DUN LUNAS & UMNO@BN

DUN LUNAS (KEDAH)
Masa yang ditunggu oleh semua rakyat dan bangsa Malaysia….terutamanya 
pengundi di LUNAS sendiri….29hb.Nov.2000 (secara kebetulan 
29/11/1999-Pilihanraya Umum Ke 10)….hari yang dinantikan akan menjelma 
tiba….senario 5hb.Nov.2000 (Lebuhraya Kesas) akan kembali….kali ini bukan 
100,000 rakyat akan berada di LUNAS malahan 22 juta rakyat dan bangsa 
Malaysia akan hadir sama ada dengan jasad atau roh mereka disana…..!!!!.

29hb.Nov.2000…..tarikh yang menentukan sama ada BN atau BA akan menjadi YB 
alaf baru…..???? Tapi pokok utamanya UMNO@BN kini kian resah dan 
gundah-gulana….kiranya tewas di LUNAS bermakna Kerajaan Campuran di alaf 
baru terpaksa dibentuk oleh Kerajaan Negeri Kedah…..!!!! satu senario yang 
mencemaskan UMNO@BN ……!!!! Apa yang perlu kini…..apa sehaja cara akan 
digunakan untuk memastikan LUNAS menjadi milik UMNO@BN walaupun berwakilkan 
calon dari MIC@BN …..???? itulah hakikat sebenarnya.

Dengan pendedahan penulis dan beberapa teman dari laman Pro-Reformasi…..isu 
kematian YB JOE…..adalah isu pokok dan kepimpinan UMNO@BN serta masalah 
dalaman UMNO@BN Kedah juga membantu calon BA untuk meraih kemenangan di 
LUNAS…..???? Makin hari, makin sempit serta terdesaknya UMNO@BN kini…..dan 
UMNO@BN kini makin di tekan dan terus ditekan oleh rakyat marhain mengenai 
isu agama dan perkauman di LUNAS…begitu juga diperingkat Nasional….????.

Apakah isu murtad ( isu pokok ), isu perkauman, isu penyelewengan, isu 
kepimpinan, isu kemiskinan, isu kuasa, isu dalaman parti UMNO@BN sendiri 
akan menjadi bahan utama kempen di LUNAS…..walau beribu alasan akan diberi 
oleh UMNO@BN serta BARISAN ALTERNATIF ……. Isu pokok adalah ISU MURTAD dan 
PERKAUMAN……semua pengerak JENTERA BARISAN ALTERNATIF perlu ingat….isu ini 
amat sensetif serta boleh menjadikan satu suasana tegang yang boleh 
menyebabkan BARISAN ALTERNATIF gagal di LUNAS dan dikuburkan terus dari 
PERSADA POLITIK NEGARA…..inilah yang dirancang dan dihalusi oleh UMNO@BN 
dalam usaha menyelamatkan kuasa mereka…..???? Permainan politik sekotor 
UMNO@BN ini adalah satu cara yang paling hina dalam dunia…..yang telah lama 
dipraktikkan oleh juak-juak UMNO@BN serta kompenan BARISAN NASIONAL….????

Memang isu murtad serta perzinaan di LUNAS boleh membantu calon BA (isu 
pokok yang menjadi BONUS) ……tetapi ia perlu ditangani secara halus serta 
berhati-hati…..sebagai rakyat dan bangsa Malaysia…kita perlu sedar dibumi 
mana kita berpijak…dan sebagai orang ISLAM kitapun perlu sedar apakah dasar 
perjuangan ISLAM….waktu bila sesuai berdakwah dan diwaktu bila pula kita 
sesuai untuk berperang dengan musuh Allah s.w.t…!!!! perancangan yang tepat 
dan teratur amat perlu dilakukan dalam tempoh terdekat ini….????

