*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Assalamualaikum wbt.

Izinkan aku mencelah.....
Maka kesimpulan yang dapat dibuat ialah BPR juga udah jadi "BPR terbang".
Harap maaf kepada warga BPR .............. kerna cakap pun salah , tak cakap
pun salah. Walaupun saya tak salah.

Kita rakyat dibawah ni.....sememangnya sudah sedar tapi kita umpama " anjing
menyalak bukit " . Bukit tak roboh....tapi suatu hari pasti ia akan roboh
kerna setiap ciptaan Allah pasti ada kelemahannya. Yang muda akan tua, yang
sihat akan sakit, dan yang pasti yang hidup akan mati....

Kita tunggu dan lihat.......kebesaran Yang Esa.
Insyaalah.


-----Original Message -----
From: "Fawzi Bin Kassim" <[EMAIL PROTECTED]>


>
>  *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
>  {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
>  {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
>  {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
>  *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
>           PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
>  ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
>
> BPR sepatutnya menyiasat Mahathir kerana jadi Perdana Menteri Terbang
Malaysia.   Mahathir paksa ahli UMNO Baru jadikan dia Presiden secara paksa.
Mahathir juga tipu dalam Pilihanraya Umum supaya BN menang.
>
> PM Terbang adalah lebih teruk kesan buruknya kepada Malaysia berbanding
Lesen Terbang.
>
> ======================================================================
>
> LESEN TERBANG : SANDIWARA JUGA
>
> Di TV1 malam ini(4-Okt-2000), tiga penyoal menyoal Pengarah BPR atas tajuk
lesen terbang. Penat nampaknya Pengarah BPR dengan kes lesen yang dikatakan
terbang itu. Bagi BPR, kononnya tujuan mereka ialah untuk memulihkan imej
JPJ yang sekian lama terbelengu dengan rasuah - politik wang untuk
mendapatkan lesen. Hakikatnya dalam masa yang sama imej BPR makin tak
terpulih bahkan makin merosot. Kerana;
>
> 1). Sudah sekian banyak lapuran telah dibuat oleh orang ramai berkenaan
dengan kerja-kerja rasuah yang dilakukan oleh orang politik khasnya dari
UMNO(baru) kroni Mahathir tetapi sehingga sekarang semuanya tidak ada
apa-apa tindakan yang dapat dilihat,didengar dari BPR sendiri.
>
> 2). Sudah sekian lama UMNO(baru) melakukan rasuah. Perkara ini didedahkan
sendiri oleh Presiden UMNO(baru) dan kroninya. Tetapi sehingga kini mereka
yang mendedahkan ini belum dipanggil untuk disoal siasat oleh BPR, Mahathir
sendiri telah menitiskan air mata betapa gejala rasuah sedang memusnahkan
UMNO(baru). Adakah BPR menganggap airmata itu air mata sandiwara? maka
Mahathir tidak dipanggil ke BPR?.
>
> 3). Wang adalah punca rasuah. Kuasa juga adalah punca rasuah, dalam kontek
JPJ, lesen adalah punca rasuah. Dalam kontek wang, wang terbang juga wujud.
Saham terbang juga wujud dan banyak benda terbang lain yang terlibat dan
ianya melibatkan jumlah duit yang jauh lebih besar dari duit yang terlibat
dengan JPJ. Pemberian saham berbillion ringgit yang didakwa dilakukan oleh
Mahathir , Daim dan Rafidah dan rakan sekroninya juga adalah dalam kategori
saham terbang. Mungkin, kalau ditotalkan jumlah wang yang terlibat, dalam
JPJ adalah jauh lebih kecil dari saham terbang ini. Tetapi apakah BPR buat
sehingga sekarang?. Sudah berapa banyak aduan dibuat diatas kes seperti
ini?. Manakah wibawa BPR?.
>
> 4). Ketua Pengarah BPR kata operasi lesen terbang ialah untuk memulihkan
JPJ. Oklah niatnya baik terhadap JPJ. Tetapi JPJ di bawah Kerajaan Malaysia.
Kerajaan Malaysia pula diketuai oleh bapak-bapak perasuah. Jadi adalah tidak
adil jika JPJ saja yang dijadikan sasaran untuk dicuci. Kerajaan juga kena
cuci, Pergilah ke JPM atau ketempat lain sama. Bersihkan mereka. Jika
setakat JPJ saja, maka imej tempat lain tetap kotor juga. Kesian Mahathir
kerana dia tidak dipilih oleh BPR untuk dibersihkan imejnya. Atau adakah
memadai dengan membersihkan JPJ maka Mahathir pun turut jadi bersih juga?.
Jika ini anggapan konspirator. Maka BPR adalah mangsa sandiwara juga.
>
> 5). Usahkan lesen terbang, Kad Pengenalan terbang juga wujud. Bahkan dari
hidup bernegara, IC terbang jauh lebih berbahaya berbanding lesen terbang.
Bukan sedikit kes IC terbang. Setakat ini BPR tunduk membisu tidak
membicarakan IC terbang. Kenapa pesalah IC terbang tidak di dakwa di
Mahkamah atau di siasat oleh BPR?. BPR jika ingin membenteras lesen terbang,
ingat!!!!, IC terbang lagi berbahaya. Kenapa mereka yang terlibat dengan IC
terbangkan di tahan dibawah ISA?. BPR kena siasat kerana ia juga masuk dalam
kategori benda terbang yang jang menjadi buruan BPR. Ini lebih mudah
kepada BPR. Mereka yang terlibat tersebut sedang di tahan oleh ISA. Ayuh
BPR...siasat kepala IC terbang tersebut.
>
> Jika kesungguhan BPR menangani lesen terbang sekarang dihidangkan kepada
rakyat dan dalam masa yang sama rakyat akan menjadi lupa tentang kewujudan
bapak perasuah dan bapak mencuri wang negara, maka semuanya penat lelah dan
keperihatinan BPR adalah tak lebih daripada babak-babak sandiwara yang
ditaja oleh konpirator-konpirator demi menyelamatkan mereka dari menjadi
perhatian kemarahan rakyat keseluruhannya. Niat konspirator ialah untuk
mengalihkan perhatian rakyat semata-mata.
>
> [EMAIL PROTECTED]
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
> Angelfire for your free web-based e-mail. http://www.angelfire.com
>
>  ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
>  ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
>  ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
>  ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
>  ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
>  ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
>  ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
>
> Pengirim: "Fawzi Bin Kassim" <[EMAIL PROTECTED]>


 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: "Iberzat" <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke