[Alumni Hira] Along

2004-05-22 Terurut Topik yazid sahak
Note: forwarded message attached.
		Do you Yahoo!?Yahoo! Domains - Claim yours for only $14.70/year---BeginMessage---
Assalammualaikum...

Kepenatapan Along yang dirindui selalu,

Termasuk  yang  ini,  aku  tidak  pasti  untuk kali ke berapakah warkah aku
layangkan buatmu. Setiap kali harapan kusidai agar Along kembali menitipkan
bicara buatku, setiap kali itu jugalah harapan murni itu akan tersadai.

Namun  aku  tidak  pernah  berputus  asa. Demi darah yang mengalir di dalam
tubuhku.  Demi  insan  mulia itu yang masih menantimu. Dan demi esokmu yang
lebih  bermakna,  aku  lagang  jua tikar bicara. Moga untuk kali ini, Along
bisa memahami segalanya dengan hati yang jitu.

Tatkala  aku  coretkan  warkah  ini,  malam  begitu  sunyi. Sesunyi hatiku.
Sesunyi  hati  Idham, Farhan dan Idiza. Malah lebih daripada itu, kesunyian
lebih  hebat mencengkam di sukma ibu. Semenjak Along pergi meninggalkannya,
ibu  sering  berkata...  dia  rindukan  Along.  Rindukan suasana bagai yang
pernah  dinikmati  dulu.  Dulu  yang mengikat sopan-santun dan budi pekerti
Along.

Kudengar getar suara ibu mengalunkan surah Yassin. Menghadiahkan buat arwah
ayah  yang  terpanggil  lebih dulu. Tahukah kau Along, telah dua musim ayah
pergi meninggalkan kita? Pergi bersama terkilan rasa. Tanya ayah... mengapa
di  saat-saat  akhir ini, ayah telah kehilangan seorang daripada lima orang
anak  ayah?  Mengapa  di  sisi  ayah  cuma  empat?  Sedang  sebenarnya ayah
mempunyai Irdina, Idinaz, Farhan, Idham dan Idiza.

Berulang  kali ayah bertanya begitu. Namun satu pun tak terjawab. Ibu hanya
mampu  memandang  wajahku  dengan sinar mata yang berkaca. Ada sesuatu yang
meruntun  kalbu.  Namun  tak  terluahkan.  Terlintas  di fikiranku, mengapa
tergamak  Along melukakan hati ibu. Hati ayah. Hati kami adik-adik. Mengapa
Along tinggalkan syurga kasih sayang kita sekeluarga.

Tidak tersentuhkah hati Along dengan jerih payah ayah mencari rezeki? Tidak
cukup  dengan  pengorbanan  ayah, ibu turut membantu. Lima orang anak ayah,
semuanya  bersekolah.  Tiga  di  peringkat menengah. Dua di sekolah rendah.
Bayangkan  segala perbelanjaan yang perlu disediakan. Segala keperluan yang
harus  dipenuhi.  Pernahkah  wang  belanja  Along  ke sekolah terputus? Tak
pernah kan, Along?

Along   dididik  dengan  penuh  kasih  sayang.  Dijentik  sekalipun  payah.
Perasaaan  dijaga.  Tetapi, mengapa Along tidak mahu menjaga hati ibu? Hati
ayah?  Hati  kami  adik beradik? Mengapa tergamak melukakan hati kami semua
dengan tindakan mengikut perasaan? Tunduk kepada runtunan hati remaja. Yang
masih kabur menilai antara kaca dan permata.

Along  anak  sulung.  Along  harapan  ibu  ayah.  Biar  menjadi contoh pada
adik-adik.  Dan  sememangnya Along pelajar cemerlang. Keputusan peperiksaan
Along  jarang  mengecewakan.  Sejuk  perut ibu yang melahirkan. Bangga hati
ayah  yang  bersusah  payah  mencari  rezeki  untuk kita sekeluarga. Terasa
hilang penat lelah.

Cita-cita  Along  mahu  menjadi  pendidik. Ibu merestui. Ayah menggalakkan.
Sesuai  benar  dengan jiwa Along seorang wanita. Setiap kali menandatangani
kad  prestasi  Along,  ayah  tak  lupa mengalungkan ucapan tahniah. Belajar
sungguh-sungguh,  Along.  Nanti  adik-adik  bangga dengan Along. Biar Along
menjadi  pembuka  tirai kejayaan keluarga kita. Tinggi harapan ibu. Harapan
ayah. Setinggi kasih sayang terhadap Along. Tetapi sudahnya, apa yang ada?