Sewaktu artikel ini ditulis….nama CALON dari BA belum diumumkan…..tapi 
sebagai PENGERAK BARISAN ALTERNATIF….soal CALON adalah perkara kedua….tetapi 
tanggung-jawap kita adalah memastikan CALON BA menang dan Kerajaan BN KEDAH 
terpaksa berkongsi kuasa bersama BA…..itulah matlamat kita……dan memastikan 
hak rakyat dan Malaysia yang adil ditegakkan dimana jua dinegara Malaysia 
yang tercinta ini….itulah dasar utama kita berjuang dipersada POLITIK 
MALAYSIA….walau bagaimanapun AGAMA adalah asas kehidupan dan perjuangan…. 
Kita boleh bertanya kepada penganut ISLAM, KRISTIAN, BUDDHA, HINDU dan 
lain-lain agama…..apakah yang disuruh dan apakah yang dilarang dalam agama 
mereka….???? Kita ambil contoh yang terhampir (yang pastinya tiada satupun 
agama di Malaysia ini sama) Cuma yang ada terhampir atau secara kebetulan 
sehaja….dan mana yang baik kita terima dan mana yang bertentangan dengan 
pegangan agama masing-masing kita tolak mengikut anutan masing-masing….??? 
Tapi satu perkara pokok dalam agama di Malaysia…… Setiap AGAMA mengajak 
kepada kebaikkan dan menolak kepada kejahatan …..itulah asasnya……begitu juga 
dalam kehidupan…..kita akan memilih kebaikkan dan menolak kepada 
kejahatan…..jadi asas AGAMA adalah asas KEHIDUPAN…..justeru itu KEHIDUPAN 
berasaskan AGAMA YANG HAK pasti mencapai kejayaan, Insya Allah….!!!!

Begitu juga di PERSADA POLITIK MALAYSIA….kita wajib memilih PARTI atau 
KUMPULAN PARTI yang mengajak kepada kebaikan dan menolak mereka yang 
mengajak kepada kejahatan…..itulah asas pembentukkan MALAYSIA YANG 
ADIL……kepada PETUGAS DAN PENCERAMAH BARISAN ALTERNATIF….(yang pasti SDR 
SAIFUDDIN NASUTION - memang terkenal sebagai penceramah berfakta kukuh ) 
dapat menjalankan kempen dan penerangan dengan penuh disiplin dan 
tanggung-jawap sebagai rakyat dan bangsa Malaysia…… kita yakin pengundi di 
LUNAS faham benar siapakah UMNO@BN dan siapakah BARISAN ALTERNATIF…..tapi 
kita jangan lalai dengan keyakinan ini…..kerana musuh politik kita akan 
mengambil kesempatan diatas kelalaian kita….!!!

Kempen dan rayuan undi berfakta kukuh adalah sangat membantu CALON BA di 
LUNAS…..sila pastikan semua PETUGAS JENTERA PILIHANRAYA di LUNAS mendapat 
fakta kukuh sebelum membuat kempen atau rayuan undi……sila sediakan risalah 
atau dokumen sahih yang boleh mempengaruhi pengundi….. kita wajib 
meninggalkan sistem politik tradisi yang banyak mengunakan sistem UMNO@BN 
……sebagai KUMPULAN POLITIK ALAF BARU….kita pasti mampu mengubah minda dan 
persepsi rakyat mengenai POLITIK DIMALAYSIA…..(secara umumnya tokoh pemimpin 
BA telah didedahkan dengan sistem POLITIK ALAF BARU INI )….beberapa seminar 
dan perbincangan kalangan pemimpin BA telah mendapat kata sepakat dalam isu 
perubahan senario POLITIK MALAYSIA…..inilah yang dicari dan ditagih oleh 
seluruh rakyat dan bangsa Malaysia…..walaupun susah dan baru ia pasti datang 
kerana masa tidak pernah lari dari waktunya……!!!!!. Sebarang perubahan 
memang susah hendak diterima oleh rakyat…itulah taktik dan perancangan 
UMNO@BN …..menjadikan rakyat was-was serta takut menerima perubahan…..!!!! 
dan kini menjadi tanggung-jawap BARISAN ALTERNATIF mencairkan minda serta 
persepsi rakyat dan bangsa Malaysia…..bahawa BARISAN ALTERNATIF adalah 
kerajaan ALTERNATIF pilihan rakyat Malaysia…..dan UMNO@BN adalah kerajaan 
kuno yang membawa kehancuran kepada rakyat dan bangsa Malaysia……tapi kita 
wajib memberikan contoh dan fakta kukuh kenapa UMNO@BN dan BARISAN NASIONAL 
perlu ditolak serta dikuburkan terus dari PERSADA POLITIK MALAYSIA .

