Nampaknya Pendidikan Sex akan diajar di sekolah-sekolah di Malaysia ini. Tapi 
dia tak panggil Pendidikan Sex, tukar sikit nama, dipanggil Pendidikan 
Reproduktif dan Sosial. Sudahkah Mufti, JAKIM, Jawatankuasa Fatwa mengkaji 
modul Subjek Pendidikan Reproduktif dan Sosial ini ? Jangan lengah, lakukan 
segera sebelum terlambat.

Adakah salah satu topik Pendidikan Sex di sekolah ialah macamana hendak 
melakukan hubungan sex tanpa melahirkan anak luar nikah ? Guna kondom, guna pil 
perancang keluarga, sex ringan-ringan dan sebagainya ? 

Tak cukup lagi ke macam-macam bala dah turun di Malaysia ini ? Denggi, H1N1, 
Chikungunya, Malaria, KENCING TIKUS (Pahang, kini di Kedah) yang susah nak 
sebut nama saintifiknya dan macam-macam lagi ?

Tak payah sibuk pendidikan Sex lah. Remaja kita di sekolah tak dididik dengan 
solat wajib 5 waktu tepat pada masanya. Macamana mereka nak tahu dosa dan 
pahala ? Usahkan sembahyang, mengucap dua kalimah syahadah pun ramai remaja 
kita yang kantoi.

Pelik bila Ketua Menteri Melaka nak tubuh sekolah pelajar termengandung agar 
mereka diasingkan dan tidak terlibat dengan dosa membunuh, ramai yang 
membantah, termasuk segelintir pimpinan PAS peringkat negeri. Bila Ketua 
Menteri Melaka nak galakkan pelajar yang tak boleh kawal nafsu untuk berkahwin 
pun ada suara yang membantah.

Tapi bila Pendidikan SEX nak dilaksanakan di sekolah dan diberi nama Pendidikan 
Kesihatan Reproduktif dan Sosial (PKRS) SEBAGAI MATAPELAJARAN TERAS semua pihak 
senyap. JAKIM masih sibuk dengan ESQ, Mufti pula sibuk dengan Perpaduan Melayu 
sedangkan Puteri dan Wanita UMNO tak berpadu dengan Ketua Menteri Melaka juga 
UMNO isu pelajar kahwin secara halal, PKR sibuk dengan Altantuya, PAS sibuk nak 
, entahlah.

******************************* 
KEMENTERIAN KAJI CADANGAN JADIKAN PENDIDIKAN KESIHATAN REPRODUKTIF MATA 
PELAJARAN

PUTRAJAYA, 4 Ogos (Bernama) -- Kementerian Pelajaran sedia mengkaji cadangan 
memasukkan Pendidikan Kesihatan Reproduktif dan Sosial (PKRS) dalam kurikulum 
sekolah atau sebagai mata pelajaran teras, kata Timbalan Perdana Menteri Tan 
Sri Muhyiddin Yassin.

Muhyiddin, yang juga Menteri Pelajaran, berkata sebuah jawatankuasa teknikal 
terdiri daripada pegawai Kementerian Pelajaran, Kementerian Pembangunan Wanita, 
Keluarga dan Masyarakat serta pakar-pakar berkaitan masalah sosial, akan 
meneliti cadangan itu sebelum keputusan mengenainya dibuat.
http://www.bernama.com.my/bernama/v5/bm/newsgeneral.php?id=518803 

WABAK KENCING TIKUS: TIGA KAWASAN PERKELAHAN DI KEDAH TUTUP SEMENTARA


ALOR SETAR, 4 Ogos (Bernama) -- Tiga kawasan perkelahan utama di Kedah ditutup 
untuk sementara bagi mengelakkan penularan wabak Phatogenik Leptopspira atau 
kencing tikus yang melanda beberapa pusat peranginan di negeri ini.
Kawasan berkenaan ialah Taman Rekreasi Puncak Janing di Kuala Nerang, Taman 
Rekreasi Lata Bayu di Baling dan Taman Rekreasi Bukit Wang di Kubang Pasu.
http://www.bernama.com.my/bernama/v5/bm/newsgeneral.php?id=518905  



      

Kirim email ke