PETiKAN : http://laman-seri.blogspot.com
Apakah perjuangan kamu sudah cukup untuk masuk
syurga?<http://laman-seri.blogspot.com/2010/04/apakah-perjuangan-kamu-sudah-cukup.html>

<http://laman-seri.blogspot.com/2010/04/apakah-perjuangan-kamu-sudah-cukup.html>

<http://4.bp.blogspot.com/_oV1RUxbNq84/S7xblMoZS5I/AAAAAAAAD5Q/_Q3oDki0Xys/s1600/jam-masa.jpg>Demi
masa, sesungguhnya manusia itu benar-benar berada dalam kerugian, kecuali
orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal saleh dan nasihat menasihati
supaya menaati kebenaran dan nasihat menasihati supaya menetapi kesabaran. ~
al-'Ashr


Assalamualaikum warahmatullah,

Allah SWT telah berfirman yang bermaksud, “Adakah patut kamu menyangka
bahawa kamu akan masuk Syurga, padahal belum sampai kepada kamu (ujian dan
cubaan) seperti yang telah berlaku kepada orang-orang yang terdahulu
daripada kamu? Mereka telah ditimpa kepapaan (kemusnahan harta benda) dan
serangan penyakit serta digoncangkan (oleh ancaman bahaya musuh), sehingga
berkatalah Rasul dan orang-orang yang beriman yang ada bersamanya: Bilakah
(datangnya) pertolongan Allah? Ketahuilah sesungguhnya pertolongan Allah itu
dekat (asalkan kamu bersabar dan berpegang teguh kepada agama
Allah).”(Surah al-Baqarah ayat 214)

Dalam ayat ini Allah SWT bertanya, apakah sudah cukup perjuangan dan
pengorbanan dilakukan [NB : oleh kita, hamba-Nya] untuk melayakkan masuk ke
dalam syurga, suatu tempat yang tidak dapat dibayangkan dengan akal? Di
dalamnya terdapat sesuatu yang tidak pernah dilihat oleh mata dan tidak
pernah didengari oleh telinga.

Dalam sebuah hadis, Rasulullah SAW menyebut, “Aku orang yang paling teruk
diuji dalam menjalankan tugas Allah.” Baginda diancam dengan ugutan bunuh,
diracun, disihir, giginya juga syahid dalam peperangan. Para Nabi dan Rasul
terdahulu juga teruk diuji dalam perjuangan mereka. Nabi Ibrahim dicampak ke
dalam api kerana memperjuangkan Islam.

Ketika para sahabat Nabi dan juga pejuang Islam merasa goyang dan agak
terumbang-ambing dalam perjuangan mereka, mereka akan bertanya, “Bilakah
datangnya pertolongan Allah?” Maka jawabnya, “Pertolongan Allah itu dekat”
iaitu ia boleh datang sekelip mata dan bila-bila masa sahaja, asalkan mereka
bersabar.

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud, “Pertolongan Allah datang dengan
bersabar, jalan keluar itu ada bersama dengan bala (karb), dan sesungguhnya
tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan, sesungguhnya tiap-tiap kesukaran
disertai kemudahan.” (Riwayat Ibnun Najjar melalui Anas r.a.)

Pertolongan akan diberi oleh Allah mengikut tahap kesabaran kita. Kalau kita
bertindak dan tidak bersabar, maka tiadalah pertolongan Allah.

Semasa Perang Hunain para sahabat telah terlupa tentang pertolongan Allah.
Mereka menyangka bilangan mereka yang ramai boleh memenangkan mereka kerana
dalam beberapa perang sebelum itu mereka menang walaupun bilangan mereka
sedikit.

Firman Allah yang bermaksud, “Sesungguhnya Allah telah menolong kamu
mencapai kemenangan dalam banyak medan-medan perang dan di medan perang
Hunain, iaitu semasa kamu merasa megah dengan sebab bilangan kamu yang
ramai; maka bilangan yang ramai itu tidak mendatangkan faedah kepada kamu
sedikitpun dan (semasa kamu merasa) bumi yang luas itu menjadi sempit kepada
kamu; kemudian kamu berpaling undur melarikan diri.” (Surah at-Taubah ayat
25)

Akhirnya Rasulullah SAW menggunakan mukjizatnya dengan bersabda, “Aku adalah
nabi sebenar tiada mendusta, Akulah putera Abdul al-Muttalib” dan datanglah
pertolongan Allah memberi kemenangan kepada tentera Islam.

Inilah jalan yang ditempuh oleh ulama-ulama sebenar dalam menegakkan agama
Allah :

Imam Syafie - Tangan dan kakinya dirantai lalu dibawa menghadap pemerintah
dan hampir-hampir dipancung kerana dituduh Syiah dan pemecah-belah
masyarakat.