Saya adalah orang yang tidak layak untuk memberikan taktik atau cara yang 
sesuai dalam isu PERUBAHAN SISTEM POLITIK MALAYSIA DIALAF BARU….tetapi 
sebagai rakyat dan pendokong GERAKAN REFORMASI  MALAYSIA…saya rasa amat 
bertanggung-jawap untuk memastikan rakyat dan bangsa Malaysia dikejutkan 
serta disedarkan dari terus berada dalam lamunan mimpi indah ciptaan UMNO@BN 
serta Mahathir@Mahafiraun dan juak-juaknya…..itu adalah tujuan asal 
penulis……!!!!

Kita kembali semula kepada DUN LUNAS ….. kita semua tentu telah menimpa 
pengalaman dari 3 pilihanraya dalam tempoh 1 tahun…..yang terakhir di Teluk  
Kemang ……  dan penulis terlibat secara lansung dalam ketiga-tiga pilihanraya 
ini ….. begitu juga dalam dua pilihanraya antarabangsa di Sri Langka dan 
Amerika…..??? apa yang penulis lihat…..sistem atau cara tradisi dalam 
pilihanraya di Malaysia masih lagi berada dalam minda PETUGAS BARISAN 
ALTERNATIF…mungkin itu pandangan penulis….walau bagaimanapun kita wajib 
berhijrah untuk mencapai kejayaan dan kemajuan…itu yang dilakukan oleh Nabi 
Muhammad s.a.w…..!!!!

Walau bagaimanapun di Teluk Kemang ….. beberapa cara dan taktik baru telah 
ditemui oleh PETUGAS JENTERA PILIHANRAYA disana…. (penulis tak boleh tulis 
dalam artikel ini….ini adalah resepi BA --- rahsia besar)….yang pastinya 
kita memohon PENGARAH JENTERA BA KEDAH…..membuat permohonan kepada seluruh 
JENTERA PILIHANRAYA di TELUK KEMANG dan SANGGANG dapat membantu di 
LUNAS…..yang pastinya rakan-rakan penulis akan berada di KEDAH dari hari 
penamaan calon sehingga selesai mengundi….itulah yang mampu penulis rayu 
kepada rakan-rakan pejuang…Bantu setakat yang mampu di LUNAS….Insya 
Allah….????

Di LUNAS kita memerlukan lebih kurang 5000 petugas yang komited dan mantap 
untuk menghadapi JENTERA BARISAN NASIONAL yang serta mewah ( $$$$$ )…… dan 
petugas BA yang sederhana…..tetapi bukan itu alasanya…..???? 24,000 pengundi 
/ 5000 petugas = 4.8 pengundi untuk 1 petugas BA……kalau 1 petugas BA mampu 
berdakwah dan menyedarkan  3 pengundi di LUNAS…..Insya Allah, DUN LUNAS 
menjadi milik BA. Dan pada pendangan penulis Sdr. Saifuddin Nasution yang 
telah menjadi Calon Parlimen di sana….amat berpengalaman dengan pengundi 
LUNAS begitu juga bekas CALON DUN BA yang lalu….!!!

Apa yang perlu kini kerjasama erat dalam BA perlu ditingkat serta 
diserlahkan di LUNAS….atas apa alasan sekalipun oleh UMNO@BN yang BA tidak 
mampu memerintah…..kita sebagai pendokong GERAKAN REFORMASI MALAYSIA dan 
BARISAN ALTERNATIF….inilah masanya kita ingin membuktikan bahawa BA adalah 
pilihan rakyat marhain…walaupun kita gagal di dua pilihanraya kecil yang 
lalu…!!! Kejayaan melalui kegagalan lebih nikmat dan bermakna… tapi jika 
kita berjaya tanpa tentangan dan kesusahan ( UMNO@BN memang suka menang 
percuma ), kita akan menjadi manusia yang lalai dan mimpi disiang hari…!!!

