Dari Blog Ustaz Abdul Halim bin Abdullah, Naib Presiden ISMA (Ikatan Muslimin 
Malaysia) merangkap Ketua Perhubungan ISMA N.Sembilan 

Kerajaan-kerajaan di negara-negara umat Islam hari ini sepatutnya merenung 
kepada diri sendiri dengan penuh insaf dan tanggungjawab bahawa rakyat memilih 
mereka untuk mereka berkhidmat kepada umat, bukan berkhidmat untuk pihak lain 
terutama kepada Barat dan Kuasa-kuasa Besar.

Sebab utama banyak pemimpin dan kerajaan umat Islam merujuk, bahkan ada ke 
tahap melutut kepada Barat adalah kerana jahilnya mereka terhadap Islam yang 
hakiki, lemah jiwa, tiada agenda umat, rosak akhlak, cinta dunia dan sayang 
kepada kerusi tampuk kekuasaan. 

Bagi mereka, mereka akan lebih kekal di tampuk kuasa hanya jika sekiranya 
mereka mendapat dokongan Barat dan Kuasa-kuasa Besar, itu yang lebih penting. 
Jika tidak, Barat akan menggangu gugat kestabilan karier politik dan periuk 
nasi mereka, memporak perandakan ekonomi yang banyak bergantung kepada Barat 
bahkan akan menyerang mereka sekiranya mereka terus engkar. 

Oleh itu kemahuan Barat diutamakan, dan hak dan kehendak raakyat di 
belakangkan. 

Tidakkah mereka melihat bahawa hakikatnya kestabilan, kekuatan ekonomi dan 
keselamatan negara banyak bergantung kepada umat di dalam negara itu sendiri. 

Lebih dari itu, di sana ada kuasa yang lebih besar yang menentukan 
segala-galanya iaitu Yang Maha Pencipta lagi Maha Perkasa. 

Walaupun Perlembagaan Malaysia menyatakan bahawa Agama Resmi negara adalah 
Islam, tetapi banyak undang-undang tidak digubal oleh wakil-wakil rakyat ke 
arah itu. 

Begitu juga banyak undang-unang yang bertentangan dengan Agama Resmi negara 
tidak cuba diubah oleh wakil-wakil di Parlimen dan DUN. 

Kebanyakan ibu bapa tidak suka anak-anak muda mudi mereka terjebak di dalam 
Budaya Kuning yang merosakkan. Mereka mengundi wakil mereka ke DUN dan 
Parlimen. Adakah wakil mereka memperjuangkan harapan dan ideologi mereka atau 
mereka lebih melayan agenda pihak lain ?

Adalah lebih baik pemimpin negara umat Islam berkhidmat kepada Rakyat daripada 
berkhidmat kepada Barat. 

Artikel sepenuhnya di 
http://inijalanku.wordpress.com/2010/10/05/kerajaan-berkhidmat-kpd-rakyat-atau-kpd-barat/
 



      

Kirim email ke