Title: * TABUNG DERMA untuk sahabat - Kisah Saudara Baru Aishah yg Ingin Kembali Ke Malaysia.

Assalamu'alaikum kepada semua rakan netters Hizbi sekelian (and also my siberian friends), semoga anda semua berada dalam lingkuangan RahmatNya.

Berikut saya kepilkan e-mail dari seorang sahabiah dari Muslimat Net yg meminta saya forwardkan message ini.

Memandangkan kita semua memang takut jika saudara se-Islam kita dimurtadkan, tapi dalam cerita "Aishah" ini agak berlainan sedikit.  Dulu sebelum memeluk agama Islam, Aishah sebenarnya telah cuba memurtadkan saudara kita dalam Islam, iaitu Sdr. Sham.  Instead, bukan Sham yg diKristiankan, tetapi Aishah yg telah diIslamkan... Alhamdulillah, berkat usaha Sham...(Tuan-tuan & Puan-puan sila ikuti kisah selanjutnya dalam message dari rakan muslimat kita, Puan Salwani Ali).

JIKA ADA ANTARA TUAN-TUAN & PUAN-PUAN yg BERMINAT nak sumbangkan derma, untuk pengetahuan, kami di Muslimat Net telah "appoint" seorang Akauntan  untuk menjadi pemegang Amanah tabung ini.  Berikkut saya berikan butir-butirnya:

Nama Pemegang Akaun:    Cik Habibah binti Yahya, Akauntan di Yee Lee Edible Oil S/B
                                        Bank Islam Malaysia Berhad , A/C No 08-013-02-018720-0

Jadi.... sebagai "tukang forward", bagi pihak Muslimat besarlah harapan saya jika ada antara Tuan-tuan & Puan-puan yg bermurah hati untuk menderma bagi membolehkan Aishah berada di dalam kelompok kita, InsyaAllah.  Segala sumbangan tuan-tuan & puan-puan itu saya dahului dengan ucapan jutaan terima kasih.   Untuk pengetahuan, saya hanya bertugas untuk memforwardkan saja message ini, ia adalah satu dari projek Muslimat buat masa ini.  

Jika ada sebarang pertanyaan lanjut, sila hubungi saya personally melalui e-mail ataupun boleh juga diajukan pertanyaan kepada Puan Salwani Ali sendiri.... e-mail address beliau ialah:  [EMAIL PROTECTED] ATAU terus kepada Pemegang Akaun, Cik Habibah sendiri di:  [EMAIL PROTECTED]

Semoga usaha kita ini diberkati oleh Allah s.w.t.  InsyaAllah.

Wassalam

==============================================================

KISAH AISHAH DIISLAMKAN...

-----Original Message-----
From:  "Undisclosed Sender"
Sent: 16 December, 1999 3:50 PM
To: 'Nor'ain Eusoff'
Subject: FW: H-Muslimat-Net* TABUNG DERMA untuk sahabat


Ain, boleh tak tolong forward ke hizbi net?  Tujuan kita hanya nak membantu muallaf berhijrah ke
negara Islam.



-----Original Message-----
From:   SALWANI ALI
Sent:   16 December 1999 15:29
Cc:     [EMAIL PROTECTED]; <mailto:[EMAIL PROTECTED];>  'aishah'
Subject:        RE: H-Muslimat-Net* TABUNG DERMA untuk sahabat

Sis Aishah ini adalah rakyat Kanada.  Suaminya bernama Shamalisham Sulaiman.
Kedua-duanya berusia 31 tahun.  Sebelum berkahwin dnegan Sham, Aishah sudah
mempunyai 2 orang anak dengan suami terdahulu.  Tujuan dia berkawan dengan
Sham pada mulanya ialah untuk mengkristiankan dia, tetapi perkara sebaliknya
terjadi bila dia tak nampak satupun kecacatan pada Islam.  Dia sekarang
sedang mendalami Islam melalui kuliah-kuliah yang diadakan ditempatnya,
Sarnia, Ontario, Kanada.

Aishah dari keluarga yang kurang care.  Ibu-bapanya tidak pernah melawat
beliau begitu juga adik-beradiknya yang lain.  Bukan sebab dia Islam, tetapi
memang keluarganya bukan jenis caring.

Aishah sekarang sudah mempunyai 6 orang anak termasuk anak terdahulu.
Anaknya yang sulung Adam 14 tahun menjadi imam bagi remaja di tempatnya.
Kedua Maryam.  Yasmin adalah anak sulung Sham.  Diikuti Najmi, Taslim dan
terbaru dah lupa namanya, lahir minggu lepas.  Kak Wani masih simpan gambar
mereka anak-beranak kecuali Sham.