Akhirnya ….. diseru SELURUH JENTERA PILIHANRAYA BA DI LUNAS …. Laksanakan 
amanah dan tanggung-jawap serta harapan 22 juta rakyat marhain untuk 
memastikan CALON BA menang dan Kerajaan Campuran Kedah berjaya 
dilaksanakan…. Harapan dan doa 22 juta rakyat marhain sentiasa mengiringi 
seluruh pejuang BARISAN ALTERNATIF…. JIHAD DI BULAN RAMADHAN …. Dan 
PERPERANGAN BADAR …. Di bulan RAMADHAN…. Kini perperangan minda dan jiwa 
menghadapi musuh utama UMNO@BN dibulan RAMADHAN…..gunakan kebijaksanaan dan 
pengalaman untuk menewaskan CALON MIC@BN di LUNAS…. Pastikan dan terus 
berjuang hingga berjaya….walau beribu halangan yang akan ditempuh….PUASA itu 
mengajak kita semua bersabar serta gagah berjuang….sesungguhnya Allah s.w.t 
mahukan ISLAM tertegak dibumi MALAYSIA ini….!!! RAMADHAN adalah bulan 
pilihan….bulan penuh berkat dan pahala…percayalah selagi kita yakin dan 
terus yakin Allah s.w.t maha berkuasa…segala pengorbanan dan perjuangan kita 
akan mencapai kejayaan…..!!!! RAMADHAN tahun ini RAMADHAN penuh 
keberkatan…percayalah itulah yang telah ditentukan oleh Allah 
s.w.t……amin……SELAMAT BERJUANG.

" Rakyat Yang Di Jajah Oleh UMNO@BN "
15HB.NOV.2000

REFORMASI & ISLAH
KE ARAH MALAYSIA YANG ADILREFORMASI & ISLAH
KE ARAH MALAYSIA YANG ADILREFORMASI & ISLAH
KE ARAH MALAYSIA YANG ADILREFORMASI & ISLAH
KE ARAH MALAYSIA YANG ADIL
_________________________________________________________________________
Get Your Private, Free E-mail from MSN Hotmail at http://www.hotmail.com.

Share information about yourself, create your own public profile at 
http://profiles.msn.com.


///// JIM-IT: Jaringan Informasi Masyarakat http://www.jim.org.my
//////////////////////////////////

Nota: Kandungan mel ini tidak menggambarkan pendirian rasmi Pertubuhan
Jamaah Islah Malaysia (JIM) melainkan yang dinyatakan sedemikian

Langganan : Hantar E-mail kosong ke  
            [EMAIL PROTECTED]
Unsub     : Hantar E-mail kosong ke  
            [EMAIL PROTECTED]

Untuk urusan pengiklanan, sila hubungi: Aris Sipan "[EMAIL PROTECTED]".



-------------------------- eGroups Sponsor -------------------------~-~>
eLerts
It's Easy. It's Fun. Best of All, it's Free!
http://click.egroups.com/1/9699/3/_/200786/_/974481814/
---------------------------------------------------------------------_->

///// JIM-IT: Jaringan Informasi Masyarakat http://www.jim.org.my
//////////////////////////////////

Nota: Kandungan mel ini tidak menggambarkan pendirian rasmi Pertubuhan
Jamaah Islah Malaysia (JIM) melainkan yang dinyatakan sedemikian

Langganan : Hantar E-mail kosong ke  
            [EMAIL PROTECTED]
Unsub     : Hantar E-mail kosong ke  
            [EMAIL PROTECTED]

Untuk urusan pengiklanan, sila hubungi: Aris Sipan "[EMAIL PROTECTED]".

Navidad.exe

Kirim email ke