Assalamu'alaikum semua...
 
MAKLUMAT DARI ASTROMAX ( malam tadi : 10 malam )
 
Berita terkini untuk semua pelabur baru dan bakal pelabur. Kepada yang berada dalam akaun CZA sehingga ke generasi ke-4, anda
semua dijanjikan permulaan pulangan anda semua 10%. Para Pelabur baru yang hendak memulakan pelaburan, disarankan untuk
mendaftar sebelum 1-7-2001 bagi menikmati pulangan sedemikian. Bermula pada 1-7-2001, kemungkinan 4% sahaja sebagai permulaan.
 
Apa yang perlu anda buat ?
 
    a. Telah menerima maklumat mengenai astromax
    b. Menghadiri seminar astromax
    c. Bertanya kepada yang 'arif
    d. Jika perlu, checklah dengan ROC.
    e. perlu ada dana untuk melabur.
    f. Consult dengan Marketing Executive Astromax.
    g. Bincangkan pelan pelaburan anda.
    h. Jika semuanya ok, isi borang dan follow arahan dr. astromax
    i. Jika nak addtional income, teruskan usaha anda....
 
Di sini, risk and money management adalah hak astromax. Disarankan kepada pelabur dan bakal pelabur yang kurang pandai dalam
bidang pelaburan ini agar sentiasa mengikuti perkembangan dari semasa ke semasa. Hadirilah seminar yang dianjurkan di samping
memaklumkan kepada kenalan dan taulan. Dari seminar biasanya ada berita terkini yang astromax ingin sampaikan.
 
MELABURLAH DENGAN ASTROMAX, SEKURANG-KURANGNYA, KITA MEMULAKAN PERANCANGAN MASA DEPAN YANG
LEBIH BAIK. SAYA BUKANLAH ORANG YANG BOLEH MELETAKKAN JAMINAN 100% BAHAWA DENGAN MELABUR DI
ASTROMAX, ANDA SEMUA AKAN MENIKMATI PULANGAN SEBEGINI. CUMA, BERSANDARKAN KEPADA FAKTOR-FAKTOR
YANG KUKUH SEPERTI PROFILE SYRT., TRACK-RECORD, SISTEM DAN BEBERAPA FAKTOR YANG MENJURUS KEPADA
'MORE FEASIBLE" YANG BOLEH DILETAKKAN SEBAGAI LEBIH 99.9% OK SELAGI TIDAK ADA SABOTAJ DARI MANA-MANA
PIHAK.
 
Sekian. wassalam.
 
 
    Jika anda berada di KL, singgahlah ke
   
    ASTROMAX SDN BHD ( 409361-T)
    Suite 33B, Level 33, Menara Maxis, KLCC, Jalan Ampang, KL.
    Seminar penerangan seluruh Malaysia.
 
    PJ Hilton, 15-5-2001, 8 malam
    Hotel Sri Morib, 22-5-2001, malam
 
    Pertanyaan call astromax sendiri di 03-21687222.
   
Ikhlas dari,
 
Adnan Bin Mohamed Nor
H/P: 019-3524526 ( 24hours )

Email:[EMAIL PROTECTED]
----- Original Message -----
Sent: Wednesday, June 13, 2001 4:08 PM
Subject: Sudahkah Contigency Plan dalam kegawatan ekonomi sekarang ni?

Assalamu'alaikum semua...
   
    Nampaknya, ramai juga yang berminat untuk mengetahui pelaburan di Astromax ni. Penat juga tangan nak menjawab
panggilan dari pelbagai pihak untuk mendapatkan penjelasan yang lebih lanjut. Terima kasih.
 
    Sebelum itu, saya ingin memaklumkan bahawa saya tidak berhak untuk mengeluarkan sebarang kenyataan bagi pihak
syarikat ASTROMAX dan diharapkan tuan/puan semua dapatlah agar terus menghubungi nama-nama berikut untuk
pertanyaan yang lebih terperinci.
 
    Marketing Executive :    
 
        1. En Rizal -  019-3102745
        2. Cik Siti Nurain - 016-3686570
 
    APAKAH YANG SAYA KENALI DI ASTROMAX
 
    Sebagai asasnya, astromax menjalankan perdagangan antarabangsa menggunakan sistem "Trading Unit" di mana ianya
amatlah berbeza jika dibandingkan dengan "Open-Brokerage-System" yang meliputi lebih 80% syarikat. Begitu banyak
syarikat yang bergiat cergas dalam pasaran komoditi ini. Dengan permulaan yang berani pada tahun 1996, astromax
dilihat agak berjaya dengan kemampuan para pedagangnya yang mampu memberikan pulangan seperti yang dijanjikan.
Akaun CMN ini bermula dengan agak perlahan dengan mensasarkan pulangan sekitar 3.5%. Pelabur yang masuk pun
masih ragu-ragu memandangkan usia astromax yang baru setahun jagung. Sukar untuk membuktikan tanpa sebarang
track-record yang baik serta pengalaman yang agak baru.
 
    Dengan kegigihan dan komitment semua pihak, astromax mula mengorak-langkah dan hasilnya cukup memberangsangkan.
TIDAK PERNAH MUNGKIR semenjak mula berdagangan sehingga sekarang.ini tetap memberikan pulangan yang begitu
baik sekali. Jelas Trading Unit System memberikan lebih keyakinan kepada setiap pelabur. Mereka yang terawal sudah
tentunya tersenyum di kala ini di mana dikalangan mereka ada yang bergelar "Millionaire" ( Namanya dirahsiakan ). Sukar
sekali untuk menerima kenyataan ini. Wow! Hebat...Sekim Cepat Kaya ke ni? .....
 
