*PAS sedia mendengar*
Posted on Sunday, July 19 @ 00:23:14 PDT by TokBatin
[image: 
Artikel]<http://www.tranungkite.net/v9/modules.php?name=News&new_topic=1>
Oleh
*Ustaz Nasrudin Hassan Tantawi*

Respon kepada Pandangan Dr. Asri Zainal Abidin
*[ lihat disini <http://drmaza.com/home/?p=674> ]*

1. Berasaskan kepada apa yang diajar oleh Islam bahawa antara sifat orang
yang beriman ialah :

*الذين يستمعون القول فيتبعون أحسنه*

orang - orang yang sedia untuk mendengar lalu mengikut apa yang terbaik .

*أُولَئِكَ الَّذِينَ هَدَاهُمُ اللَّهُ وَأُولَئِكَ هُمْ أُولُو الْأَلْبَابِ*

Merekalah golongan yang telah mendapat petunjuk Allah swt dan merekalah jua
golongan yang celik aqal [ intelek ] .

Surah az zumar - 18

2. Biarpun agak pahit , langkah pertama saya memilih untuk bersetuju
terlebih dahulu terhadap apa yang diluahkan oleh Dr Asri dengan sedikit
teguran saya kepada beliau bahawa luahan itu tidak boleh dipukul rata
melainkan hanya dirujuk kepada individu - individu terbabit dan kepada kes -
kes tertentu .


3. Saya menegaskan demikian kerana secara umumnya *PAS sebagai sebuah
Gerakan Islam sememangnya telah berulang kali dalam banyak modul tarbiyyah
dan penerangannya secara rasmi mendidik pemimpin dan anggota agar bijak
dalam membawa risalah Islam* yang diperjuangkan ini . Ianya beramal dengan
kebijaksanaan yang diwahyukan :


*ادع إلى سبيل ربك بالحكمة*

*Serulah [ berdakwah ] olehmu agar manusia kembali ke jalan tuhanmu dengan
hikmah [ bijak ] .... dan peringatan [ mauizah ] yang baik serta dialog atau
debate [ mujadalah ] yang baik .*


4. *PAS tidak pernah mendidik dan mengajar apalagi mempunyai skima dan modul
khas untuk pemimpin dan anggotanya mencaci dan mencerca* siapa sahaja yang
berbeza pendapat , sebaliknya apa yang diajar ialah berlapang dada dalam
menerima perbedaan dan mengurus perbedaan pandangan dengan tenang , dewasa
dan beradab . Kaedah yang sering dibawa ialah :


*نتعاونوا فيما اتفقنا عليه و*
*نعذر بعضنا بعضا فيما اختلفنا فيه*

*Kita bertolong bantu dalam perkara yang kita sepakati bersama dan kita
bertolak ansur dalam perkara yang kita saling berbeza pandangan .*


5. *Saya juga secara jujur dan benarnya tidak boleh menafikan betapa masih
wujud secara ketara dikalangan pemimpin dan anggota yang mengambil
pendekatan caci dan cerca dalam ceramah mahupun kuliah* mereka terhadap
pihak yang berbeza pendapat dengan mereka . Terkadang tahap dan kadar
cercaan itu agak keterlaluan dan sukar kawal lantaran ia dikuasai oleh nafsu
dan perasaan .


6. Saya menerima luahan atau tulisan Dr. Asri *sebagai nasihat* . namun
sekali lagi saya mahu pertegaskan bahawa PAS tidak mengajar para pejuangnya
walau di mana posisi ia berada untuk memaki hamun sesuka hati mencaci cerca
serata tempat melainkan pada keadaan dan suasana yang dilihat sesuai dan
wajar seperti berdepan dengan kezaliman dan pelaku zalim yang tiada simpati
kepada mangsanya . Sebagaimana yang ditegaskan oleh Allah swt :


