Note: forwarded message attached.


Do you Yahoo!?
Yahoo! Tax Center - File online by April 15th
--- Begin Message ---






yamin-ISLAM IS THE WAY OF LIFE
>From: akob scb <[EMAIL PROTECTED]>
>Reply-To: [EMAIL PROTECTED]
>To: [EMAIL PROTECTED], [EMAIL PROTECTED], [EMAIL PROTECTED]
>Subject: [musleh uiam] Tips2 utk Lelaki&Perempuan
>Date: Sun, 11 Apr 2004 21:47:59 -0700 (PDT)
>
>Tips2 berhubung antara Lelaki&Perempuan
>
>1. Bulu kening
>— Menurut Bukhari, "Rasullulah melaknat perempuan yang mencukur atau
>menipiskan bulu kening atau meminta supaya dicukurkan bulu kening."
>Riwayat Abu Daud Fi Fathil Bari.
>
>2. Kaki (tumit kaki)
>—"Dan janganlah mereka (perempuan) membentakkan kaki (atau
>mengangkatnya) agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan." An-
>Nur: 31. Keterangan: Menampakkan kaki dan menghayunkan/melenggokkan
>badan mengikut hentakan kaki.
>
>3. Wangian
>— "Siapa sahaja wanita yang memakai wangi-wangian kemudian melewati
>suatu kaum supaya mereka itu mencium baunya, maka wanita itu telah
>dianggap melakukan zina dan tiap-tiap mata ada zina." Riwayat Nasaii,
>Ibn Khuzaimah dan Hibban.
>
>4. Dada
>— "Hendaklah mereka (perempuan) melabuhkan kain tudung hingga
>menutupi dada-dada mereka. "An-Nur : 31
>
>5. Gigi
>— "Rasullulah melaknat perempuan yang mengikir gigi atau meminta
>supaya dikikirkan giginya. "Riwayat At-Thabrani, "Dilaknat perempuan
>yang menjarangkan giginya supaya menjadi cantik, yang merubah ciptaan
>Allah". Riwayat Bukhari dan Muslim.
>
>6. Muka dan leher
>— "Dan tinggallah kamu (perempuan) di rumah kamu dan janganlah kamu
>menampakkan perhiasan mu seperti orang jahilliah yang dahulu."
>Keterangan: Bersolek (make-up) dan menurut Maqatil sengaja membiarkan
>ikatan tudung yang menampakkan leher seperti orang Jahilliyah.
>
>7. Muka dan Tangan
>— "Asma Binte Abu Bakar telah menemui Rasullulah dengan memakai
>pakaian yang tipis. Sabda Rasullulah: Wahai Asma! Sesungguhnya
>seorang gadis yang telah berhaid tidak boleh baginya menzahirkan
>anggota badan kecuali pergelangan tangan dan wajah saja." Riwayat
>Muslim dan Bukhari.
>
>8. Tangan
>— "Sesungguhnya kepala yang ditusuk dengan besi itu lebih baik
>daripada menyentuh kaum yang bukan sejenis yang tidak halal baginya".
>Riwayat At Tabrani dan Baihaqi.
>
>9. Mata
>– "Dan katakanlah kepada perempuan mukmin hendaklah mereka
>menundukkan sebahagian dari pemandangannya." An Nur : 31. Sabda Nabi
>SAW, "Jangan sampai pandangan yang satu mengikuti pandangan lainnya.
>Kamu hanya boleh pandangan yang pertama, pandangan seterusnya tidak
>dibenarkan." Riwayat Ahmad, Abu Daud dan Tirmidzi.
>
>10. Mulut (suara)
>- "Janganlah perempuan-perempuan itu terlalu lunak dalam berbicara
>sehingga berkeinginan orang yang ada perasaan serong dalam hatinya,
>tetapi ucapkanlah perkataan-perkataan yang baik." Al Ahzab: 32. Sabda
>SAW, "Sesungguhnya akan ada umat ku yang minum arak yang mereka
>namakan dengan yang lain, iaitu kepala mereka dilalaikan oleh bunyi-
>bunyian (muzik) dan penyanyi perempuan, maka Allah akan tenggelamkan
>mereka itu dalam bumi." Riwayat Ibn Majah.
>
>11. Kemaluan
>- "Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan mukmin, hendaklah mereka
>menundukkan pandangan mereka dan menjaga kehormatan mereka. " An
>Nur : 31.
>
>"Apabila seorang perempuan itu sembahyang lima waktu, puasa di bulan
>Ramadhan, menjaga kehormatannya dan mentaati suaminya, maka masuklah
>ia ke dalam syurga daripada pintu-pintu yang ia kehendakinya."
>Riwayat Al Bazzar. "Tiada seorang perempuan pun yang membuka
>pakaiannya bukan di rumah suaminya, melainkan dia telah membinasakan
>tabir antaranya dengan Allah." Riwayat Tirmidzi, Abu Daud dan Ibn
>Majah.
>
>12. Pakaian
>— "Barangsiapa memakai pakaian yang berlebih-lebihan, maka Allah akan
>memberikan pakaian kehinaan di hari akhirat nanti." Riwayat Ahmad,
>Abu Daud, An Nasaii dan Ibn Majah.
>
>"Sesungguhnya sebilangan ahli neraka ialah perempuan-perempuan yang
>berpakaian tapi telanjang yang condong pada maksiat dan menarik orang
>lain untuk melakukan maksiat. Mereka tidak akan masuk syurga dan
>tidak akan mencium baunya." Riwayat Bukhari dan Muslim. Keterangan:
>Wanita yang berpakaian tipis/jarang, ketat/ membentuk dan
>berbelah/membuka bahagian-bahagian tertentu."Hai nabi-nabi katakanlah
>kepada isteri-isterimu, anak perempuan mu dan isteri-isteri orang
>mukmin, hendaklah mereka memakai baju jilbab (baju labuh dan longgar)
>yang demikian itu supaya mereka mudah dikenali. Lantaran itu mereka
>tidak diganggu. Allah maha pengampun lagi maha penyayang." Al Ahzab :
>59.
>
>13. Rambut
>— "Wahai anakku Fatimah! Adapun perempuan-perempuan yang akan
>digantung rambutnya hingga mendidih otaknya dalam neraka adalah
>mereka itu di dunia tidak mahu menutup rambutnya daripada dilihat
>oleh lelaki yang bukan mahramnya." Riwayat Bukhari dan Muslim.
>
>
>
>---------------------------------
>Do you Yahoo!?
>Yahoo! Tax Center - File online by April 15th


MSN 8 helps ELIMINATE E-MAIL VIRUSES. Get 2 months FREE*.
--- End Message ---

Kirim email ke