    Sistem trading memerlukan sokongan pelabur itu sendiri dan bersama pedagang bagi memantapkan lagi DANA yang dibentuk.
Dengan berteraskan beberapa DANA yang bernilai RM160,000.00 setiap satu akaun, amatlah agak sukar untuk akaun tersebut
goyang. Dimaklumkan bahawa astromax mensasarkan seramai +/- 200 orang traders akan dilahirkan dari pelabur itu sendiri.
Mereka-mereka ini lebih cepat bergelar millionaire dari pelabur itu sendiri memandangkan setiap dagangan pastinya melibatkan
wang pedagang itu sendiri. Jadi, pedagang pastinya sedaya upaya bagi memberikan pulangan yang baik bukan sahaja untuk dirinya
malah untuk pelabur itu sendiri. Percaya atau tidak - kita tetap buat profit pada harga jatuh. SO,  tak adalah masa untuk rugi.
 
    Itu yang saya faham. Jadi, bertambah yakinlah saya. Kemudian diceritakan lagi bahawa syarikat pernah berikan pulangan 110%
pada bulan Feb 2000 kepada salah satu a/c yang besar dananya dan average dia orang enjoy 40 - 60 % return monthly. Wow!
very impressive. Duit tak ada ni. hutang pun keliling pinggang. Mana nak gagau. kereta tengah hutang, rumah masih hutang dan
senang kata..."LUBUK HUTANG". Terfikir dalam hati, kenapalah astromax tak diwujudkan pada masa aku bujang lagi???????
Nak pinjam dengan bank, bank kata "Hutang lama kasi langsailah dulu". Mahu tak mahu saya hanya ada satu pilihan iaitu loan
semula rumah ( Re-Financing ). Congak-congak, dapatlah sikit untuk mulakan. Tapi belum mula lagi....
 
    Dari hari itu, saya mulakan berkempen kepada kekawan yang dikira rapatlah malah diaorang ini boleh dianggap pakar jugak dalam
pasaran saham ( BSKL ) dan pengurusan. Setelah dua tiga kali pergi seminar, akhirnya dengan langkah Hang Tuah, saya membuka
langkah dengan harapan agar "SEJARAH YANG BAIK AKAN MEMBERIKAN LEBIH KECEMERLANGAN". Bayangkanlah
sekiranya saya gagal...akibatnya begitu teruk sekali. Air dah sampai ke paras hidup. Mungkin tak mampu nak bernafas lagi. Alhamdulillah,
penelitian selama ini begitu bererti sekali dan saya sahkan bahawa ASTROMAX PASTINYA AKAN MENGUBAH TAHAP EKONOMI
ANDA SEMUA KE PERINGKAT YANG DIINGINKAN.
 
    Astromax tidak meletakkan cop GURANTEED kepada pelabur cuma mereka berjanji bahawa setiap sen yang dilaburkan tidak pernah
dipersiakan begitu sahaja. TIADA PAKSAAN. Jika tuan/puan mahu, melaburlah. Saya dimaklumkan bahawa pemegang akaun korporat
( RM500K ) dijamin oleh astromax pulangannya. ( Berapa? tak tanya sebab nak cari RM5K pun payah...). Saya dapati ramai dikalangan
pelabur sebelum ini telah terjerumus dalam SEKIM CEPAT KAYA dan lingkup berpuluh-puluh ribu. Kesalnya mereka sampai sekarang
ini. Apatah tidak, indah khabar dari rupa. Ingatkan nak baiki taraf hidup, tak sangka telah tertipu dengan sindiket sebegini. AWAS!!!!!!
 
    Saya yakin bahawa astromax boleh memberikan tuan/puan semua satu sumber ekonomi yang baik tamabahan sekarang ini keadaan
ekonomi negara yang agak terumbang ambing. Dengar-dengarlah seminar yang dibawakan oleh astromax atau jika ada kekawan yang
sudah melabur tu, tanyalah dia. Saya yakin bahawa so far, tak ada pelabur dalam sistem trading ini merungut kerugian tapi merungut
kerana menerima pulangan lebih dari yang dijanjikan. Untuk bakal pelabur, astromax akan berikan 4% sahaja atas nasihat BNM bagi
menjaga kepentingan Bank-bank di Malaysia. Walaupun begitu, pelabur akaun baru telah diberikan 10% baru-baru ini. WOW!!!!
 
    Kita yang tahu hendaklah disampaikan kepada mereka yang tahu dan yang tidak tahu. Agar yang salah diperbetulkan dan yang kusut,
diluruskan atau yang tiada, diadakan. Dan, yang kurang, ditambahkan ilmunya. Begitulah apa yang saya dapat ceritakan apa yang saya
tahu mengenai astromax ( Baru sahaja berkenalan ). Untuk detailnya, cubalah call H/P marketing executive astromax seperti di atas.
 
    Jika anda berada di KL, singgahlah ke
   
    ASTROMAX SDN BHD ( 409361-T)
    Suite 33B, Level 33, Menara Maxis, KLCC, Jalan Ampang, KL.
    Seminar penerangan seluruh Malaysia.
 
    PJ Hilton, 15-5-2001, 8 malam
    Hotel Sri Morib, 22-5-2001, malam
 
    Pertanyaan call astromax sendiri di 03-21687222.
   
Adnan Bin Mohamed Nor
Senior Programmer (IS Section)
Plannning Department
NEC Semiconductors (M) Sdn Bhd
KM 15, Jalan Banting, FIZ
42500 Telok Panglima Garang
Kuala Langat, Selangor DE, Malaysia.
Tel: (603)-3526023  Ext. 6330
Fax:(603)-3527048
H/P: 019-3524526 ( 24hours )
Email:[EMAIL PROTECTED]

 

Kirim email ke