Pak Menteri Keselamatan Dalam Negeri, tolonglah jaga keselamatan rakyat. 
Arahkan semua polis tangkap penjenayah bukan peserta perhimpunan aman atau 
menghalang ceramah pembangkang. Ada faham ? Jenayah makin tak terkawal dah kat 
Malaysia ni. Anggota tentera pun tak selamat, sedangkan tenteralah yang banyak 
membantu kawan-kawan Pak Menteri dalam pilihanraya melalui UNDI POS !

************************ 
Tentera Kerugian RM15,000, Rumah Disamun Tiga Lelaki

KUANTAN, 4 Ogos (Bernama) -- Seorang anggota tentera kerugian wang tunai dan 
barangan berharga bernilai RM15,000 selepas rumahnya di Taman Cendor Utama 
dekat sini dimasuki tiga lelaki, awal pagi Selasa.

Pegawai Urusetia Jabatan Siasatan Jenayah Pahang ASP Noor Asyikin Shamsuri 
berkata kejadian berlaku kira-kira pukul 3.30 pagi ketika lelaki berusia 31 
tahun itu sedang tidur di ruang tamu rumahnya, manakala isteri dan anak lelaki 
yang berusia dua tahun tidur di dalam sebuah bilik.

"Mangsa dikejutkan dengan kehadiran tiga lelaki di dalam rumahnya, seorang 
daripada lelaki itu kemudian mengacu pisau ke arahnya sebelum kumpulan suspek 
mengikat mangsa dengan dawai," katanya kepada pemberita, di sini pada Rabu.

Beliau berkata kumpulan suspek juga bertindak mengikat isteri mangsa sebelum 
dua daripada mereka menggeledah rumah itu dan melarikan wang tunai berjumlah 
RM480, barangan kemas, telefon bimbit dan komputer riba.

Kesemua mangsa tidak dicederakan, katanya.

-- BERNAMA

http://www.bernama.com.my/bernama/v5/bm/newsgeneral.php?id=518695 



      

Kirim email ke