"*Bahawa sesungguhnya arak dan judi dan pemujaan berhala dan mengundi nasib
dengan batang-batang anak panah, adalah (semuanya) kotor (keji) dari
perbuatan syaitan. Oleh itu hendaklah kamu menjauhinya supaya kamu berjaya”.
[Quran Al Maa-idah (5) : 90]. *
**
Lihatlah bagaimana rosaknya pemikiran sekular para pemimpin hari ini. Dengan
rasa tanpa bersalah apatah lagi berdosa mereka begitu berani berura-ura
untuk membenarkan dan menghalalkan pertaruhan bagi Piala Dunia yang akan
berlangsung bulan depan, dengan alasan untuk mengawal aktiviti syaitan itu.
Sedangkan sewajarnya, sebagai pemerintah umat Islam mereka wajib
menghapuskan saki-baki amalan-amalan syaitan itu. Faktanya hari ini secara
jelas para pemerintah sekular yang ada secara berterusan dan terang-terangan
memaksiati perintah Allah SWT, dengan menghalalkan lesen judi beroperasi
secara berleluasa. Hari ini kedai-kedai nombor ekor dan tempat judi seperti
di Genting Highlands menjalankan operasinya dengan penuh keselesaan. Inilah
realiti kehidupan dunia Kapitalisme yang sememangnya merupakan tempat
suburnya segala kemaksiatan.

Dalam dunia Kapitalisme hari ini judi menjadi halal kerana adanya lesen dari
pemerintah. Keharaman judi, hukum yang datang dari Allah SWT, tidak ada
nilainya dalam sistem sekular kufur hari ini. Judi adalah amalan syaitan
namun pemerintah sekular menyuburkan amalan ini. Perbuatan mereka ini akan
menyemarakkan lagi agenda-agenda syaitan dan ini sudah tentu akan melahirkan
lebih ramai lagi syaitan -syaitan, besar dan kecil.

Fenomena ini akan memenuhkan setiap inci tanah umat Islam ini dengan kaum
kerabat syaitan sedangkan setiap hari kita bermohon kepada Allah SWT untuk
berlindung dari syaitan yang kena rejam.

Firman Allah SWT: *”Oleh itu, apabila engkau membaca Al-Quran, maka
hendaklah engkau terlebih dahulu) memohon perlindungan kepada Allah dari
hasutan syaitan yang direjam”. [Quran An Nahl (16): 98]. *
**
Kita melihat kemunculan beberapa watak yang saling berbeda dalam menentukan
sikap dan pendirian masing-masing mengenai pemberian lesen perjudian
pertaruhan kejohanan bola sepak Piala Dunia 2010 yang akan berlangsung bulan
depan. Nampaknya mereka seolah-olah berlakon berkenaan dengan isu ini. Bagi
Islam, semua bentuk judi adalah haram. Kini nampaknya pemerintah sekular
semakin canggih dengan cadangan dan ura-ura dari pihak kerajaan untuk
membenarkan orang ramai terlibat secara “sah” mengikut acuan undang-undang
sekular Kapitalisme dengan amalan syaitan ini.

 Keadaan ini tidak sepatutnya memeranjatkan kita kerana selama inipun pihak
kerajaan sekular yang ada pada hari ini adalah merupakan pemerintah yang
telah terkenal dengan sikapnya yang “mesra judi”. Jika tidak, mana mungkin
di antara orang yang terkaya di Malaysia adalah tauke judi!
 Namun nampaknya, bagi para pemimpin sekular yang ada hari ini, tangan kanan
mereka bermohon untuk menjauhkan diri dari syaitan yang direjam tetapi
tangan kiri mereka begitu aktif mengajak dan menjemput syaitan memenuhi
negeri umat Islam ini.

*Judi adalah haram secara qat’ie– tidak ada ‘judi yang halal...’*

(DARI LAMAN BLOG: Hembusan amal4u)

Salaam & Regards

Amri el Wahab

Jemput ke laman blog saya di http://hembusan-amal.blogspot.com

*Pesanan Guru Mursyid* :"Kalau kita hendak menasihati orangTanya hati kita
dahulu Tujuan kita hendak beri nasihat atau hendak memberi malu pada
orang.Apabila kita hendak menyampaikan ilmu kepada orang.Apakah tujuan kita?
Hendak berkongsi ilmu atau hendak menunjuk yang kita lebih tahu.Kalau kita
hendak bercakap tentang sesuatu,  kita tentu tahu niat kita, hendak menunjuk
kita pandai atau rasa berkewajiban menyampaikan ilmu".

Ingatlah pahala sesuatu amal ditentukan oleh keikhlasan kita.Kalau tujuan
bukan kerana Allah, amalan itu akan menjadi macam debu.Bukan pahala kita
dapat tapi bala.

Kirim email ke