Re: Help Palestine [hidayahnet] Cerita keburukan orang

2009-07-13 Terurut Topik ahmad mat
**
*Ghibah (Mengumpat)*
**
**
 Apakah ghibah atau mengumpat ? Iaitu mengucapkan perkataan (atau dengan
gerak badan, mata, tulisan dsbnya) sesuatu yang tidak
disukai pada diri orang lain. Tidak kira samada yang tidak disenangi itu ada
pada tubuh badannya, gerak lakunya, agamanya dan sebagainya.

Menurut al-Ghazali, definasi ini adalah yang telah diijma'kan oleh kaum
muslimin (tiada seorangpun membangkang). Maksudnya, mereka bersepakat
mengatakan bahawa inilah dia definasi ghibah. Ghibah, dalam bahasa Melayu
kita disebut mengumpat. Iaitu menceritakan keburukkan orang lain di
belakangnya. **

*Hukum Ghibah (Mengumpat)*
Umat Islam seluruhnya juga telah ijma' mengatakan bahawa hukum ghibah adalah
haram. Sebahagian dalilnya ada termaktub pada ayat al-Quran dan hadis di
atas. Dan terdapat di dalam sebuah hadis di mana Rasulullah s.a.w.
mengatakan bahawa orang yang mengutuk orang Islam yang lain sebagai fasik
(lihat *min fathil mubtadi bi syarhi muhktasar al-zabidi*).

Dan siksaannya amat berat sekali, kerana ia adalah termasuk antara dosa-dosa
besar. Dalam sebuah hadis ada menceritakan bagaimana dua orang ahli kubur
sedang disiksa. Yang seorang gemar menyampaikan aib orang dan yang seorang
lagi tidak bersuci dengan sempurna selepas kencing (lihat hadis berkenaan
riwayat Bukhari).

Namimah pula ialah mengadu domba. Iaitu menyampaikan perkataan orang lain
untuk membuatkan kedua-dua belah pihak berkelahi.

Jadi, apabila hukum ghibah dan namimah itu haram, maka menasihati orang yang
melakukan ghibah adalah wajib. Jika tidak berdaya hendaklah beredar dari
majlis berkenaan. Jika tidak berdaya juga, hendaklah engkar di dalam hati. *
*

**

*Ghibah(mengumpat) diperbolehkan*
Hukum ghibah adalah haram. Ini adalah hukum asal. Atas alasan-alasan syarak
ia diperbolehkan. Apakah alasan syarak itu. Iaitu mahu mencapai satu-satu
tujuan yang benar menurut pertimbangan syarak, di mana jika tidak melalui
cara itu tujuan itu tak mungkin akan tercapai. Walaubagaimanapun, jika ada
cara lain seboleh-bolehnya gunakan cara berkenaan. Elakkan ghibah


Untuk membela diri. Adalah dibenarkan jika:
a) atas tujuan yang dibenarkan oleh syarak
b) Jika tiada jalan lain melainkan dengan membuka aib orang lain.
Contohnya, saudara telah dituduh mencuri, sedangkan saudara tahu siapa yang
mencuri. Saudara terpaksa mempertahankan diri dengan berkata benar. Ini
biasa berlaku di mahkamah. Mahkamah terpaksa membuka aib mereka yang
terbabit untuk tujuan yang dibenarkan oleh syarak, iaitu membuktikan benar
atau salahnya orang yang dituduh (mencari penjenayah).

Di bawah ini saya senaraikan enam tempat yang dibenarkan ghibah. Saudara
boleh timbangkan dengan masalah yang saudara hadapi:

*Pertama:* Mahu mengadu kepada qadhi, polis, imam, ketua kampung dsbnya
kerana teraniaya. Ketika mengadu tidak boleh tidak kita terpaksa membuka
kezaliman yang telah dilakukan terhadap kita. Dengan membuka keburukan orang
berkenaan, barulah pengadilan dapat dilaksanakan.

*Kedua:* Mahu mencegah kemunkaran dan kemaksiatan yang berlaku. Keburukan
pelaku maksiat itu boleh diceritakan kepada seseorang yang dapat diharapkan
boleh menghindarkan kemungkaran itu. Seperti saudara melihat sebahagian
anak-anak muda di kawasan saudara  membawa perempuan ajnabi balik ke
rumahnya (berkhalwat). Saudara hendaklah mencari seseorang yang boleh
diharapkan dapat menghalang perkara berkenaan. Saudara dibenarkan
menceritakan perihal anak-anak muda itu kepadanya.

*Ketiga:* Meminta fatwa dari alim-ulamak. Contohnya dalam masalah
rumahtangga, jika si suami melakukan sesuatu yang tidak baik kepada
isterinya (contoh: tidak beri nafkah), dia boleh mengadu hal kepada
ulamak/mufti meminta fatwa. *Suami saya tidak memberi saya nafkah selama
sekian lama. Apa hukumnya dia melakukan demikian. Apakah yang harus saya
lakukan?*

*Keempat:* Memberi peringatan (agar berhati-hati) dan nasihat kepada kaum
muslimin tentang kejahatan seseorang. Bahkan jika dapat memberi mudarat
kepada seseorang, wajib kita jelaskan keburukkannya. Contoh, apabila
seseorang datang kepada saudara meminta nasihat tentang perkahwinan anak
perempuannya. Apakah wajar dikahwinkan dengan si fulan? Sedangkan saudara
tahu bahawa si fulan itu adalah seorang yang buruk akhlaknya dan bejat
agamanya. Jika memadai dengan kata* 'JANGAN'*, hendaklah saudara mengatakan
begitu sahaja. Jika dirasakan tidak cukup, wajiblah saudara membuka aibnya.

*Kelima:* Mencela orang yang secara terang-terangan melakukan kefasikkan,
bid'ah dan kezaliman. Contoh, seorang yang secara terang-terangan meminum
arak, atau berjudi, atau melaksanakan projek-projek batil. Yang dibenarkan
hanyalah menyebutkan kemaksiatan yang dilakukan secara terang-terangan itu
sahaja. Dan diharamkan menyebutkan aib-aib lain.

*Keenam:* Untuk mengenalkan seseorang. Jika seseorang itu memang dikenali
dengan julukkan si tempang, si buta dan sebagainya, boleh saudara
menyebutkan jolokkan itu dengan niat mengenalkan. Haram jika dengan niat
mencemuh. Walaubagaimanapun selagi boleh mengelakkan 

Help Palestine [hidayahnet] Cerita keburukan orang

2009-07-09 Terurut Topik Lenggang Kangkung
*
Jika kita cerita keburukan orang lain tetapi cerita tersebut tidak
benar, ia dinamakan FITNAH. Membuat fitnah adalah berdosa.

Jika kita cerita keburukan orang lain dan cerita tersebut memang benar,
ia dinamakan GHIBAH(mengumpat). Mengumpat pun berdosa.

*

--
Posted By Lenggang Kangkung to Lenggang Kangkung at 6/30/2009 12:37:00
PM