*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~



---------- Forwarded message ----------
Date: Mon, 14 Aug 2000 05:31:37 GMT
From: Parti Rakyat <[EMAIL PROTECTED]>
To: [EMAIL PROTECTED], [EMAIL PROTECTED], [EMAIL PROTECTED],
     [EMAIL PROTECTED], [EMAIL PROTECTED],
[EMAIL PROTECTED],
     [EMAIL PROTECTED], [EMAIL PROTECTED],
[EMAIL PROTECTED],
     [EMAIL PROTECTED], [EMAIL PROTECTED],
[EMAIL PROTECTED],
     [EMAIL PROTECTED]
Subject: Cili Api 137: Aduhai Malangnya Abu Hassan

Pedas-Pedas Cili Api 137
(14hb Ogos 2000)

Aduhai Malangnya Abu Hassan!

Apabila Datuk Abu Hassan membuat pengumuman beliau meletakkan jawatan 
sebagai Menteri Besar Selangor, ramai yang hadir kelihatan sugul dan
ramai 
juga yang senyum-senyum kambing. Abu Hassan mengeluh kerana ada orang
yang 
senyum mesra di depan, tetapi menikamnya dari belakang. Cili Api tidak
dapat 
meneka siapa yang dimaksudkannya. Menarik juga sebab Tan Sri Muhammad 
Muhammad Taib berkata, usaha sesetengah pihak hendak melibatkan dirinya 
dengan perletakan jawatan Abu Hasan itu adalah spekulasi semata-mata. 
Spekulasi betul atau tidak? Cili Api tak tahu.

Nampaknya Abu Hassan tidak rancang hendak berhenti secara begitu
mengejut. 
Itu sebab beliau membuat persediaan untuk menyambut kenduri kahwin
anaknya 
di rumah rasmi Menteri Besar. Nasib baik juga beliau diberi peluang
tinggal 
di kediaman rasmi itu selama sebulan lagi, sehingga kenduri kahwin
selesai. 
Berbeza sekali dengan Anwar Ibrahim dulu. Dalam tempoh 24 jam setelah
beliau 
disingkir, bekalan air dan elektrik ke rumah rasminya dipotong. Dan dia 
terus disuruh pindah. Cili Api faham perbezaannya.

Abu Hassan memberi dua sebab mengapa dia berhenti. Satu, sebab
kesihatan. 
Dia telah menjalani pembedahan saluran jantung pada tahun 1994 dan
sekarang 
sudah berumur 60 tahun.  Adakah Abu Hassan hendak perli bosnya yang
sudah 
menjalani pembedahan sama lebih awal lagi, dan sekarang sudah berumur 74 
tahun? Adakah kerana itu Cek Det dengan cara yang kurang hati perut 
mengeluarkan kata-kata agak kasar, “kalau hendak berhenti, berhenti 
sajalah”.

Sebab kedua, Abu Hassan kata dia mahu menumpukan lebih banyak masa
kepada 
keluarga – terutama isteri, anak dan cucu.  Ini memang niat yang baik
juga. 
Tetapi, mengapa secara mendadak baru sekarang  timbul hasrat ini? Ada
orang 
bertanya, apa sebab selama ini tidak ada masa sangat hendak tumpu kepada 
anak bini dan cucu? Adakah kerana sibuk dok membelai adik ipar? Cili Api 
rasa orang yang bertanya itu nakal sedikit. Ku tak tahu, ku tak tahu!

Ketika Abu Hassan beria-ia menekankan masalah kesihatannya, Apa Cek Det 
kata? Lebih baik Abu Hassan letak jawatan kerana ini boleh
memberhentikan 
orang membuat tohmah terhadapnya lebih lama lagi. Apabila ada orang 
mencadangkan supaya Abu Hassan menjalani ujian DNA, apa jawab Cek Det?
Ini 
soal peribadi, bukan soal parti.

Wah, wah wah! Bila kena kepada Anwar, bukan saja ujian DNA dilakukan,
bahkan 
tilam juga diusung keluar masuk mahkamah berhari hari. Cili Api kesian 
kepada Abu Hassan. Ketika ia dalam keadaan tersepit Cek Det tidak mahu 
membantu sama sekali. Bahkan Cek Det menambahkan pedihnya, sungguhpun
dia 
tidak melawan dan telah meletakkan jawatan. Sebenarnya, kezaliman Cek
Det 
ini tidak ada batasnya.

Bagaimana pula dengan Dollah Badwi? Dia nasihat supaya jangan percaya
kepada 
surat layang sangat. Kalau terlalu percaya, akan hancurlah UMNO. Betul
juga. 
Dollah tahu benar, jikalau dilayangkan surat-surat mengenai
bermacam-macam 
skandal – terutama sekali yang melibatkan seks – tentang para pemimpin, 
lebih separuh daripada mereka yang di dalam jemaah menteri akan terpaksa 
letak jawatan.

Tetapi Cili Api sangsi terhadap nasihat Dollah ini. Pada tahun 1997 ada 
surat layang terhadap Anwar. Mengapa Cek Dek dan Dollah percaya sangat 
kepadanya. Mereka berpegang kepada tuduhan Azizan dan Umi Hafilda
seperti 
“hadis”. Atas tuduhan inilah Anwar telah dihadapkan ke mahkamah dan 
dijatuhkan hukuman penjara sampai 15 tahun.

Cili Api dengar khabar, selepas skandal dan perletakan jawatan Abu
Hassan 
ini, ramai yang seperti cacing kepanasan. Apa komen Datuk-datuk Najib
dan 
Khalil? Itu tokoh  yang dari Pahang saja.

Cili Api.







________________________________________________________________________
Get Your Private, Free E-mail from MSN Hotmail at http://www.hotmail.com


--------------------------------------------------------------------------------
To unsubscribe, send a blank message to
<[EMAIL PROTECTED]>
or go to <http://www.malaysia.net/lists/sangkancil>

 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: "Haji Johari Adam" <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke