Diceritakan oleh Datuk Ustaz Haji Ismail Kamus.
Bahrulmazi Travel and Tours Sdn.Bhd.

 Memang menjadi kebiasaan ramai jemaah haji dari Malaysia yang mengenali
saya bertanyakan
sesuatu perkara terutama hal agama semasa berada di tanah suci.Misalnya
jika jemaah ada
menghadapi masalah berkaitan soal-soal rukun haji atau fardu ain serta
kekeliruan dalam beribadat
saya akan memberikan khidmat nasihat seperti diminta.Bagaimanapun ada
juga
jemaah yang bertanyakan tentang peristiwa pelik yang berlaku terhadap
mereka.Demikianlah yang
berlaku dengan seorang  jemaah wanita dari Malaysia semasa saya
mengerjakan fardu haji pada tahun 1993.

 Pada suatu hari seorang jemaah haji wanita, biar saya namakannya
Fatimah, datang menemui saya
untuk menceritakan peristiwa aneh yang dialaminya semasa berada
diMakkah. "Pelik ustaz.Memang
pelik.Tak pernah saya alami kejadian sepelik ini dalam hidup saya,"
cerita
 Fatimah dalam keadaan gugup dan terkejut.Wajahnya lembut dan bersih
tanda banyak beribadat
dan solat.

 "Bertenang, beristighfar banyak-banyak," kata saya meminta Fatimah
bersabar dalam menghadapi
dugaan semasa berada di tanah suci.Selepas melihat dia mula bertenang
saya memintanya
menceritakan kejadian yang pelik menimpanya semasa berada di tanah suci.

 "Sekarang cerita.Apa kejadian pelik yang awak tengok...?" tanya saya
pula apabila melihat
wajahnya berkerut memikirkan masalahnya. Fatimah menceritakan bahawa
pada suatu hari, dia pergi
bersama-sama rakan jemaah untuk bersembahyang di Masjidilharam.
Mula-mula Fatimah mengambil
air zamzam dari telaga di Masjidilharam bersama-sama jemaah lain
sementara menanti waktu solat
Zuhur yang hampir masuk.

 Memang telah menjadi kelaziman Fatimah dan rakan-rakan mengambil air
dari telaga zamzam untuk
dibawa pulang ke tanah air kelak.Air zamzam yang diambil dari telaga di
Masjidilharam itu
kemudiannya akan dituang ke dalam tong besar di hotel penginapan.
Selepas itu mereka isikan dalam
bekas dan botol-botol yang lebih kecil supaya mudah dibawa pulang
ke Malaysia. Ini kerana Fatimah menganggap air yang diambil sendiri di
telaga zamzam berbanding
air zamzam di paip di
luar lingkungan Masjidilharam lebih suci dan asli.

Bagaimanapun pada hari itu selepas mengambil air zamzam, tiba-tiba
Fatimah rasa berada dalam
keadaan uzur kerana haid.Ini menyedihkannya kerana jangkaan haidnya
masih lambat lagi. Justeru
Fatimah cepat-cepat keluar dari kawasan Masjidilharam meninggalkan
rakan-rakan kerana haram
bagi wanita uzur memasuki masjid.Sambil melangkah keluar membawa air
zamzam, dia rasa kecewa kerana hasrat untuk bersembahyang di
Masjidilharam tidak tercapai
sedangkan itulah yang
diidam-idamkan oleh para jemaah.Walaupun semangat Fatimah berkobar-kobar
untuk beribadat
tetapi dia terpaksa akur kerana masalah keuzuran.

 "Mungkin lain kali boleh sembahyang lagi di Masjidilharam," katanya
sambil memujuk hatinya yang
kecewa. Sambil berjalan dia berdoa supaya haidnya habis sebelum kembali
ke Malaysia supaya
hasratnya untuk menunaikan solat di Masjidilharam tercapai.Fatimah
menyambung, katanya apabila
sampai di hotel penginapannya, dia meletakkan botol air zamzamnya itu di

hujung penjuru bilik  menghala ke arah Masjidilharam.Dia merehatkan
badannya dan memujuk hati
yang kecewa. Insya-Allah  ada rezeki aku, katanya dalam hati.  Seketika
kemudian sayup-sayup azan
fardu Zuhur berkumandang dilaungkan  muazin Masjidilharam.

Lembut dan menginsafkan.Apabila mendengar suara azan, Fatimah rasa
semakin  sayu kerana hasrat  untuk beribadat tergendala kerana
keuzurannya.Tidak lama
selepas itu qamat  dilaungkan. Lalu dia  terbayang alangkah seronoknya
kalau ketika itu dia juga
sedang berada  bersama-sama kawan-kawan  dan para jemaah lain di dalam
Masjidilharam. Tentu
ketika itu mereka sedang  berdiri untuk  memulakan solat.Tapi apakan
daya, sekarang dia berada
di dalam bilik dan  tidak boleh pula  mengerjakan
solat....."Allahhuakbar." Imam memulakan solat.
Makin sayu  Fatimah mendengarnya.

Sewaktu sedang mengelamun itu, tiba-tiba dia melihat tong air zamzam
hampir  setinggi lutut
dan sebesar badannya bergerak-gerak.Dan apabila imam rukuk, dengan
perlahan-lahan tong
tersebut  melentur sehingga menjadi bentuk seperti orang yang sedang
rukuk  juga.Apabila
jemaah sujud, tong  itu juga turut sujud sehingga penutupnya mencecah
simen.Kemudian ia duduk
antara dua sujud dan  kembali berdiri apabila jemaah membaca
fatihah.Begitulah perlakuan tong
air  zamzam itu sehingga  selesai jemaah bersembahyang di Masjidilharam.
Anehnya selepas jemaah
habis  bersembahyang, tong  air zamzam itu berhenti serta-merta
bersolat.Bagaimanapun air di dalam
tong  berkenaan tidak  tumpah atau meleleh sedikit pun. Badan tong yang
sebentar tadi sujud dan
rukuk tidak menunjukkan  apa-apa perubahan fizikal seperti kemik atau
melentur.

 "Betul ustaz! Saya tengok sendiri tong zamzam bersembahyang.Apabila
orang  bersembahyang di
 Masjidilharam tong itu pun bertakbir Allahhuakbar. Apabila orang
rukuk,tong  air zamzam turut
 rukuk.Apabila orang sujud, tong air zamzam turut sujud seterusnya
memberi  salam," katanya
dengan bersungguh-sungguh.  Lalu Fatimah bertanya kepada saya: "Adakah
tong zamzam itu
bersembahyang  menggantikan tempat  saya yang tak boleh bersembahyang
ustaz..?"

Saya hanya menjawab, "Wallahualambissawab. Ambillah ia sebagai
iktibar.Itulah tanda kebesaran
Allah dan besarnya pahala bersolat.Itulah Makkah, penuh dengan
macam-macam  benda pelik.
Ingatlah, Allah jadikan sesuatu itu supaya manusia berfikir."

Selepas mendengar penjelasan saya yang ringkas itu, Fatimah kembali ke
biliknya. Walaupun saya
tidak dapat memberikan jawapan sebenar bagi pertanyaan Fatimah yang
dianggap  sungguh pelik yang
terjadi terhadapnya semasa berada di tanah suci tetapi bagi saya,
hasrat  murni Fatimah untuk
beribadat sebenarnya dimakbulkan Allah. Keperibadian Fatimah yang
sentiasa  mengutamakan solat
menyebabkan Allah memberikan petunjuk kepadanya sehingga tong zamzam
sanggup  bersolat
menggantikan tempatnya walaupun dia berada dalam keuzuran.

Segala sesuatu pasti terjadi atas kehendak-Nya jika makhluk sentiasa
taat  kepada perintah Allah.
Jika Allah berfirman KUNFAYAKUN (Jadi,maka jadilah) maka segala sesuatu
terjadi dengan
sendirinya walaupun sesuatu perkara itu dianggap pelik dan aneh dari
segi  pemikiran logik
manusia biasa.
Daripada Aisyah r.a katanya Rasulullah s.a.w bersabda:

Adalah Rasulullah bercakap-cakap dengan kami dan kami pun bercakap-cakap
dengan baginda.
Apabila sampai waktu sembahyang seolah-olah baginda tidak mengenal kami
dan  kami pun tidak
mengenal baginda, kerana jiwa kami hanya tertumpu kepada keagungan
Allah.

 Dan Allah berfirman:

"Berdoalah kamu kepada-Ku nescaya Aku perkenankan doa permohonan kamu.

Sesungguhnya orang yang  sombong takbur daripada beribadat dan berdoa
kepada-Ku akan masuk
neraka jahanam dalam keadaan  yang hina."......Surah al-Mu'min 40:60.
begin:vcard 
n:Abu Bakar;Sheriha 
tel;fax:03-2654132
tel;work:03-21654174
x-mozilla-html:FALSE
org:Affin Bank Bhd
adr:;;;;;;
version:2.1
email;internet:[EMAIL PROTECTED]
title:IT Corporate Systems Unit
x-mozilla-cpt:;-29040
fn:Sheriha  Abu Bakar
end:vcard

S/MIME Cryptographic Signature



begin:vcard 
n:ABDUL WAHID;MOHD KUSHAIRY 
tel;cell:018 - 6828060
tel;fax:03-2055 4139 / 2055 4143
tel;work:RENTAS SECTION (03 - 2017131 / 03-20559781)
x-mozilla-html:FALSE
adr:;;;;;;
version:2.1
email;internet:[EMAIL PROTECTED]
end:vcard

S/MIME Cryptographic Signature



Kirim email ke