*أُذِنَ لِلَّذِينَ يُقَاتَلُونَ بِأَنَّهُمْ ظُلِمُوا وَإِنَّ اللَّهَ عَلَى
نَصْرِهِمْ لَقَدِيرٌ*

*Diizinkan berperang bagi orang-orang (Islam) Yang diperangi (oleh golongan
penceroboh), kerana Sesungguhnya mereka telah dianiaya [ dizalimi ] ; dan
Sesungguhnya Allah amat berkuasa untuk menolong mereka (mencapai
kemenangan).*


Surah al Hajj : 39


7. *Dakwah Nabi saw. adalah contoh method dakwah yang terbaik* . *Adakala
Nabi saw berlembut* seperti saat berdepan dengan badawi yang kencing di
dalam masjid . Tika itu Nabi saw menghalang Saidina Omar yang berhasrat
untuk memukul badawi tersebut kerana perlakuan biadabnya . Namun sikap Nabi
saw pada waktu itu menjadikan badawi terbuka pintu hatinya untuk menerima
Islam lalu melafazkan syahadah .


8. *Adakalanya pula Nabi saw bersikap tegas dan kasar* seperti Nabi saw
menangani kedatangan Omar rha. [ masa itu beliau belum beriman ] yang mahu
membunuh beliau dirumah al Arqam . Nabi saw menerima kedatangan Omar dengan
segera menerpa lalu mencekak leher baju Omar dengan garang Nabi saw berkata
untuk apa kamu datang ? Sikap nabi yang kasar dan tegas itu membuka pintu
hati Omar rha seorang yang keras dan kasar pada waktu untuk beriman .


9. Demikian halnya , *Nabi saw pernah tidak memaafkan musuh* seperti seorang
yahudi bernama Kaab bin Asyraf sehingga Nabi saw pernah berkata , jika
ditemui Kaab ini bergantung di kelambu kaabah sekalipun hendaklah kamu
bunuhnya . Namun *Nabi yang sama jugalah pernah memaafkan wahsyi* yang
membunuh bapa saudara baginda yang sangat dikasihi Hamzah Abdul Muttalib .


10. *Begitulah episode kebijakan Nabi saw dalam berdakwah* . Itulah hikmah
yang perlu dimiliki oleh para pejuang Islam dan para pemimpinnya .
Namun , *dasar
umum dalam berdakwah ialah pendakwah mestilah hadhir dengan segala
kerendahan budi dan keizzahan diri , sopan santun dan bertata susila ,
berakhlak dan beradab* . Firman Allah swt :


فَبِمَا رَحْمَةٍ مِنَ اللَّهِ لِنْتَ لَهُمْ وَلَوْ كُنْتَ فَظًّا غَلِيظَ
الْقَلْبِ لَانْفَضُّوا مِنْ حَوْلِكَ
فَاعْفُ عَنْهُمْ وَاسْتَغْفِرْ لَهُمْ وَشَاوِرْهُمْ فِي الْأَمْرِ فَإِذَا
عَزَمْتَ فَتَوَكَّلْ عَلَى اللَّهِ إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ الْمُتَوَكِّلِينَ


*Maka Dengan sebab rahmat (yang melimpah-limpah) dari Allah (kepadamu Wahai
Muhammad), Engkau telah bersikap lemah-lembut kepada mereka (sahabat-sahabat
dan pengikutmu), dan kalaulah Engkau bersikap kasar lagi keras hati,
tentulah mereka lari dari kelilingmu. oleh itu maafkanlah mereka (mengenai
kesalahan Yang mereka lakukan terhadapmu), dan pohonkanlah ampun bagi
mereka, dan juga bermesyuaratlah Dengan mereka Dalam urusan (peperangan dan
hal-hal keduniaan) itu. kemudian apabila Engkau telah berazam (Sesudah
bermesyuarat, untuk membuat sesuatu) maka bertawakalah kepada Allah,
Sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang Yang bertawakal kepadaNya.*


Surah aali Imran : 159

Kirim email ke