-------------------------- eGroups Sponsor -------------------------~-~>
Create your business web site your way now at Bigstep.com.
It's the fast, easy way to get online, to promote your business,
and to sell your products and services. Try Bigstep.com now.
http://click.egroups.com/1/9183/2/_/472499/_/973237709/
---------------------------------------------------------------------_->

From: "Jamaluddin Yahya, Implementation Dept. - GPDH" 
<[EMAIL PROTECTED]>

PERKARA-PERKARA YANG MEROSAK IMAN

Perkara akidah adalah perkara yang amat penting serta
sungguh sensitif dalam agama Islam. Ia tidak boleh
dipersenda atau dipermain-mainkan sama ada dengan
hati, perkataan mahupun perbuatan. Tidak diragukan
lagi
bahawa mempersenda atau mempermain-mainkan perkara
agama adalah satu dosa dan boleh membawa terkeluar
daripada agama Islam iaitu Riddah, andainya tidak
bertaubat.

Dalam Islam tidak ada dosa yang paling besar selain
dosa mempersekutukan Allah Subhanahu Wataala. Allah
berfirman dalam tafsirnya, "Sesungguhnya Allah tidak
akan mengampunkan dosa syirik mempersekutukan-Nya
(dengan sesuatu apa jua), dan akan mengampunkan 
dosa yang lain dari itu bagi sesiapa yang
dikehendaki-Nya (menurut aturan syariat-Nya). Dan
sesiapa yang mempersekutukan Allah (dengan sesuatu
yang lain), maka sesungguhnya dia telah melakukan dosa
yang besar." 
(Surah An-Nisa'a ayat 48)

Allah berfirman lagi tafsirnya,
"Dan (ingatlah) tatkala Luqman berkata kepada anaknya,
semasa dia
memberi nasihat kepadanya, 'Wahai anak kesayanganku,
janganlah engkau
mempersekutukan Allah (dengan sesuatu yang lain)
sesungguhnya perbuatan
syirik itu adalah satu kezaliman yang besar'." 
(Surah Luqman ayat 13)

Dalam sebuah hadis qudsi pula diriwayatkan daripada
Anas bin Malik
Radiallahuanhuma berkata, "Aku mendengar Rasulullah
Sallallahu Alaihi
Wasallam bersabda, 'Allah Taala berfirman yang
maksudnya, Wahai anak
Adam! Sesungguhnya selama engkau berdoa dan berharap
kepada-Ku, Aku 
akan
mengampuni bagimu di atas dosa yang ada padamu dan Aku
tiada peduli
wahai anak Adam! Walau telah sampai dosamu ke awan
langit, kemudian
engkau memohon keampunan-Ku, nescaya Aku ampuni
bagimu. Dan Aku tiada
peduli wahai anak Adam! Sesungguhnya jika engkau
datang kepada-Ku 
dengan
kesalahan-kesalahan sepenuh bumi, kemudian itu engkau
menemui Aku
padahal engkau tiada mempersekutukan Aku dengan
sesuatu pun, nescaya 
Aku
berikan kepadamu keampunan dengan sepenuh bumi'."
(Hadis riwayat Tirmidzi).

Hadis qudsi ini menerangkan bahawa banyak manapun dosa
dan kesalahan
yang dilakukan oleh anak Adam, semuanya itu di akhirat
kelak ada 
harapan
untuk mendapat keampunan Allah selama mana dia tidak
melakukan dosa
mempersekutukan Allah. Ini menunjukkan rahmat dan
belas kasihan Allah
kepada orang-orang yang melakukan dosa, asalkan bukan
dosa
mempersekutukan-Nya. 

Adapun balasan bagi orang yang kufur atau yang
mempersekutukan Allah
atau yang menyembah selain daripada Allah, firman
Allah dalam 
tafsirnya,
"Sesungguhnya orang-orang yang kafir, lalu mati sedang
mereka tetap
kafir, maka tidak sekali-kali akan diterima dari
seseorang di antara
mereka, (emas sepenuh bumi) walaupun dia menebus
dirinya dengan (emas
yang sebanyak) itu.  Mereka itu akan mendapat azab
seksa yang tidak
terperi sakitnya, dan mereka pula tidak akan beroleh
seorang penolong
pun." 
(Surah Ali 'Imran ayat 91)

Adalah menjadi kewajipan ke atas setiap orang Islam
lelaki dan 
perempuan
menjaga dan memelihara keislamannya daripada sebarang
perkara yang 
boleh
menjadikannya rosak dan terbatal. Apabila seorang
Islam membatalkan dan
merosakkan keislamannya maka dia adalah melakukan
riddah atau murtad.

Dari segi syarak, riddah bermaksud memutuskan
keislaman dengan niat
kufur atau perkataan kufur atau perbuatan kufur sama
ada dengan
penghinaan atau pengingkaran atau beriktikad kufur.
Apabila seseorang telah murtad, maka hapuslah segala
amal ibadat yang
dilakukannya sebelum dia murtad sekiranya riddahnya
itu berterusan
hingga ke akhir hayatnya.

Adakah wajib membuat semula ibadat yang terhapus itu
apabila dia 
kembali
kepada Islam semula? Menurut mazhab kita Asy-Syafi'e
Radiallahuanhu,
tidaklah wajib, akan tetapi menurut Imam Abu Hanifah
Radiallahuanhu,
wajib dibuat semula ibadat yang telah dilakukannya
sebelum berlakunya
riddah itu. Pendapat Asy-Syafi'e dan pendapat Imam Abu
Hanifah hanya
bersepakat mengatakan bahawa pahala amal ibadat orang
yang murtad
sebelum dia murtad akan hapus dan hilang apabila
berlaku saja riddah. 

Firman Allah Taala dalam tafsirnya, 
"Dan sesiapa di antara kamu yang murtad (berpaling
tadah) dari agamanya
(agama Islam), lalu dia mati sedang dia tetap kafir,
maka orang-orang
yang sedemikian, rosak binasalah amal usahanya (yang
baik) di dunia dan
di akhirat, dan mereka itulah ahli neraka, kekal
mereka di dalamnya
(selama-lamanya)." 
(Surah Al-Baqarah ayat 217)

Riddah itu terbahagi kepada tiga kategori iaitu :-
1)      Riddah dengan hati;
2)      Riddah dengan perbuatan; dan
3)      Riddah dengan perkataan.

Setiap kategori tersebut mempunyai cabang-cabangnya
yang banyak.

RIDDAH DENGAN HATI
Di antara kategori riddah yang dilakukan dengan hati
ialah,
1)      Tidak mengakui bahawa tidak ada Tuhan yang berhak
disembah melainkan
Allah, atau mengakui ada sekutu bagi Allah pada
zat-Nya seperti
beriktikad bahawa ada Tuhan selain daripada Allah atau
pada sifat-Nya
seperti beriktikad bahawa ada kuasa yang sebanding
dengan kuasa Allah,
atau syak tentang kewujudan Allah Subhanahu Wataala,
atau beriktikad
bahawa Allah tiada bersifat dengan satu sifat yang
wajib bagi Allah
bersifat dengannya dengan ijmak umat Islam seperti
ilmu Allah dan 
kudrat
Allah, atau mensabitkan sesuatu sifat kepada Allah
padahal Allah suci
daripada sifat itu seperti berjisim, berwarna dan
bertempat;

2)      Tidak mengakui atau syak kewujudan
malaikat-malaikat dan segala
urusan yang diserahkan Allah kepada mereka;

3)      Tidak mengakui atau syak tentang kebenaran
kitab-kitab yang telah
diturunkan Allah kepada rasul-rasul-Nya termasuk kitab
Al-Quran yang
diturunkan kepada Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi
Wasallam, atau tidak
meng-akui atau syak bahawa Al-Quran itu Kalamullah,
terpelihara 
daripada
tambahan dan kekurangan sama ada satu ayat atau satu
huruf yang telah
ijmak umat Islam padanya;

4)      Tidak mengakui atau syak tentang kerasulan
rasul-rasul Allah
Alaihimussalam yang disebut nama-nama mereka di dalam
Al-Quran atau
kerasulan Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam
atau beriktikad 
harus
ada nabi lagi selepas Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi
Wasallam;

5)      Tidak mengakui atau syak berlakunya Hari Kiamat dan
yang 
bersangkutan
dengannya daripada soal hisab, syurga, neraka,
timbangan amal, pahala,
dosa, seksa dan apa-apa yang diberitakan oleh Al-Quran
dan Sunnah
Nabawiyyah daripada kejadian-kejadian yang akan
berlaku pada Hari 
Kiamat
dan sebagainya;

6)      Tidak mengakui atau syak tentang qadak dan qadar
Allah, baik dan
buruk semuanya datang daripada Allah, bahawa Allah
Pencipta segala
sesuatu dan bebas menghendaki apa yang
dikehendaki-Nya, memberi hidayat
dan menyesatkan sesiapa yang dikehendaki-Nya, bahawa
Allah tidak
menzalimi hamba-Nya dan segala sesuatu yang berlaku
itu adalah dengan
qadak dan qadar Allah jua;

7)      Tidak mengakui atau syak tentang hukum-hukum Allah
yang disebutkan 
di
dalam Al-Quran dan hadis Rasulullah Sallallahu Alaihi
Wasallam;

8)      Tidak mengakui atau syak terhadap perkara-perkara
yang telah ijmak
umat Islam padanya daripada perkara agama yang telah
sabit dengan tiada
boleh ditolak atau disangkal seperti Israk Nabi
Sallallahu Alaihi
Wasallam daripada Masjidilharam ke Masjidilaqsa,
mukjizat para nabi,
atau mengingkari sunnah-sunnah nabi yang sahih, atau
menafikan perkara
wajib yang telah sabit dengan ijmak seperti kewajipan
sembahyang fardu
lima waktu, sujud di dalam sembahyang, berwuduk
sebelum sembahyang,
zakat, puasa dan haji, atau mewajibkan perkara yang
tidak wajib dengan
ijmak seperti menambah satu rakaat atau satu sujud di
dalam sembahyang
fardu lima waktu atau menafikan sesuatu perkara yang
disyariatkan Allah
dengan ijmak umat Islam padanya seperti menafikan
hukum sunat
sembahyang-sembahyang sunat rawatib yang mengiringi
sembahyang fardu
lima waktu;

9)      Mendustakan ayat-ayat keterangan Allah dengan
menghalalkan perkara
yang telah diharamkan dengan dalil qat'i (Al-Quran,
hadis dan ijmak)
seperti haram berzina, liwat, mencuri, meminum arak,
membunuh, riba dan
sebagainya, atau mengharamkan perkara yang telah
dihalalkan dengan 
dalil
qat'i (Al-Quran, hadis dan ijmak) seperti halal jual
beli, nikah,
sewa-menyewa dan sebagainya. 

Allah berfirman tafsirnya,
"Dan janganlah kamu berdusta dengan sebab apa yang
disifatkan oleh 
lidah
kamu, 'Ini halal 
dan ini haram' untuk mengada-adakan sesuatu yang dusta
terhadap Allah;
sesungguhnya 
orang-orang yang berdusta terhadap Allah tidak akan
berjaya." 
(Surah An-Nahl ayat 116)

Firman Allah lagi di dalam tafsirnya,
"Dan orang-orang yang kafir dan mendustakan ayat-ayat
keterangan Kami,
mereka itu ialah 
ahli neraka, mereka kekal di dalamnya." 
(Surah Al-Baqarah ayat 39)

10)     Berazam hendak kufur pada masa akan datang. Adapun
merasa was-was
tidaklah menjadi kufur kerana ia hanya lintasan hati;
dan

11)     Membenci atau tidak menyukai ajaran-ajaran tauhid
atau hukum-hukum
syarak yang diturunkan oleh Allah Subhanahu Wataala,
kerana ini adalah
sifat-sifat orang yang kufur. 

Firman Allah dalam tafsirnya :
"Dan (sebaliknya) orang-orang yang kafir, maka
kecelakaanlah bagi
mereka, dan (Allah) mensia-siakan amal-amal mereka.
Berlakunya yang
demikian kerana sesungguhnya mereka tidak menyukai apa
yang diturunkan
oleh Allah (mengenai ajaran tauhid dan hukum-hukum
syarak yang
diterangkan di dalam Al-Quran), lalu Allah
menggugurkan amal-amal
mereka."
(Surah Muhammad ayat 8-9)

Pada umumnya seorang itu boleh menjadi murtad apabila
saja dia
beriktikad dengan iktikad yang bercanggah dengan rukun
Iman dan akidah
Islam yang telah ijmak umat Islam padanya dan perkara
yang memang mesti
diketahui di dalam agama.

RIDDAH DENGAN PERBUATAN
Di antara perkara-perkara riddah dengan perbuatan
ialah,
1)      Perbuatan sengaja yang menunjukkan kepada kekufuran
seperti sujud
kepada berhala atau matahari atau bulan atau kepada
makhluk sama ada
binatang atau yang lain seperti sujud kepada salib
(cross) atau kepada
api. 

Adapun apa yang berlaku secara adatnya iaitu
menundukkan kepala dan
membongkokkan 
badan sedikit kepada had yang tidak sampai kepada
batasan
sekurang-kurang rukuk, itu adalah 
makruh sahaja hukumnya. (Lihat Fath Al-'Allam 4/537).
Adapun memakai
cross atau salib 
juga adalah perbuatan kufur kerana kata ulama,
"Perbuatan kufur itu
tiap-tiap perbuatan yang 
telah ijmak orang Islam bahawa perbuatan itu tidak
dilakukan melainkan
oleh orang-orang kafir 
pada hakikatnya. Oleh kerana itu, sekalipun orang
Islam yang melakukan
perbuatan orang kafir 
itu menyatakan bahawa dia orang Islam dengan
berterang-terang atau 
tiada
berterang-terang, 
dengan disaksikan oleh zahir keadaannya, jika
perbuatan itu keluar
daripadanya dengan sengaja 
memperolok-olokkan agama Islam dengan olok-olok yang
terang dan nyata,
maka dia adalah 
kufur." (Lihat kitab Al-I'lam Bi Qawati'i Al-Islam);
dan

2)      Perbuatan sengaja yang menunjukkan kepada
penghinaan, memperolok,
mengejek atau mempersendakan kitab Al-Quran atau
kitab-kitab hadis
seperti memijak atau melemparkannya ke tempat yang
kotor.

RIDDAH DENGAN MULUT
Adapun riddah dengan percakapan itu sangatlah banyak.
Di antaranya
ialah,
1)      Sengaja mengeluarkan kata-kata yang menunjukkan
iktikad yang
bercanggah dengan rukun iman dan akidah Islam yang
telah ijmak umat
Islam padanya dan perkara itu mesti diketahui di dalam
agama seperti
mengatakan bahawa Allah itu bukan satu tetapi dua,
tiga atau
lain-lainnya. 

Firman Allah di dalam tafsirnya,
"Demi sesungguhnya! Telah kafirlah orang-orang yang
berkata,
'Bahawasanya Allah ialah Al-
Masih ibni Maryam.' Padahal Al-Masih sendiri berkata,
'Wahai Bani
Israel! Sembahlah Allah, 
Tuhanku dan Tuhan kamu, bahawasanya sesiapa yang
mempersekutukan Allah
dengan sesuatu 
yang lain, maka sesungguhnya Allah haramkan kepadanya
syurga, dan 
tempat
kembalinya ialah 
neraka; dan tiadalah seorang penolong pun bagi
orang-orang yang berlaku
zalim. Demi 
sesungguhnya telah kafirlah orang-orang yang berkata:
"Bahawasanya 
Allah
ialah salah satu 
dari tiga Tuhan". Padahal tiada Tuhan (yang ber hak
disembah) melainkan
Allah yang Maha 
Esa'." 
(Surah Al-Maa'idah ayat 72-73)

2)      Sengaja mengeluarkan kata-kata yang menunjukkan
kepada memperolok,
mengejek atau mempersendakan nama Allah, sifat Allah,
perintah Allah,
larangan Allah, janji Allah dengan syurga, pahala,
neraka dan balasan
seksa, para malaikat, kitab-kitab Allah Rasulullah
Sallallahu Alaihi
wasallam, para rasul dan para nabi yang disepakati
kenabian mereka, 
Hari
Akhirat dan qadak dan qadar Allah. 

Firman Allah dalam tafsirnya, 
"Dan jika engkau bertanya kepada mereka (tentang
ejek-ejekan itu),
tentulah mereka akan 
menjawab, 'Sesungguhnya kami hanyalah berbual dan
bermain-main'.
Katakanlah, 'Patutkah 
nama Allah dan ayat-ayat-Nya serta Rasul-Nya kamu
memperolok-olok dan
mengejek?' 
Janganlah kamu berdalih (dengan alasan-alasan dusta),
kerana
sesungguhnya kamu telah kufur 
sesudah kamu (melahirkan) keimanan." 
(Surah At-Taubah ayat 65-66)

3)      Sengaja mengeluarkan kata-kata yang menolak
perintah-perintah dan
larangan-larangan Allah yang telah disyariatkan-Nya
dengan ingkar atau
membangkang dan menolak dengan takbur. 

Firman Allah dalam tafsirnya,
"Dan (ingatlah) ketika Kami berfirman kepada malaikat,
'Tunduklah (beri
hormat) kepada Nabi 
Adam'. Lalu mereka sekaliannya tunduk memberi hormat
melainkan iblis;
dia enggan dan 
takbur, dan menjadilah ia dari golongan yang kafir." 
Surah Al-Baqarah ayat 34

4)      Sengaja mengkafirkan atau menuduh orang yang
beragama Islam dengan
tuduhan kafir, atau memanggilnya dengan kata-kata
kafir seperti berkata
seorang Islam kepada seorang Islam yang lain: "Hai
kafir, atau hai
Yahudi atau hai Nasrani," sedangkan orang itu masih
tetap dengan
keislamannya.  

Diriwayatkan daripada Ibnu Umar Radiallahuanhu
berkata, "Telah besabda
Rasulullah 
Sallallahu Alaihi Wasallam yang maksudnya, 
"Mana-mana orang yang berkata kepada saudara Islamnya
'wahai kafir',
maka telah kufur 
dengan perkataan itu salah seorang dari keduanya
(kufur yang dipanggil)
jika benar 
sebagaimana yang dikatakannya dan jika tidak (benar
apa yang
dikatakannya) kembali 
kekufuran itu kepadanya (si pemanggil)." 
(Hadis riwayat Muslim.

HUKUM ORANG YANG MURTAD
Orang Islam sama ada lelaki atau perempuan yang telah
murtad wajib dia
kembali semula dengan segera ke dalam agama Islam
dengan mengucapkan 
dua
kalimah syahadat, meninggalkan perkara-perkara yang
telah menjadikan 
dia
murtad, menyesali tindakannya yang menjadikan dia
murtad serta berazam
tidak akan mengulangi tindakannya yang telah
menjadikannya murtad.

Apabila dia telah kembali kepada Islam maka wajib dia
menqada 
sembahyang
atau puasa atau lain-lain ibadat yang difardukan yang
telah luput 
ketika
di dalam masa dia murtad. Jika dia tidak mahu
bertaubat maka wajib ke
atas raja atau pemerintah memerintahkannya untuk
bertaubat supaya
kembali kepada agama Islam. Apabila dia enggan juga
bertaubat untuk
kembali kepada agama Islam, maka wajiblah dia itu
dibunuh dengan
perintah raja atau pemerintah. 

Rasullulah Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda yang
diriwayatkan oleh
Ibnu Abbas Radiallahuanhu yang maksudnya,
"Barangsiapa yang menukar agamanya maka kamu bunuhlah
dia." 
(Hadis riwayat Bukhari).

Manakala hadis yang lain pula yang diriwayatkan
daripada Abdullah bin
Mas'ud Radiallahuanhuma berkata, telah bersabda
Rasullullah Sallallahu
Alaihi Wasallam yang maksudnya,
"Tidak halal darah seorang Islam yang bersaksi bahawa
tiada Tuhan (yang
berhak disembah) melainkan Allah dan bahawasanya aku
Rasullulah
melainkan dengan salah satu daripada tiga perkara:
Jiwa yang wajib
dibayar dengan jiwa (qishas), janda yang berzina,
orang yang
meninggalkan agamanya (Islam) yang memisahkan diri
dari jamaah orang
Islam (murtad)." 
(Hadis riwayat Muslim)

Mayat orang yang murtad tidak wajib dimandikan,
disembahyangkan dan
tidak dikebumikan di perkuburan orang Islam kerana
keluarnya dia
daripada golongan orang Islam dengan riddah. Harus
dikebumikan mayatnya
itu di perkuburan orang-orang kafir bahkan secara
hukum asalnya 
tidaklah
menjadi kewajipan mayatnya itu untuk dikebumikan
seperti halnya mayat
kafir dan harus pula mayatnya itu dibiarkan untuk
dimakan oleh anjing.
Jika bau busuk mayat itu memberi gangguan kepada
orang-orang yang
berjalan maka wajiblah ditimbus mayat itu. (Lihat Fath
Al-'Allam 
4/542).

Maka dari itu, setiap orang Islam mesti berhati-hati
dalam membicarakan
soal agama lebih-lebih lagi yang menyentuh kepada
perkara akidah Islam.
Yang sering berlaku, setengah orang menjadikan perkara
agama sebagai
bahan jenaka. Jika perkara ini sampai ke tahap suatu
tindakan
memperolok-olokkan agama, tidak syak lagi perkara itu
boleh membawa
kepada riddahwal 'iyazubillah.

WALLALU A'LAM.


__________________________________________________
Do You Yahoo!?
>From homework help to love advice, Yahoo! Experts has your answer.
http://experts.yahoo.com/

Rasulullah saw bersabda maksudnya: "Siapa yang menjurusi satu jalan untuk mencari ilmu 
nescaya Allah akan mempermudahkan padanya jalan ke syurga." (Sahih Muslim)

Moga Ada Manfaat
Lenggang Kangkung Mailing List

Untuk Melanggan Lenggang Kangkung List -> Hantar email kosong to:  
[EMAIL PROTECTED] (PERCUMA)
Untuk Berhenti Melanggan -> Hantar email kosong to:  [EMAIL PROTECTED]

Laman Web Lenggang Kangkung : http://www.angelfire.com/ct/lk



Kirim email ke