            mengandungi garam, dan baginda            
memberikan kepadanya. Dan apabila dia            pergi, salah seorang yang 
hadir bersama            Nabi (saw) berkata, “Adakah kau tahu apa            
yang engkau berikan kepadanya? Engkau            telah memberikannya air yang 
mengalir            (al maa’ al udd’)”. Baginda kemudiannya            menarik 
pemberian tersebut.”
           
           Di dalam hadis ini, pada mulanya            Rasulullah (saw) 
memberikan tanah            lombong yang mengandungi garam (bahan            
galian) kepada Abyadh ibn Hammal kerana            menganggap garam tersebut 
adalah terhad            (sedikit) kuatitinya. Bagaimanapun            apabila 
baginda diberitahu bahawa garam            tersebut adalah besar kuantitinya 
yang            diibaratkan seperti air yang mengalir            (al maa’ al 
udd’) maka baginda menarik            balik pemberian tersebut. Ini adalah      
      dalil keharamannya untuk dimiliki secara            individu atau 
sekumpulan individu (syarikat)            kerana ianya adalah harta milik umum.
           
           Oleh kerana hadis di atas membicarakan            soal lombong garam 
yang merupakan salah            satu bahan galian maka keharaman ini            
terkena kepada semua jenis galian yang            dikandungi oleh bumi apabila 
ia            berjumlah dalam kuantiti yang besar.
           
           Pemberian hak pajakan tanah perlombongan            emas kepada 
pihak swasta oleh Kerajaan            Negeri Kelantan bermakna memberikan hak   
         untuk memiliki emas yang terdapat pada            tanah pajakan kepada 
pihak swasta yang            mengusahakannya selama tempoh pajakan.            
Sebagai imbalan Kerajaan Negeri akan            memperolehi bayaran pajakan 
dari pihak            swasta yang mengusahakan lombong            tersebut.
           
           Ini secara jelas telah melanggar syariat            Islam 
sebagaimana yang terkandung di            dalam hadis di atas. Malangnya 
perkara            inilah yang menjadi amalan bukan sahaja            oleh 
Kerajaan Negeri Kelantan tetapi            kerajaan-kerajaan negeri yang lain,  
          malahan kerajaan Malaysia sendiri ketika            menangani 
indudstri perlombongan.
           
           Kaedah yang sejalan dengan syariat Islam            dalam menangani 
industri perlombongan            adalah pemerintah diberi kuasa untuk           
 mengelolakannya dan hasil dari            perlombongan tersebut hendaklah      
      dikembalikan kepada umum sepenuhnya            dalam bentuk kemudahan 
infrastruktur            pengangkutan, kesihatan, pendidikan dan            
sebagainya secara percuma. Jika ada            pihak swasta yang terlibat dalam 
           industri ini peranan mereka hanya terhad            sebagai pekerja 
(ajir) yang diberikan            upah oleh negara. Mereka tidak boleh           
 memiliki bahan galian yang dikeluarkan            dan bahan galian tersebut 
mesti            diserahkan kepada negara (sebagai            pemegangan amanah 
harta milik umum)            seluruhnya.
           
           Wallahu ‘alam.

       
---------------------------------
Yahoo! oneSearch: Finally,  mobile search that gives answers, not web links. 

Kirim email ke