Date: Wed, 11 Oct 2000 16:57:47 +0800

www.malaysiakini.com
Oct 12, 2000

Debat pemuda Umno-PAS bulan depan
'Ein Azmi
3.30pm, RABU: Pergerakan Pemuda Umno bercadang mengadakan debat dengan
Pemuda PAS berhubung hak keistimewaan Melayu itu bulan depan.
Menurut Setiausaha Pemuda Umno, Mohd Zulkifli Alwi, pergerakan itu masih
belum menetapkan satu tarikh khusus tetapi ia dijangkakan dijalankan sebelum
bulan puasa, iaitu akhir November depan.
Beliau berkata perbincangan berhubung butir-butir debat akan diteruskan
bersama Setiausaha Pemuda PAS, Idris Ahmad. Beliau akan menjawab surat
Pemuda PAS berhubung debat yang dijalankan "satu lawan satu."
Ketua Dewan Pemuda PAS, Mahfuz Omar telah menghantar sendiri surat
persetujuan untuk debat kedua-dua parti itu di bangunan Umno dua hari lalu.
Dalam surat itu, Mahfuz menyatakan beliau bersedia menerima cabaran berdebat
dan sekali lagi mencadangkan ia diadakan secara terbuka di Dewan Merdeka,
Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC).
Zulkifli menjelaskan Pemuda Umno telah mengambil beberapa ketetapan untuk
meneruskan program itu ekoran desakan Mahfuz.
"Kalau itulah cara untuk menampilkan kebenaran, Pemuda Umno bersedia
mengadakan perdebatan," kata Zulkifli kepada malaysiakini.
Bagaimanapun beliau menegaskan perbincangan itu harus dijalankan secara
tertib dan beradab supaya "tidak menjadi sarkas politik" seperti beberapa
forum yang pernah diwakili oleh kedua-dua parti itu.
Bekas exco Pemuda Umno, Zein Isma didakwa pernah diganggu oleh penonton
setiap kali beliau bangun untuk berdebat dalam satu forum terbuka di
Universiti Kebangsaan Malaysia tahun lalu.
Menteri Penerangan, Tan Sri Khalil Yakob dilaporkan hari ini berkata,
kerajaan tidak mempunyai peruntukan untuk menyiarkan secara langsung acara
sedemikian melalui televisyen.
Sementara Naib Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin menggesa debat itu
dibatalkan kerana disifatkan tidak membawa faedah selain menguntungkan
politik Ketua Pemuda PAS itu.



COUNTERBALANCE.ANYWHERE.ANYTIME.ANYBODY.ANYONE.COM



Do You Yahoo!?
Get Yahoo! Mail - Free email you can access from anywhere!
eGroups Sponsor

------------------------------------------------

ADIL-Net will remain a Free Forum
until further notice.

Disclaimer:
The opinions and views posted are not necessarily that of the
list owner's or ADIL's

--------------------------------------------------

Send a blank e-mail to:
[EMAIL PROTECTED] - to subscribe to the list
[EMAIL PROTECTED] - to unsubscribe from the list
[EMAIL PROTECTED] - to switch your subscription to normal
[EMAIL PROTECTED] - to switch your subscription to digest

ADIL Homepage: http://members.easyspace.com/reformasi/

Kirim email ke