Nampaknya sistem komputer di Malaysia ini semakin caca marba. Tengok macam 
saman ekor, polis kata surat saman tak sampai sebab pemilik kenderaan tukar 
alamat. Takkan tak boleh link dgn JPJ dan JPN ? Yang ni SPR pula. Nak bazir 
duit RM3 untuk daftar pengundi baru. Takkan tak boleh link dengan JPN rakyat 
Malaysia yang ada MyKad dan yang dah meninggal dunia , daftar otomatik dalam 
SPR ?

Agaknya Malaysia ni ketandusan pakar-pakar IT. Malaysia hanya mampu impot 
pakar, impot senjata, impot kapal selam, impot jet Sukhoi, impot kereta kebal, 
impot guru Bahasa Inggeris, tumpang angkasawan.

*****************************

'RM3 daftar seorang pemilih membazir'

Berita Harian 3 Ogos 2010

BATU PAHAT: Cadangan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menaikkan bayaran kepada 
penolong pendaftar yang berjaya mendaftarkan setiap pemilih baru daripada RM1 
kepada RM3, bukan saja tidak praktikal malah membazirkan wang rakyat.

Ahli Parlimen Batu Pahat, Dr Mohd Puad Zarkashi, berkata SPR seharusnya 
menggunakan kaedah lain termasuk menambah baik pendekatan diguna sebelum ini 
dalam menarik pengundi baru mahupun merangka program bersepadu lebih berkesan 
bagi menyedarkan rakyat mengenai kepentingan mendaftar sebagai pengundi.

Beliau yang juga Ahli Majlis Tertinggi UMNO dan Timbalan Menteri Pelajaran 
berkata, langkah itu hanya membazirkan wang rakyat, yang sepatutnya digunakan 
bagi projek pembangunan rakyat lebih penting. “Apakah mesej yang hendak 
diberikan SPR kepada rakyat?

Sepatutnya SPR mencari jalan lain termasuk mempertingkatkan pendekatan 
digunakan bagi menyedarkan rakyat yang belum mendaftar supaya mereka berbuat 
demikian dengan ikhlas, penuh kesedaran dan atas rasa tanggungjawab mereka 
bukannya dengan cara memberi imbuhan bagi berbuat sesuatu,” katanya selepas 
lawatan di Kampung Sungai Ayam, di sini, semalam.

Mohd Puad berkata, adalah lebih baik pendaftaran pengundi dan pemilih baru 
dilaksanakan menerusi sistem pendaftaran pengundi secara automatik bagi semua 
rakyat Malaysia yang mencapai usia 21 tahun berdasarkan maklumat yang diperoleh 
daripada Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).

“Bukan saja ia lebih menjimatkan kerajaan malah ia lebih praktikal dan mudah 
daripada terpaksa memberi insentif atau subsidi seperti dicadangkan SPR,” 
katanya.

Beliau berkata, parti politik dan pertubuhan bukan kerajaan seharusnya membantu 
menggerakkan usaha menarik lebih ramai rakyat supaya berbuat demikian dengan 
rela hati.

http://www.bharian.com.my/bharian/articles/RM3daftarseorangpemilihmembazir_/Article




Kirim email ke