>From: Che Rasmizan Che Aziz <[EMAIL PROTECTED]>
>Reply-To: [EMAIL PROTECTED]
>To: [EMAIL PROTECTED]
>Subject: [edisi] Wanita Pertama ke Syurga
>Date: Mon, 21 May 2001 12:23:16 +0800
>
>Wanita Pertama ke Syurga
>
>Pada suatu hari Fatimah bertanya Rasulullah, siapakah perempuan pertama 
>yang
>bakal masuk syurga. Baginda menjawab, seorang wanita yang bernama Mutiah.
>Fatimah terkejut, ternyata bukan dia seperti yang dibayangkannya. Mengapa
>orang lain, pada hal dia adalah puteri Nabi ?
>
>Timbul keinginannya untuk mengetahui siapakah Mutiah itu. Apakah gerangan
>yang dilakukannya sampai mendapat penghormatan begitu tinggi ?
>Sesudah meminta izin daripada suaminya, Ali bin Abu Talib , Fatimah
>berangkat mencari rumah Mutiah. Puteranya yang masih kecil Hasan menangis
>ingin ikut lalu didukungnya Hasan ke rumah Mutiah. Fatimah mengetuk pintu
>rumah Mutiah dan memberi salam. Wa'alaikumussalam ! Siapa di luar? 
>Terdengar
>jawapan lemah lembut dari dalam. Suara cerah dan merdu.
>
>"Saya Fatimah,  puteri Rasulullah ". "Alhamdulillah, alangkah bahagianya
>saya hari ini, Fatimah sudi berkunjung ke gubuk saya," terdengar kembali
>jawapan dari dalam. Kali ini nyata lebih gembira lagi makin dekat dengan
>pintu."
>
>Sendirian, Fatimah ? "Aku ditemani Hasan". "Aduh , maaf ya," suara itu
>terdengar jadi menyesal. " Saya belum mendapat izin suami untuk menemui 
>tamu
>lelaki ".
>" Tapi Hasan masih kecil". " Meskipun kecil, Hasan lelaki. Esok saja datang
>lagi, saya minta izin kepada suami," sahut Mutiah tidak kurang kecewanya.
>
>Esoknya Fatimah datang dengan membawa Husain sekali. Selepas memberi salam
>dan dijawap gembira , Mutiah berkata dari dalam.
>" Datang dengan Hasan, Fatimah? Suami saya sudah memberi izin"
>'Ya dengan Hasan dan Husain "
>"Ha? Mengapa tidak beritahu dari kelmarin ? Yang dapat izin cuma Hasan.
>Husain belum. Saya terpaksa meminta izin dari suami, " jawab Mutiah.
>
>Hanya esok harinya baru mereka disambut baik oleh Mutiah di rumahnya.
>Keadaan rumah itu sangat sederhana. Tidak ada satu pun perabot mewah. Namun
>semuanya teratur rapi membuat tetamu senang berada di rumah itu.
>Fatimah kagum melihat suasana yang menyenangkan itu. Sehingga Hasan dan
>Husain yang biasa di rumah orang, kali ini nampak asyik bermain.
>" Maaf ya, saya tidak boleh menemani Fatimah duduk. Sebab saya sedang
>menyiapkan makanan untuk suami saya, "kata Mutiah sambil sibuk di dapur.
>
>Hampir waktu tengahari, masakan itu sudah siap semuanya lalu diletakkan
>diatas mampan. Mutiah mengambil rotan dan diletakkan di sebelah hidangan.
>Fatimah bertanya kepada Mutiah, " suamimu kerja di mana?
>"Di ladang". "Sebagai pengembala?"soal Fatimah.
>"Bukan. Bercucuk tanam".
>"Tapi mengapa kau bawakan rotan juga?"tanya Fatimah.
>"Rotan itu saya sediakan untuk keperluan lain. Kalau suami saya sedang 
>makan
>, saya tanyakan apakah masakan saya sedap atau sebaliknya. Kalau suami saya
>jawab, "sedap", takkan terjadi apa-apa.Jika tidak sedap, rotan itu saya
>berikan kepadanya agar dirotan punggung saya sebab ia tidak menyenangkan
>suami".
>"Atas kehendak suamimukah kau bawa rotan itu,"tanya Fatimah.
>"Oh, sama sekali tidak. Suami saya seorang yang penyayang. Ini semata-mata
>kehendak saya agar jangan sampai menjadi isteri derhaka kepada suami."
>
>Fatimah lantas meminta izin pulang. Dalam hati berkata, pantas kalau Mutiah
>menjadi perempuan pertama masuk syurga, lantaran baktinya kepada suami
>begitu besar dan tulus.
>
>Kesetiaan seperti itu, bukan penganiayaan wanita oleh lelaki. Sebaliknya
>cermin ketulusan dan pengorbanan wanita yang harus dihargai dengan perilaku
>yang sama.
>
>
>
>
>~**~~~**~~~**~~~**~~~**~~~**~~~**~~~**~~~**~~~**~~~**~~
>Untuk melanggan Group Keluarga, Edisi & Sutera , sila hantar
>e-mail kosong (blank e-mail) kepada:
>[EMAIL PROTECTED]
>[EMAIL PROTECTED]
>[EMAIL PROTECTED]
>~**~~~**~~~**~~~**~~~**~~~**~~~**~~~**~~~**~~~**~~~**~~
>EDISI:
>Post message: [EMAIL PROTECTED]
>Subscribe:  [EMAIL PROTECTED]
>Unsubscribe:  [EMAIL PROTECTED]
>List owner:  [EMAIL PROTECTED]
>URL to this page: http://groups.yahoo.com/group/edisi
>
>
>Your use of Yahoo! Groups is subject to http://docs.yahoo.com/info/terms/
>
>

_________________________________________________________________________
Get Your Private, Free E-mail from MSN Hotmail at http://www.hotmail.com.



Kirim email ke