x sure la. rsnye ni untuk negeri selangor punye time zone. ape2 pun baik refer pd yg lebih arif.. jgn buat tanpe ilmu dr sumber yg sahih, ok.

[EMAIL PROTECTED] wrote:

Khansa',
kaedah ni applicable kat seluruh negara ke ... sebab kat sabah/sarawak
waktu tak sama. mungkinkah tak tepat nanti?


Regards,
Maryam




Khansa Zulkiflee
<[EMAIL PROTECTED] <[EMAIL PROTECTED] family05 To:>, "alumni hira'"
com> cc:
Sent by: Subject: [Alumni Hira] Fwd: [aNgSaNa] Fwd: Kiblat. Sila edarkan sebelum 16 Julai
[EMAIL PROTECTED] 2006
ni-hira.org


11/07/2006 01:21
PM
Please respond to
Alumni Hira




Dear All ,

Jangan lupa set alarm pada handphone anda, 16 JULAI ( 5.28 PETANG)
jatuh pada hari Ahad.

SEMAKAN ARAH KIBLAT
MELALUI KAEDAH ISTIWA' MATAHARI DI KA'BAH
28 MEI (5.16 PETANG) & 16 JULAI ( 5.28 PETANG)


APAKAH ITU ISTIWA' MATAHARI?
Istiwa utama matahari atau istiwa A'zam di Ka'bah merupakan fenomena di
mana matahari akan berada tepat di titik zenit (ghayah) ketika istiwa.
Peristiwa ini akan berlaku dua kali dalam setahun, apabila nilai sudut
isiwa matahari (mel syams) akan bersamaan engan nilai latitud Mekah, di
mana Ka'bah terletak.
Apabila istiwa utama matahari berlaku, bayang objek tegak di tempat lain
ak an menunujukkan arah ke Ka'bah. Fenomena ini merupakan kaedah
tradisional falak untuk menyemak dan menentukan arah kiblat dari
tempat-tempat lain di muka bumi.

PANDUAN MEMBUAT SEMAKAN ARAH KIBLAT :
1. Dirikan satu objek lurus seperti tiang sebaik-baiknya di tanah
lapang.

2. Pastikan tiang tersebut tegak dan lurus. Bagi menyemak ketegakkannya
boleh diletak tali yang diikat pemberat dihujung tiang berkenaan.

3. Tempat yang dipilih untuk tujuan ini tidak terlindung dari sinar
matahari.

4. Penyemakan arah kiblat perlu dibuat tepat mengikut waktunya. Sila
rujuk
waktu SIRIM (contoh: Waktu di televisyen)
PERANAN DAN TANGGUNGJAWAB
1. Setiap orang Islam digalakkan untuk melakukan semakan ketepatan arah
kiblat di tempat kediaman dan ibadah masing-masing bagi mengesahkan
ketepatan
arah kiblat.
2. Setelah semakan di buat dan terdapat sebarang kesilapan, sila
betulkan
mengikut arah yang betul, dan hubungi Bahagian Falak Syarie, Jabatan
Mufti
Negeri Selangor.
3. Oleh kerana fenomena ini berlaku sebelah petang di Malaysia, bayang
tiang akan jatuh ke arah timur. Dengan itu, arah kiblat ialah yang
menghadap
ke arah barat.


PENENTUAN DAN PENYEMAKAN ARAH KIBLAT MELALUI FENOMENA ISTIWA' UTAMA
MATAHARI DI KA'BAH

(Embedded image moved to file: pic28652.jpg)Image

ULASAN :
Istiwa' utama matahari di Ka'bah (istiwa a'dzam) merupakan fenomena
dimana matahari akan berada tepat di titik zenith (ghayah) ketika
istiwa.
(matahari berada tepat di atas Ka'bah).
Di Malaysia, fenomena ini berlaku 2 kali dalam setiap tahun iaitu pada
:-
1. 28 Mei 2006 (5.16 petang)
2. 16 Julai 2006 (5.28 petang)
Bagi masyarakat umum atau imam/nazir masjid dan surau boleh memanfaatkan
fenomena ini untuk menyemak dan menentukan arah kiblat samada di rumah,
masjid atau surau dan mana-mana tempat sembahyang.
Caranya ialah :
1. Dirikan satu objek lurus seperti tiang, sebaik-baiknya di tanah
lapang.
2. Ketika Istiwa' matahari berlaku, bayang objek tegak
(yang berlawanan) akan menunjukkan arah kiblat.
3. Oleh kerana fenomena ini berlaku sebelah petang di Malaysia,
maka
bayang tiang akan jatuh ke arah timur, oleh itu bayang yang
menghadap
ke arah barat (Ka'bah) merupakan arah ke kiblat.
4. Setelah semakan dibuat dan jika terdapat sebarang pembetulan,
sila berhubung dengan Jabatan Mufti Negeri Selangor.



_______________________________________________
Hira mailing list


Want to be your own boss? Learn how on Yahoo! Small Business.
_______________________________________________
Hira mailing list

Kirim email ke