Saya tidak tahu kenapa saya tidak menerima bantuan itu sehingga kini sedangkan 
permohonan dilakukan. Saya hanya mengambil hasil hutan sebagai pendapatan 
sampingan. Hasil pendapatan bergantung kepada hasil hutan tetapi hanya sekitar 
RM200. Saya juga tidak menerima bantuan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat

************************
Pondok usang tempat berteduh
Sinar Harian 15 Julai 2010

CHERGUN , Batu Kikir , N.Sembilan – Satu keluarga perkampungan Orang Asli masih 
tinggal di pondok menggunakan daun palas sebagai atap, berlantaikan pokok 
batang pinang dan berdindingkan pokok buluh serta kayu.

Entah di mana silapnya, hanya satu keluarga belum menerima bantuan Program 
Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) setelah tinggal di kampung itu sejak 26 tahun.

Samsul Ikal, 26, berkata, permohonan dilakukan pada 2006 tetapi sehingga kini 
masih tidak menerima sebarang khabar berita daripada pihak berkaitan.

“Saya lahir di kampung ini. Pondok ini dibina sebelum saya lahir lagi. Justeru, 
permohonan dilakukan pada 2006 untuk menggantikan pondok ini kepada sebuah 
rumah selesa kerana saya sudah berkeluarga.

“Saya mempunyai tiga anak yang masih kecil lagi. Mereka akan membesar, sudah 
pasti saya ingin memberi keselesaan kepada anak dan isteri,” katanya.

Menurutnya, sebanyak 10 rumah Orang Asli di kampung itu menerima rumah PPRT 
tetapi hanya keluarganya sahaja belum menerima bantuan itu.

“Saya tidak tahu kenapa saya tidak menerima bantuan itu sehingga kini sedangkan 
permohonan dilakukan.

"Mungkin kerana nama saya tercicir atau terlepas pandang daripada pihak 
berkaitan. Saya mohon kepada mereka supaya membantu saya dan keluarga untuk 
hidup dalam keadaan selesa," katanya.

Samsul berkata, kehidupannya menjadi semakin rumit apabila tidak mempunyai 
pendapatan tetap.

“Saya hanya mengambil hasil hutan sebagai pendapatan sampingan. Hasil 
pendapatan bergantung kepada hasil hutan tetapi hanya sekitar RM200.

“Saya juga tidak menerima bantuan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM). 
Jika tidak dapat meringankan beban sekeluarga,” katanya.

Pondok kecil didiaminya sekarang serba kekurangan apabila tidak mempunyai 
bekalan elektrik dan setiap malam hanya bertemankan cahaya lilin.

http://www.sinarharian.com.my/mns/content/story7955060.asp




Kirim email ke