test




"Temingat Di Belantara" <[EMAIL PROTECTED]> on 11/01/2000 11:23:38 AM



 To:      [EMAIL PROTECTED]

 cc:      (bcc: Jufrihisham Mohamed/MY/Asia/Celestica)



 Subject: H-Net* Ustaz Asri Jawab Astora Jabat









 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
ASTORA! JANGAN JUAL AGAMA

Oleh:
Mohd. Asri b. Zainul Abidin
[EMAIL PROTECTED]

Pada tulisan yang lalu saya telah mengingatkan Sdr. Astora agar jangan
mendustai
Nabi s.a.w. semata-mata kerana ingin mengampu seseorang. Saya kira adalah
wajar
untuk kali ini saya mengingatkan Astora suatu perkara yang amat mustahak
untuk
senantiasa diingati oleh golongan agama-tanpa kecuali- yang memiliki
sedikit-sebanyak pengetahuan agama, iaitu jangan kita jadi ulama yang jahat
dan
pengampu. Ulama yang jahat kegiatannya ialah menjual agama untuk membeli
kesenangan dan pangkat di dunia. Nas-nas agama akan cuba ditafsir atau
dihuraikan bagi memenuhi hajat golongan yang boleh memberi habuan yang
diingini.
Orang awam akan terpinga-pinga dan bertanya "yang mana satukah ajaran
agama?".

Bila saya berbicara tajuk ini, saya maksudkannya secara umum, sesiapa sahaja
yang menjual agama untuk kepentingan dunia maka dia adalah ulama jahat. Sama
ada
dunia yang diharapkan itu dari pemerintah atau selain dia tetap dianggap
menjual
agama. Perlu juga diingatkan untuk pembaca, Islam tidaklah mengatakan para
ulama
tidak boleh berbaik-baik dengan pemerintah. Sejarah Islam telah membuktikan
peranan ulama dalam menjalinkan hubungan dan thiqah (kepercayaan) rakyat
kepada
pemerintah. Umpamanya lihatlah sejarah pentadbiran `Umar ibn `Abd al-`Aziz
dan
Salehuddin al-Ayubi. Apa yang Islam tegah ialah jangan seorang muslim
membenarkan yang salah, dan mendiamkan kejahatan. Kita tidak menyeru
golongan
agama agar memusuhi pemerintah, tetapi kita mahu agar mereka bercakap yang
haq,
membenarkan yang benar dan menyatakan salah pada yang salah.

Saya sungguh terkejut apabila Astora menyokong E-mail yang kononnya dihantar
kepadanya yang menyatakan kepimpinan yang ada dalam negara kita tidak akan
muncul lagi sehebatnya. Ketokohan dan keperibadiannya tidak pertikaikan.
Nilaian
yang seperti ini menampakkan sikap yang hilang rasional. Ianya memalukan
Islam
jika dibaca oleh golongan bukan Islam yang pun tahu hakikat sebenar. Saya
memohon kepada Allah agar kita tidak akan bersikap menyokong mana-mana insan
sehingga ke tahap sedemikian tanpa mampu membuat sebarang penilaian lagi.
Astora dan mereka yang sama sepertinya patut takut apa yang disebut oleh
baginda
Nabi s.a.w.

Maksudnya:

"Sesungguhnya selepasku ini akan adanya para pemimpin yang melakukan
kezaliman
dan pembohongan.
Sesiapa yang membenarkan pembohongan mereka dan menolong kezaliman mereka
maka
dia bukan dariku
dan aku bukan darinya dan dia tidak akan mendatangi telaga (di syurga) dan
sesiapa yang tidak membenar
pembohongan mereka dan tidak menolong kezaliman mereka, maka dia dari
kalanganku
dan akan dari
kalangannya dan dia akan mendatangan telaga (di syurga)".

(Kata al-Haitami dalam : Majma' al-Zawaid wa Manba' al-Fawaid: Hadith ini
diriwayatkan oleh oleh
Ahmad, al-Bazzar dan al-Tabarani di dalam al-Kabir dan al-Ausod . Para
perawi
salah satu sanad
al-Bazzar dan Ahmad adalah para perawi Sahih al-Bukhari.

Demikian amaran Nabi s.a.w. agar setiap individu muslim, apatah lagi yang
memiliki sedikit sebanyak pengetahuan agar berdisiplin dalam memberi
sokongan
kepada seseorang.

