Pernah dengar kereta tidak menggunakan petrol sebagai
bahanapi ? Baru-baru ini saya menonton satu rencana di
televisyen mengenai kereta yang menggunakan kuasa
tekanan udara. 

Kereta yang menggunakan udara sebagai tenaga untuk
menggerakkan enjinnya dipanggil “Air Car” atau Kereta
Udara. Tekanan udara akan dibekalkan ke dalam enjin
kereta yang akan dijadikan sebagai tenaga untuk
menggerakkan enjin kereta tersebut. Dengan mengisi
tekanan udara selama 2 minit sahaja, kereta udara ini
boleh bergerak selama 2 jam. Bukan setakat ianya
menjimatkan minyak , malah ianya tidak mencemarkan
alam sekitar kerana tiada pelepasan gas karbon
monoksida ke udara.

Kereta udara ini bukannya fiksyen sains atau khayalan
semata-mata. Ianya telah dibangunkan oleh beberapa
syarikat di Eropah sejak 1990an yang terdiri dari
jurutera otomotif dari Perancis dan Itali.

Kemungkinan kereta udara ini boleh mengancam pasaran
harga minyak serta komoditi berkaitan , maka ianya
tidak mendapat sambutan dari sesetengah negara.

Bagaimanapun , syarikat otomotif terkemuka India iaitu
Tata Motors telah menandatangani perjanjian dengan MDI
of France pada Februari 2007 untuk membangunkan kereta
udara ini di India. Tata Motors adalah merupakan
syarikat pengeluar kereta yang terbesar di India
dengan lebih 4 juta kenderaannya bergerak di atas
jalanraya India. Tata Motors juga adalah pengeluar
kenderaan berat ke 5 terbesar di dunia dan pengeluar
bas ke 2 terbesar di dunia.

Adalah dijangkakan sebanyak 6000 kereta udara akan
bergerak di atas jalanraya India pada tahun 2008. 

Syarikat kereta di India ketika ini sentiasa
memikirkan kereta yang sesuai untuk rakyat mereka.
Dalam masa terdekat mereka akan mengeluarkan kereta 1
Lakh atau kereta pada harga 100,000 Rupee bersamaan
dengan RM 8,500. Kereta yang mereka cipta untuk rakyat
adalah untuk manafaat rakyat. Konsep kereta rakyat ini
sebenarnya dipelopori oleh Volkswagen dimana “Volks”
bermaksud Rakyat dan “Wagen” bermaksud Kereta.

Sementara itu sebuah syarikat di Perancis sedang
membangunkan model kereta udara OneCAT pada harga
sekitar 3,500 Euros atau RM 17,000.

Sekiranya kereta udara ini dapat dibangunkan dan
dikeluarkan di Malaysia , sudah pasti ianya akan
memberi manafaat yang begitu banyak kepada rakyat
Malaysia, dimana ianya akan mengekang kenaikan harga
minyak yang seterusnya akan mengekang kenaikan tarif
elektrik, kenaikan harga barangan dan lain-lain
keperluan asas masyarakat. Bayangkan sebuah kereta
yang boleh membawa 5 orang penumpang hanya memerlukan
RM 7 untuk bergerak sejauh 200 km tanpa pencemaran
udara.

Rujukan :
http://www.theaircar.com/ 
http://www.theaircar.com/tata_agreement.html 
http://green.yahoo.com/blog/ecogeek/66/air-car-ready-for-mass-production.html

http://www.engineair.com.au/airmotor.htm 
http://en.wikipedia.org/wiki/Air_car 


     
  Blog Rozmal http://waghih.blogspot.com 
  Yayasan Amal Malaysia http://www.amalmalaysia.net
  Yayasan Aman Palestin http://www.amanpalestin.com 
  Institut Kajian Angkasa http://ikam-space.blogspot.com 
  Pusat Pendidikan As Saidiyyah http://puspa-ns.blogspot.com 





      
____________________________________________________________________________________
Never miss a thing.  Make Yahoo your home page. 
http://www.yahoo.com/r/hs

Kirim email ke