Imam Hanafi - Ditangkap, dipenjara, disebat, disiksa dan dipaksa minum racun
oleh pemerintah lalu meninggal dunia kerana tidak bersetuju dengan
dasar-dasar pemerintah.

Imam Maliki - Disebat dengan cemeti lebih kurang 70 kali sepanjang hayatnya
oleh pemerintah kerana sering mengeluarkan kenyataan yang bertentangan
dengan kehendak pemerintah.

Imam Hambali - Dipenjara oleh pemerintah dan dirotan belakangnya hingga
hampir terlucut kainnya kerana mengeluarkan fatwa yang bertentangan dengan
kehendak pemerintah. Pemerintah menganggap mereka lebih betul daripada
ulama.

Sufyan Ath-Thauri - Seorang wali Allah yang termasyhur. Ditangkap tanpa
bicara kerana berani menegur kesalahan khalifah dan dihukum gantung tetapi
sewaktu hukuman hendak dijalankan kilat dan petir menyambar pemerintah dan
menteri-menterinya lalu mereka mati tertimbus tanah.

Said bin Jubair - Seorang wali Allah yang dikasihi harimau. Dibunuh kerana
didakwa memecah-belahkan masyarakat, menentang kerajaan dan berkomplot untuk
menjatuhkan pemerintah.

Abu Yazid Al Bustami - Wali Allah yang terkenal dengan pelbagai karamah.
Dituduh sesat kerana ilmu agamanya lebih tinggi daripada pemerintah. Dihukum
pancung oleh pemerintah tetapi tiada siapa berjaya memancungnya.

Abul Husin An Nuri - Wali Allah yang mampu menundukkan api. Ditangkap dan
hampir dihukum kerana dia menentang tindakan pemerintah yang membenarkan
minuman arak berleluasa dalam negara.

Imam Nawawi - Hampir-hampir dipukul dan telah dibuang negara oleh pemerintah
kerana menegur tindakan pemerintah menyalahgunakan wang rakyat. Juga seorang
wali Allah yang terkenal sepanjang zaman.

Kita pula bagaimana? Apakah perjuangan kita sudah cukup untuk masuk
syurga?Dunia yang diselubungi hedonisme dan materialisme ini tidak
sudi berpaling
kepada para muttaqin. Dan mereka yang berpegang pada sunnah, akan semakin
dilihat asing. Terpinggir. Terpencil… malah dibenci oleh umat Islam sendiri.
Para daie yang ikhlas, tidak bermuka-muka… terus bekerja tanpa menggamit
nama dan biaya. Mereka hanya mendapat kebahagiaan ketika bekerja tanpa
diketahui oleh yang lain. Marilah kita berdoa untuk para mujahidin di
seluruh dunia, yang ketika ini sedang dihenyak, dibelasah dan disekat oleh
pelbagai tribulasi dan mehnah.

Sesungguhnya, apa yang kita deritai kerana jalan Allah ini… tidak secubitpun
jika dibandingkan dengan kesusahan mereka. Berdoalah untuk mereka… agar
diberi taqwa, sabar dan kebijaksanaan serta keberanian dalam menghadapi
pejuang syaitan (fisabilitthagut).

Mudah-mudahan satu ketika nanti, kami yang kerdil ini mampu menyusul dan
menyusur jalan-jalan mulia yang Kau telah rentas itu.

Amiin!

--
~ 睡眠不足のママ ~
http://laman-seri.blogspot.com
http://little-kiosk.blogspot.com
Everyone thinks of changing the world, but no one thinks of changing
himself. – Leo Tolstoy

¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤
Firman Allah SWT :
[7:179] Dan sesungguhnya Kami jadikan untuk isi neraka Jahanam kebanyakan
dari jin dan manusia, mereka mempunyai hati, tetapi tidak dipergunakannya
untuk memahami (ayat-ayat Allah) dan mereka mempunyai mata (tetapi) tidak
dipergunakannya untuk melihat (tanda-tanda kekuasaan Allah), dan mereka
mempunyai telinga (tetapi) tidak dipergunakannya untuk mendengar (ayat-ayat
Allah). Mereka itu sebagai binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi.
Mereka itulah orang-orang yang lalai.

Hadis Rasulullah SAW:
Dari Abu Hurairah r.a., dari Rasulullah SAW., sabdanya: "Siapa yang tasbih
tiga puluh tiga kali, tahmid tiga puluh tiga kali, takbir tiga puluh tiga
kali, jadi jumlahnya sembilan puluh sembilan kali, kemudian dicukupkannya
seratus dengan membaca: "La ilaha illallahu wahdahu la syarikalahu lahul
mulku wa lahul hamdu wa huwa 'ala kulli syai-in qadir. Maka diampuni Allah
segala kesalahannya, walaupun sebanyak buih di lautan." (Hadis riwayat
Muslim)
¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤

Kirim email ke