*Manusia yang hidup di dunia ini tidak akan dapat lari daripada menerima
qadak dan qadar
Allah Subhanahu Wataala seperti musibah-musibah yang menyebabkan penderitaan
dan
kesusahan sebagai cabaran dan ujian dari Allah Subhanahu Wataala dan harus
dihadapi
dengan penuh kesabaran.

**Sesungguhnya sifat sabar dan tabah dalam menghadapi apa jua musibah
seperti sakit amat perlu
kepada seorang hamba Allah. Kerana dengan sifat-sifat tersebut akan
membolehkan kita menjadi
orang yang reda terhadap qadak dan qadar, bahkan ia boleh mengelakkan **diri
kita dari bersikap *
*marah,kecewa, putus asa dan resah gelisah dalam menghadapi kesakitan yang
dialami.
Ketahuilah sesungguhnya Allah Subhanahu Wataala mencintai orang-orang yang
sabar dan
sentiasa bersama-sama mereka. *

*Firman Allah Subhanahu Wataala: *
*"Demi sesungguhnya! Kami akan menguji kamu dengan sedikit perasaan takut
kepada musuh dan
dengan merasai kelaparan dan dengan berlakunya kekurangan dari harta benda
dan jiwa serta hasil
tanaman. Dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar".*
*(Surah Al-Baqarah ayat 155 *)

*"Dari Abi Hurairah Radiallahuanhu, dari Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam
bersabda : Tidak satu musibah
pun yang menimpa diri seorang Muslim, sama ada yang berupa kesusahan dan
penderitaan, kesedihan
dan kedukaan ataupun penyakit, bahkan kerana sepotong duri yang mencucuk
kakinya (anggotanya),
melainkan dihapuskan oleh Allah dengan itu sebahagian dari kesalahannya".
(Riwayat Al-Imam Al-Bukhari)*.




*--
~~~Whatever mountains stands in your path,
Whatever obstacle blocks your way,
Whatever difficulty immobilized you,
The prayer full of faith can remove it~~~.

~~~Thank you for being a part of my life,
whether you were a reason, a season or a lifetime.~~~

~~~fairlady.sha...@gmail.com~~**~
~~~fairlady.sha...@yahoo.com~~**~
**fairlady.sha...@gmail.com*

Kirim email ke