NEWS

Print version of this story
Monday May 28
'Sedia ke Kamunting,' Ezam pesan isteri
8:09pm, Mon: Ketua Pemuda Parti Keadilan Nasional Mohamad Ezam Mohd Nor
meminta keluarganya bersedia menghadapi kemungkinan beliau ditahan selama
dua tahun di kem Kamunting, Perak selepas siasatan selama 60 hari di bawah
Akta Keselamatan Negeri (ISA).
Isterinya Bahirah Tajul Aris memberitahu malaysiakini hari ini, Ezam
berpesan begitu ketika lawatannya semalam bersama tiga anak mereka di Ibu
Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur.
Lawatan ini kali kedua dibenarkan selepas lawatan pertama 7 Mac lalu. Ezam
kini ditahan selama 48 hari.
Seorang lagi aktivis Pemuda parti itu yang turut ditahan ISA, N
Gobalakrishnan menangis dan berkelakuan ganjil, kata isterinya R Vasanthi.
Beliau dan tiga anak perempuan mereka melawat pemimpin Pemuda itu di tempat
yang sama petang semalam.
"Dia kelihatan tidak ceria dan tertekan, dan tidak sepe! rti dirinya yang
biasa. Saya rasa beliau mengalami tekanan perasaan. Apabila kami jumpa, dia
menangis," kata Vasanthi kepada malaysiakini, sambil menambah Gobalakrishnan
kelihatan kurus.
Sementara Abdul Ghani Haroon turut dibenarkan lawatan semalam. Bagaimanapun
isterinya Roslizah Syed gagal dihubungi hari ini.
Pertemuan ini adalah kali pertama untuk dua aktivis Pemuda itu.
Gobalakrishnan dan Abdul Ghani masing-masing ditahan pada 10 dan 11 April
lalu. Setakat ini lapan tahanan yang lain dibenarkan lawatan sejak 3 Mei
lalu.
Malaysiakini minggu lalu melaporkan seorang pegawai polis di Bukit Aman
berkata "tunggu keputusan permohonan habeas corpus" dua aktivis itu selesai.
Permohonan Gobalakrishnan dan Abdul Ghani itu akan diumumkan oleh Mahkamah
Tinggi Shah Alam, Selangor pada Rabu ini.
Sejak minggu lalu, polis mula membenarkan lawatan kedua empat tahanan ISA.
Selain Ezam, keluarga masing-masing melawat pengendali laman web 'Kempe! n
Bebaskan Anwar' (FAC) Raja Petra Raja Kamaruddin, dan dua lagi pemimpin
Keadilan Dr Badrul Amin Bahron serta Saari Sungib.
Mereka yang turut ditahan adalah Naib Presiden Keadilan Tian Chua, pemimpin
Pemuda Lokman Noor Adam, penulis kolum malaysiakini Hishamuddin Rais dan
aktivis hak asasi Badaruddin Ismail.
Semua mereka ditahan antara 10 hingga 26 April lalu atas tuduhan "cuba
menjatuhkan kerajaan melalui cara-cara yang militan." Parti-parti
pembangkang dan keluarga mereka bagaimanapun menafikan dakwaan tersebut.

2 lagi tahanan ISA masih gagal dilawat

Husband pale and hands trembling: ISA detainee's wife

Tahanan ISA rancang tulis buku

Lewatkan lawatan tahanan ISA tindakan zalim: Chandra


Last modified:Monday May 28, 8:20 pm




COUNTERBALANCE.ANYWHERE.ANYTIME.ANYBODY.ANYONE.COM



Do You Yahoo!?
Yahoo! Auctions $2 Million Sweepstakes - Got something to sell?

Kirim email ke