Suaminya kebetulannya adalah junior kak wani di Teknik Terengganu.  Beliau
mendapat pinjaman JPA untuk melanjutkan pelajaran ke Kanada.  Batch-mate
Shafinaz Saad.  Beliau fly kalau tak silap 1991.  Selepas dua tahun kena
pindah U, macam kita kat ITM le agaknya.  Di U baru beliau tak dapat
transfer kredit sebab tak cukup dan tak memenuhi syarat U baru tersebut.
Beliau terpaksa tukar kursus dari Civil Engineering kepada Mining
Engineering.  Of course terpaksa mula dari awal.  Kerana dah lebih tempoh,
JPA telah menamatkan pinjaman.  Beliau belajar dengan dibantu oleh Aishah.
Setelah tamat pengajian dalam tahun 1997, sekali lagi JPA enggan memberikan
tiket pulang (mungkin kerana keluarganya yang besar)[EMAIL PROTECTED]

Sham tidak mendapat pekerjaan yang sesuai dengan ijazahnya kerana
diskriminasi. Namanya pelik bagi orang Canada untuk menjadi seorang
eksekutif, agamanya juga pelik.  Lainlah kalau dia penghijrah yang dah punya
pengalaman bertahun-tahun bekerja.  Beliau bekerja di departmental store.
Dengan anak 6 orang, tentulah gaji tersebut tidak mencukupi.  Aishah cuba
bekerja, tapi beliau terpaksa membuka tudung jika ingin bekerja.  Sesuatu
yang dia tak suka.  Beberapa kali dia bekerja dan berhenti kerana rasa
bersalah.  Akhirnya dia membuat perniagaan menjual jubah.  Keuntungan cukup
untuk menampung perbelanjaan harian.  Oleh kerana mereka berada di bawah
paras kemiskinan, mereka menyewa di rumah kerajaan dengan kadar 30% dari
pendapatan.

Komuniti Islam di tempatnya kurang memberikan perhatian.  Mereka
kebanyakannya berpuak-puak.  Arab dengan Arab dan Pakistan dengan Pakistan.
Di sana tak ada keluarga Melayu kecuali pelajar.

Aishah terlalu ingin pulang ke Malaysia.  Dia ingin dilingkungi keluarga dan
orang Islam.  Dia risau untuk membesarkan anak-anak dalam komuniti yang
bukan Islam.  Dia ingin mempelajari Islam betul-betul.  Dia tahu kebanyakan
cerita dari sini.  Masa election sibuk dia tanya kak wani pasal election,
keputusan dsb.  Dia turut memberikan komen yang kelakar as if dia ni memang
one of us - orang Melayu.

Beberapa orang dari kami sudahpun menghantar pakaian raya untuk anak beliau.
Ada yang masih belum dipos.  Next week Faridah akan poskan tudung, Ain akan
poskan baju Adam.

Kami cuba bertanya pada Baitul Mal Selangor dan Wilayah.  Kedua-duanya
memberikan jawapan hanya untuk anak negeri mereka saja.  NEXT TIME JANGAN
BAYAR ZAKAT KAT WILAYAH - BAYAR KAT NEGERI KITA SENDIRI. Kami minta kakak
Sham meminta dari Baitul Mal Kelantan atau dari ADUN Bunut Payung atau dari
MP Kota Bharu, tapi beliau malu.  Dalamasa dua tahun keluarga mereka telah
berjaya mengumpulkan >RM10K.  Mereka memerlukan 6000 wang Kanada untuk
tambang kapal terbang.  Tahun lepas C6000 = RM13,500, tapi sekarang selepas
pilihanraya, kadar tu dah naik.

Jika kita membantu mereka kita sebenarnya membantu seorang muallaf untuk
berhijrah ke negara Islam.  Kita seperti Ansar yang membantu penghijrahan
Muhajirin.  Tidakkah kita tergerak untuk turut serta?  Mahukah kita melihat
mereka kembali kepada agama asal?  Mahukah kita melihat anak kepada
Shamalisham membesar dalam budaya hidup orang-orang kafir?  Dia saudara
kita, saudara seislam kita, dia melayu macam kita, tapi kerana tiada usaha
kita untuk membawa mereka ke sini, mereka akan terus dibuli disana.

Bersedekahlah - kerana sedekah itu membersihkan harta.  Bagi orang sekitar
Kajang dan Bangi yang nak menderma boleh bagi personally pada kak wani,
nanti kak wani akan masukkan sekali semuanya ke akaun Bib. 

=======================================================        
Pesanan Peribadi Dari Pemegang Akaun,
CIK HABIBAH YAHYA
ACCOUNTS EXECUTIVE, YEE LEE EDIBLE OILS SDN BHD
               
               
"Hati yang beriman dan bertaqwa serta akal
berisi ilmu dan pengetahuan
 terpancar diwajahnya kejernihan dan cahaya
 Barangsiapa melihat wajahnya,
   akan terbongkar rasa berTuhan"
               
>  Laman Muslimat Net di
http://members.tripod.com/~muslimatnet/
<http://members.tripod.com/~muslimatnet/>
                >

Kirim email ke