Along  berubah sejak kenal si Beeba. Kata Along, dia rakan yang baik. Along
kenalnya  di  mana?  Selamba jawab Along, di pusat membeli belah di bandar.
Pastinya  perkenalan  itu tercipta sewaktu Along lepak di situ. Argh Along,
tahun  itu  tahun  penting  buat  Along.  SPM  menanti  Along dengan seribu
ranjaunya. Bersedia menerima rempuhan keyakinan Along. Biar tercapai impian
pangkat  satu.  Tetapi  malang  yang  teramat  walang,  tahun  itulah  yang
menyaksikan  perubahan  sikap  Along.  Setiap pagi lagak Along bagai biasa.
Lengkap  berpakaian  sekolah. Tetapi langkah Along melencong ke lain. Along
lepak di pusat permainan video. Menghabiskan duit saku yang dibekalkan ibu.

Along  jamu  mata  dengan  merayau-rayau di pusat membeli-belah. Along juga
sudah  pandai pulang lewat. Bila ditanya, pantas Along menyatakan ada kelas
tambahan.  Benarkah  itu,  Along? Masih ingat tak lagi pada peristiwa malam
itu?  Hari  itu  Along pulang lewat dari biasa. Jam 9 malam Along sampai di
rumah.  Pulang  dengan  pakaian  biasa.  Ke  mana  baju sekolah Along? Ayah
hairan.  Ibu  pun  begitu.  Tidakkah  pagi tadi Along keluar dengan pakaian
sekolah? Mengapa pula bertukar baju? Kata Along - Along pinjam baju kawan,
mak.  Baju  sekolah Along kotor sebab Along terjatuh. Maha Suci Allah yang
lebih mengetahui.

Lima bulan Along melakonkan watak hebat. Penuh pembohongan. Hinggalah suatu
hari yang telah diizinkan Tuhan, Along terserempak dengan Usu Adi. Terkejut
Along.  Pucat lesi. Rakan-rakan Along selamba malah sinis menatap wajah Usu
Adi.  Remaja  hari  ini,  pentingkan  keseronokan  semata.  Tidak  

RE: [Alumni Hira] Along Shida Dapat Baby Boy

2004-02-03 Terurut Topik Ruqaiyah Morhalim
Wa 'alaikumussalam...
Sampaikan salam tahniah kpd Along Shida... nanti kalau sesapa ada gamba the new anak sedara boleh la letakkan di Berita Alumni Hira'.. dapat la melihat anak sedara baru wp mgkn tak dpt berziarah ke rumah... Ana tumpang gembira dgn brita ini...
Takziah juga buat ukhti Zety dan keluarga atas pemergian ibu tersayang, moga rohnya tergolong dalam roh para soliheen.
Masa kesempatan di ziarah kematian ibu Zety, sempat juga berjumpa dgn adik2 Alumni... dengarnya Kak Aiza sekarang gembira dgn kerja baru... lama tak dgr crite kakak2 Alumni dan adik2... Byk brite2 yg tidak di update... Didoakan semuanya sehat2 dan bahagia selalu i/Allah... 
wallahu a'lam.
Salam ingatan buat semua,
jumpa di AGM insya Allah... 
-dah war2 pd batch masing2 ? -
Ruqaiyah MorhalimFrom: syahrom BangOm <[EMAIL PROTECTED]>Reply-To: [EMAIL PROTECTED] To: [EMAIL PROTECTED] Subject: [Alumni Hira] Along Shida Dapat Baby Boy Date: Mon, 2 Feb 2004 17:09:29 -0800 (PST)   Assalamualaikum warahmatullah..  Buat pengetahuan semua warga hira' along shida telah selamat melahirkan anak lelaki pada hari sabtu baru ni..  31 hb Jan 2004 / 09 zulhijjah 4.59ptg. di pusat rawatan islam K.L..  Alhamdulillah semuanye ok.Hafsa Mahmud <[EMAIL PROTECTED]>wrote:  Assalaamu'alaikum warahmatulLahi wabarakaatuh  Semoga kita sentiasa di bawah naungan rahmah  hidayah-Nya.  InnaliLlah wainna ilaiHi rojiuun. Al-Fatihah buat ibu sahabat kita, Zety Diana Haliza bt Taha, batch 4. Ibu beliau meninggal dunia lebih kurang jam 12am 31 Januari (menurut masa sms dari ukht El Huda), sebelum itu ditempatkan di wad onkologi HKL. Difahamkan ibu beliau dah lama sakit barah payudara. Hmm, sedih juga, tak tau kabar berita Zety selama ni.  Harap ikhwah akhawat dapat doakan ibu beliau, yang mana berkesempatan, tolong jenguk sahabat kita dan keluarganya (attention pada akhawat batch 4, harap dapat berikan info lanjut), lebih-lebih lagi dalam masa umat Islam bergembira dengan kedatangan Eidul Adha. Ana cadangkan kita buat kutipan sikit untuk keluarga Zety.  akhir kata, rajin-rajinlah buat pemeriksaan kesihatan, mencegah lebih baik dari mengubati.  wassalam.-Hafsa Mahmud-  Timbalan Presiden Alumni Hira' 2002-2004  ps: hari ni 9 Zulhijjah- The new MSN 8: smart spam protection and 2 months FREE* ___ Kandungan emel di atas tidak menggambarkan pendirian rasmi Pertubuhan Bekas Pelajar Hira' @ Alumni Hira' kecuali dinyatakan sedemikian. Alumni Sekolah Islam Hira' http://www.alumni-hira.org http://berita.alumni-hira.org   - Do you Yahoo!? Yahoo! SiteBuilder - Free web site building tool. Try it! Protect your PC - Click here for McAfee.com VirusScan Online 
___

