Seorang makcik dari Felda Pasoh 4, Simpang Pertang,
N.Sembilan menalipon saya. Merayu-rayu mohon bantuan
persekolahan anaknya. Saya terkejut sebab tak kenal
makcik tadi, saya tanya siapa yang bagi nombor saya.
Dia kata seorang ustaz beri nombor.

Makcik tadi kata tak tahu apa nak buat. Suami dia
peneroka Felda telah kahwin dengan wanita Indonesia
dan telah pergi ke Indonesia meninggalkan dia
sekeluarga tanpa sebarang nafkah perbelanjaan.

Anak dia 8 orang semuanya. 3 orang berkeluarga tapi
pendapatan hanya cukup untuk keluarga sendiri kerana
kerja kilang. Yang seorang baru sahaja diceraikan
suami. Yang seorang baru bekerja, juga sebagai buruh
kilang. Seorang baru habis belajar. Seorang sedang
menuntut di Kolej Felda. Seorang akan masuk tingkatan
5 tahun 2007 di Sekolah Menengah Agama Pedas.

Makcik tadi dah kelam kabut tak tahu apa nak buat,
kerana banyak belanja untuk masuk sekolah.

Kepada mereka yang ingin membantu persekolahan anak
makcik ini bolehlah menghubungi Pn Azizah bt Ibrahim
di talian 06-4951018 atau menziarai beliau di No 150,
Felda Pasoh 4, Simpang Pertang, N.Sembilan.

Sumbangan boleh juga disalurkan terus ke akaun BSN
beliau atas nama Azizah bt Ibrahim No akaun
05114-2900006762-5. Sila semak betul tak nama dan no
akaun ini bila bank ini, kerana saya sendiri belum
sempat untuk bank in.

Sumbangan juga boleh disalurkan melalui Pengarah NISA
Negeri Sembilan , Pn Norwani Ahmat dengan menghubungi
beliau di talian 013-3851202

Pn Azizah sedang dalam proses untuk cuba mendapat
bantuan Baitul Mal. Tapi maklumlah prosesnya akan
memakan masa. Harap-harap Pn Azizah tidak meminjam
pada Along.

Kepada mereka yang berpoligami, fikirlah dulu
anak-anak. Lebih baik jadi anak yatim, senang dapat
bantuan Baitul Mal daripada menjadi anak-anak yang
ditinggalkan ayah yang tidak bertanggungjawab. Kerana
anak-anak seperti ini sukar untuk mendapat bantuan
mana-mana pihak.

Poligami dibenarkan dalam Islam. Poligami tak salah.
Salahnya ialah orang yang hendak berpoligami tetapi
tak tahu macamana nak berpoligami.



     
  Syarak Mengata , Adat Menurut 
   
  Sudi-sudi layari blog saya di http://waghih.blogspot.com
   
  Laman web Misi Kemanusiaan
  Yayasan Amal Malaysia http://www.amalmalaysia.net
  Yayasan Aman Palestin http://www.amanpalestin.com
   




__________________________________________________
Do You Yahoo!?
Tired of spam?  Yahoo! Mail has the best spam protection around 
http://mail.yahoo.com 

Kirim email ke