Assalamualaikum,
Malam tadi dapat satu risalah. Terperanjat tengok
ianya risalah sekolah anak saya, iaitu Sekolah Rendah
Islam As-Saidiyyah (SRIAS) , Seremban. Semua anak saya
sekolah situ. Yang nombor 1 dan 2 sekarang di Sekolah
Menengah Keb Agama Sheikh Mohd Said Seremban dan
Sekolah Menengah Agama Dato Klana Petra, Ampangan.
Anak no 3 ke 5 masih di SRIAS. Apa yang membanggakan
ialah kejayaan bekas pelajarnya, iaitu Alumni SRIAS.
Mereka ini bapa-bapa mereka semua saya kenal, Prof
Badlishah, Cikgu Hassan, Hj Ir Jamil, semua dah jadi
doktor, guru dan jurutera. Begitu cepat masa berlalu.
Walaupun sekolah swasta ni banyak cabaran dan
rintangan, tapi Alhamdulillah saya berpuas hati,
melihat pula kejayaan Alumninya , lagi seronok
rasanya.

Jadi saya dedikasikan Blog
http://puspa-ns.blogspot.com (Puspa singkatan untuk
Pusat Pendidikan As-Saidiyyah) khusus untuk guru-guru,
PIBG, ibu bapa, lembaga pengarah sekolah yang telah
membangunkan sekolah tersebut selama ini. Harap
Alumni, PIBG serta teman-teman semua dapat promo Blog
ini.

Juga kita bangunkan bersama institusi pendidikan Islam
lain di N.Sembilan ini antaranya Pusat Pendidikan Al
Irshad, Seremban, http://alirshadns.blogspot.com ,
Yayasan Sofa, Kota, N.Sembilan
http://yayasansofa.blogsome.com dan beberapa lagi yang
belum terdapat laman web seperti SRI Seremban dan
sebagainya.

  


     
  Blog Rozmal http://waghih.blogspot.com
    
Yayasan Amal Malaysia http://www.amalmalaysia.net
  Yayasan Aman Palestin http://www.amanpalestin.com
  Pusat Pendidikan Al-Irshad http://alirshadns.blogspot.com
  Kelab Motor NS http://nsarc.blogspot.com 




__________________________________________________
Do You Yahoo!?
Tired of spam?  Yahoo! Mail has the best spam protection around 
http://mail.yahoo.com 

Kirim email ke