Kandungan emel di atas tidak menggambarkan pendirian rasmi Pertubuhan Bekas Pelajar Hira' @ Alumni Hira' kecuali dinyatakan sedemikian.

Alumni Sekolah Islam Hira'
http://www.alumni-hira.org
http://berita.alumni-hira.org


[Alumni Hira] Along Shida Dapat Baby Boy

2004-02-02 Terurut Topik syahrom BangOm




Assalamualaikum warahmatullah..
Buat pengetahuan semua warga hira' along shida telah selamat melahirkan anak lelaki pada hari sabtu baru ni..
31 hb Jan 2004 / 09 zulhijjah 4.59ptg. di pusat rawatan islam K.L..
Alhamdulillah semuanye ok.




Hafsa Mahmud [EMAIL PROTECTED] wrote: 


Assalaamu'alaikum warahmatulLahi wabarakaatuh
Semoga kita sentiasa di bawah naungan rahmah  hidayah-Nya.
InnaliLlah wainna ilaiHi rojiuun. Al-Fatihah buat ibu sahabat kita, Zety Diana Haliza bt Taha, batch4. Ibu beliau meninggal dunia lebih kurang jam 12am 31 Januari (menurut masa sms dariukht El Huda), sebelum itu ditempatkan di wad onkologi HKL. Difahamkan ibu beliau dah lama sakit barah payudara. Hmm, sedih juga, tak tau kabar berita Zety selama ni.
Harap ikhwah akhawat dapat doakan ibu beliau, yang mana berkesempatan, tolong jenguk sahabat kita dan keluarganya (attention pada akhawat batch 4, harap dapat berikan info lanjut), lebih-lebih lagi dalammasa umat Islam bergembira dengan kedatangan Eidul Adha.Ana cadangkan kita buat kutipan sikit untuk keluarga Zety.
akhir kata, rajin-rajinlah buat pemeriksaan kesihatan, mencegah lebih baik dari mengubati.
wassalam.










-Hafsa Mahmud- 
Timbalan Presiden Alumni Hira' 2002-2004
ps: hari ni 9 Zulhijjah

The new MSN 8: smart spam protection and 2 months FREE* ___ Kandungan emel di atas tidak menggambarkan pendirian rasmi Pertubuhan Bekas Pelajar Hira' @ Alumni Hira' kecuali dinyatakan sedemikian. Alumni Sekolah Islam Hira' http://www.alumni-hira.org http://berita.alumni-hira.org
Do you Yahoo!?
Yahoo! SiteBuilder - Free web site building tool. Try it!