Asabiyyah

Astora juga hendaklah sedar, bahawa menyokong seseorang secara membabi buta
adalah dianggap `asabiyyah dalam pandangan Islam. Sokongan hendaklah
disertai
dengan hakikat kebenaran bukan sewenang-wenangnya. Sabda Nabi:

Maksudnya:

"Sesiapa yang berperang dibawah "bendera buta" dan menyeru kepada `asabiyyah
atau marah kerana
`asabiyyah maka kematiannya adalah jahiliyyah."

(Riwayat Muslim, Ibn Majah, an-Nasai)

Kata as-Sindi dalam Syarh Ibn Majah yang mensyarahkan hadith-hadith Sunan
Ibn
Majah: "Lafaz (bendera
buta) ialah kiasan kepada suatu puak yang berhimpun atas suatu perkara yang
tidak diketahui sama ada
benar atau batil."

Sekiranya berjuang dalam keadaan yang tidak tahu benar atau salah dianggap
mati
dalam jahiliyyah, apatah golongan dan individu yang mempertahankan pemimpin
yang
diketahui umum penyelewengannya.

Dalam menjelaskan maksud `asabiyyah, Rasulullah s.a.w pernah bersabda:

??????? ?? ???? ???? ??? ?????

Maksudnya:

"`Asobiyyah itu kamu menolong kaummu atas kezaliman"

(Hadith ini riwayat Abu Daud. Kata Ibn Muflih  dalam al-Adab as-Syar`iyyah,
hadith ini hasan. Ini
disokong oleh Syu`ib al-Arnaud dalam tahqiqnya kepada kitab tersebut)

Mungkar

Apakah Astora dan mereka yang bermazhab sepertinya merasa tidak wujud
kemunkaran
yang dilakukan oleh pemerintah negara ini? Kalau benar demikian, maka Astora
adalah seorang yang amat jahil tentang hukum hakam Allah. Sekiranya mereka
tahu
ada banyak kemungkaran dan penyelewengan, saya bertanya, apakah pendirian
mereka? Mustahil Astora tidak pernah mendengar hadith ini:

Maksudnya:

"Sesiapa yang melihat kemungkaran maka hendaklah dia ubah dengan tangannya,
sekiranya tidak mampu
maka dengan lidahnya, sekiranya tidak mampu maka dengan hatinya. Itu adalah
selemah-lemah iman."

(Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Al-Imam an-Nawawi dalam Syarah Sahih Muslim mensyarahkan hadith di atas
membuat
contoh seperti berikut:

"Apabila seseorang melihat insan lain membeli barangan yang rosak atau
seumpamanya lalu dia tidak membantah dan memberitahu pembeli maka ini adalah
kesalahan yang jelas. Pada ulama telah menetapkan bahawa wajib sesiapa yang
menyetahui perkara seperti ini membantah penjual dan memberitahu pembeli"

Kalau dalam perkara yang sebesar itu disuruh kita tegah, apakah penindasan,
penyelewengan, ketidakadilan dalam negara ini lebih ringan dari itu?

Bersama Yang Benar

Saya ingin ingatkan Astora agar kita semua tunduk kepada arahan al-Quran dan
as-Sunnah dalam persoalan
sokong-menyokong ini. Bukan masalah parti dan puak, tetapi masalah kedudukan
kita di akhirat kelak. Sabda Nabi s.a.w:

Maksudnya:

"Adakalanya seseorang kamu berucap dengan sesuatu kalimat yang diredhai
Allah,
padahal dia tidak
menyangka ianya akan sampai ke tahap sedemikian lalu dengannya Allah
mencatatkan
keredhaan  untuknya sehingga hari dia bertemu Allah. Adakalanya seseorang
kamu
pula berucap dengan sesuatu kalimat yang dimurkai Allah, padahal dia tidak
menyangka ianya akan sampai tahap sedemikian lalu dengannya Allah
mencatatkan
kemurkaaan  untuknya sehingga hari dia bertemu Allah."

(Riwayat Malik dalam al-Muwatta` dan al-Tirmizi, katanya hasan sahih)

Al-Mubarakfuri dalam Tuhfah al-Ahwazi menyebut, Sufyan bin `Uyainah
menyatakan:
"Hadith ini
bermaksud kalimah di hadapan pemerintah, kalimat yang pertama (yang diredhai
Allah) ialah yang
menghalang kezalimannya. Kalimat yang kedua (yang dimurkainya) ialah yang
mendorongnya melakukan
kezaliman"

Hendaklah disedari, tulisan dan pujian yang ditujukan kepada sesiapa sahaja
yang
kita anggap hanya untuk tujuan peribadi tertentu akhirnya membawa kepada
jenayah
kezaliman. Dengan itu ianya adalah kesalahan besar dalam Islam.

