500 jemaah Masjid Kampung Pokok Asam, Klebang, Melaka terpaksa menunaikan solat 
di dalam masjid yang dibasahi air hujan gara-gara bumbungnya yang sudah lama 
bocor. Setiap kali hujan lebat, jemaah terpaksa menadah air hujan dari celahan 
bumbung yang bocor menggunakan besen dan baldi. Apabila hujan lebat, 
ketiga-tiga ruang ini tidak dapat digunakan akibat basah dan lebih menyedihkan 
apabila ada jemaah terpaksa pulang kerana kebanyakan ruang solat basah

Juga kisah masjid malang di Sabah 
http://amkns.blogspot.com/2010/05/kerajaan-tak-prihatin-siling-masjid.html 

******************************** 
Jemaah kecewa tiada tindakan baiki masjid

Utusan Malaysia 17 Jun 2010 

MELAKA 16 Jun - Permohonan telah dibuat, rayuan juga telah dikemukakan, namun 
sehingga kini masalah sama berlarutan malah kini semakin teruk.

Itulah dilema dihadapi kira-kira 500 jemaah Masjid Kampung Pokok Asam, Klebang 
di sini yang terpaksa menunaikan solat di dalam masjid yang dibasahi air hujan 
gara-gara bumbungnya yang sudah lama bocor.

Mereka mendakwa, permohonan menaik taraf masjid berusia 120 tahun itu sudah 
dibuat sejak November tahun lalu, namun belum mendapat sebarang jawapan.

Para jemaah mendakwa, rayuan masalah sama juga pernah dikemukakan kepada Majlis 
Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB), namun hanya pelan struktur dikeluarkan 
tanpa memaklumkan bila kerja baik pulih akan dilakukan.

Salah seorang jemaah, Mahat Jais, 62, berkata, apa yang dibimbangkan keadaan 
masjid kini semakin uzur sehingga menyukarkan penduduk menunaikan ibadat.

"Bayangkan setiap kali hujan lebat, jemaah terpaksa menadah air hujan dari 
celahan bumbung yang bocor menggunakan besen dan baldi.

"Lebih teruk, ada jemaah dari luar yang tumpang bersolat di sini basah kuyup 
apabila hujan kerana tidak tahu keadaan bumbung yang bocor," katanya ketika 
ditemui di sini baru-baru ini.

Seorang penduduk kampung berhampiran, Johan Ketot, 58, berkata, keadaan menjadi 
lebih tidak selesa apabila waktu solat Jumaat kerana hampir 500 jemaah 
menunaikan ibadat di situ.

Menurutnya, kecewa dengan aduan, rayuan dan permohonan yang seperti tidak 
diendahkan, pihak pengurusan masjid hanya mampu membaiki kerosakan itu sedikit 
demi sedikit menggunakan wang tabung masjid hasil sumbangan orang ramai.

"Saya amat berharap dan merayu kepada pihak berkenaan supaya dapat meninjau dan 
segera menyelesaikan masalah kami di sini," katanya.

Hashim Ayob, 53, pula mendakwa, antara bahagian masjid yang terjejas teruk 
ialah ruang solat hadapan, ruang solat wanita dan ruang imam.

"Apabila hujan lebat, ketiga-tiga ruang ini tidak dapat digunakan akibat basah 
dan lebih menyedihkan apabila ada jemaah terpaksa pulang kerana kebanyakan 
ruang solat basah," katanya.

Seorang lagi jemaah, Md. Tahir Ahmad, 50, berkata, permohonan pernah dibuat 
menerusi Perbadanan Muzium Melaka (Perzim).

Katanya, permohonan kepada Perzim dibuat ekoran masjid berkenaan yang dibina 
pada tahun 1820 itu telah diwartakan di bawah Akta Warisan Kebangsaan 2005 dan 
juga Enakmen Pemuliharaan dan Pemugaran Warisan Budaya Negeri Melaka 1988 
(Pindaan 1993).

"Pelan untuk menaik taraf masjid sudah pun disempurnakan dan kami diberitahu 
memerlukan sekurang-kurangnya RM800,000 untuk memulakan kerja-kerja menaik 
taraf masjid. 

"Setakat ini, kami mendapat reaksi positif daripada beberapa pihak yang 
bertanggungjawab tetapi sehingga kini tiada sebarang tindakan membaik pulih 
masjid dilakukan walaupun sudah hampir empat kali dilaporkan oleh pihak media," 
katanya.

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0617&pub=Utusan_Malaysia&sec=Selatan&pg=ws_03.htm
 

Sabtu Januari 9, 2010
GERAN BANTUAN SETENGAH JUTA TEMPATKAN SEMULA GEREJA - PM 

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak hari ini mengumumkan geran 
bantuan berjumlah RM500,000 kepada Gereja Metro Tabernancle bagi menempatkan 
semula gereja berkenaan.

http://mstar.com.my/berita/cerita.asp?file=/2010/1/9/mstar_berita/20100109174041&sec=mstar_berita%5B/url%5D
 



Kirim email ke