HAID isteri saya berhenti dan kering tetapi dia belum mandi wajib. Dalam 
keadaan itu, adakah suami boleh menyetubuhi isteri?
 
SIRAH, Pulau Pinang
 
ISTERI yang berhenti haid tetapi belum mandi wajib tidak harus disetubuhi. 
Menurut pandangan Imam Maliki, Shafie dan majoriti ulama, isteri hendaklah 
mandi wajib terlebih dulu sebelum dibenarkan menjalin hubungan seks dengan 
suami (Ibn Rushd, I: 94). Berkaitan dengan hubungan suami isteri ketika isteri 
datang haid dan waktu haid, Allah swt menjelaskannya dalam firman-Nya: "Dan 
mereka bertanya kepadamu (wahai Muhammad) mengenai haid. Katakanlah: Darah haid 
itu suatu kotoran. Oleh sebab itu hendaklah kamu menjauhkan diri daripada 
perempuan (jangan bersetubuh dengan isteri kamu) ketika haid dan janganlah kamu 
hampiri mereka (untuk bersetubuh) sebelum mereka suci. Apabila mereka sudah 
bersuci maka datangilah mereka seperti yang diperintahkan Allah kepada kamu.

Sesungguhnya Allah mengasihi orang yang banyak bertaubat, dan mengasihi orang 
yang sentiasa mensucikan diri." (al-Qur'an, al-Baqarah (2): 222).

Bagaimanapun, Imam Abu Hanifah dan kalangan pengikutnya mengharuskan hubungan 
seksual apabila sudah suci (kering) daripada haid, sebanyak bilangan maksimum 
waktu haid, iaitu 10 hari waktu haid menurut pandangan mereka. Imam al-Auza'i 
dan Ibn Hazm mengharuskan hubungan itu apabila isteri terlebih dulu membasuh 
kemaluannya (Ibid). Saya menyokong pandangan majoriti ulama kerana lebih cermat 
dan baik. Bagaimanapun, jika dalam keadaan terpaksa sangat (darurat), pandangan 
minoriti bolehlah dipakai. Ayat di atas juga Allah s.w.t menjelaskan kedatangan 
haid adalah sebahagian fitrah kejadian wanita. Haid menyebabkan wanita berada 
dalam keadaan tidak suci. Justeru, Islam melarang perhubungan suami isteri 
ketika haid. Bagaimanapun, Islam masih lagi membenarkan perhubungan biasa suami 
isteri. Islam tidak seperti agama Yahudi yang mengasing terus isteri ketika 
isteri dalam keadaan haid.


      
_________________________________________________________________________________________
Feel safer online. Upgrade to the new, safer Internet Explorer 8 optimized for 
Yahoo! to put your mind at peace. It's free. Get IE8 here! 
http://downloads.yahoo.com/my/internetexplorer/

Kirim email ke