Sebab itulah al-Quran menyatakan pendirian yang tegas dalam hal ini: Firman
Allah:

Maksudnya:

"Dan sesungguhnya Allah telahpun menurunkan kepada kamu (perintahNya) di
dalam
Kitab (Al-Quran),
iaitu: apabila kamu mendengar ayat-ayat keterangan Allah diingkari dan
diejek-ejek (oleh kaum kafir dan
munafik), maka janganlah kamu duduk (bergaul) dengan mereka sehingga mereka
masuk kepada
memperkatakan soal yang lain; kerana sesungguhnya (jika kamu melakukan yang
demikian), tentulah kamu
sama seperti mereka."

Kata al-Imam al-Qurtubi dalam Tafsir Ayat al-Ahkam: "Ayat ini menjadi dalil
wajibnya menjauhi ahli
maksiat apabila jelas kemunkaran mereka. Ini kerana sesiapa yang tidak
menjauhi
mereka bererti redha
dengan perbuatan mereka."

Katanya lagi: "Firman Allah (kalau demikian, kamu sama seperti mereka)
sesiapa
yang duduk dalam majlis maksiat (menderhakai Allah) dan tidak membantahi
mereka
maka dia menanggung dosa yang sama seperti mereka. Maka hendaklah dia
membantah
mereka sekiranya mereka bercakap dan melakukan maksiat. Sekiranya dia tidak
mampu untuk membantahi mereka maka hendaklah dia meninggalkan mereka supaya
tidak termasuk dalam golongan yang disebut dalam ayat ini. [ jld. 5, 418,
Dar
al-Fikr, Beirut]

Sekali lagi ditegaskan, bukan persoalan politik yang hendak dikaitkan,
tetapi
persoalan sikap seorang muslim, apatah lagi golongan yang mempunyai
pengetahuan
agama, dalam memberikan sokongan kepada seseorang. Apatah lagi al-Quran
begitu
tegas dalam menentukan pendirian golongan agama sehingga disifatkan ulama
pengampu dan penyeleweng sebagai anjing!!

Firman Allah dalam Surah al-A'raf 175-176:

"Dan bacakanlah kepada mereka (wahai Muhammad), khabar berita seorang yang
kami
beri kepadanya
(pengetahuan mengenai) ayat-ayat (Kitab) Kami. kemudian ia menjadikan
dirinya
terkeluar dari
mematuhinya, lalu ia diikuti oleh Syaitan (dengan godaannya), maka
menjadilah
dari orang-orang yang sesat.
Dan kalau Kami kehendaki nescaya Kami tinggikan pangkatnya dengan (sebab
mengamalkan) ayat-ayat itu.
Tetapi ia bermati-mati cenderung kepada dunia dan menurut hawa nafsunya;
maka
bandingannya adalah
seperti anjing, jika engkau menghalaunya: ia menghulurkan lidahnya
termengah-mengah, dan jika engkau
membiarkannya: ia juga menghulurkan lidahnya termengah-mengah. Demikianlah
bandingan orang-orang
yang mendustakan ayat-ayat Kami. Maka ceritakanlah kisah-kisah itu supaya
mereka
berfikir"

Saiyyid Qutb menyebut dalam Fi Zilal al-Quran sebagai mengulas ayat ini:
"Berapa
banyak kita telah lihat orang alim
agama, yang mengetahui hakikat agama Allah kemudian memutar belitkannya.
Menggunakan ilmunya untuk penyelewengan yang dikehendaki. Mengeluarkan fatwa
yang dituntut oleh pemerintah bumi yang tidak kekal. Cuba untuk mengukuhkan
dengannya pemerintah yang melanggari pemerintahan Allah dan laranganNya di
bumi.."

Astora dan seluruh golongan agama telitilah ayat ini serta lihat apa yang
dihuraikan oleh para mufassirin dalam tafsir mereka. Mungkin Astora, seperti
segelintir golongan agama di negara ini yang mempunyai cita-cita tertentu
yang
hendak dicapai melalui nama pengetahuan agama yang dimiliki, namun jangan
lupa
bahawa ketinggian kedudukan `ulama diangkat oleh Allah bukannya manusia.

Kita menyokong kebenaran dan kebaikan dari siapa pun ianya datang, sama ada
pemerintahan atau rakyat biasa, kita menentang kemungkaran dan kezaliman
dari
mana pun ianya datang, sama ada pemerintah ataupun pembangkang. Islam
senantiasa
mendahului pemimpin dan parti.


__________________________________________________________
This email has been sent through 2b at http://www.2b.co.uk


 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: "Temingat Di Belantara" <[EMAIL PROTECTED]>

Navidad.exe

Kirim email ke