^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^
 <  Sila hantarkan mel anda ke [EMAIL PROTECTED]         >
 <  Hizbi-Muslimat-Net : Membina Muslimat Pembangun Ummah >
 ^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^


Matlamat Hidup 

Untuk apa manusia dilahirkan ke dunia? Di manakah manusia itu sebelum di
lahirkan? Dan untuk apa pula manusia di matikan?. Persoalan ini adalah
persoalan yang mesti dijawab oleh semua orang dengan tepat dan
berhati-hati. Tepat jawapannya, maka tepatlah matlamat hidup yang dipilih
olehnya. Salah jawapannya, salah pulalah matlamat hidup yang dituju oleh
seseorang. Melihat kepada kelompok manusia yang berbagai-bagai ragam dan
nama, kita akan dapat mengagak secara kasar apakah tujuan dan matlamat
hidup mereka. Namun secara umum, melihat kepada sikap mereka, manusia
diseluruh pelusuk bumi ini menjadikan hidup mereka untuk:

1. Makan, minum, berumahtangga, beranak pinak dan tua, kemudian mati.
Kerana itu persoalan hidup mereka ialah bagaimana mencari duit untuk
dapatkan keperluan-keperluan tadi. Halal, haram, wajib atau pun sunat,
tidaklagi diperhitungkan. Tuhan tidak penting bagi mereka. 

2. Ada yang hidup mengejar pangkat dan kuasa. Orang lain habis dipijak dan
dianiaya. Yang penting dirinya berjaya. Soal keperimanusiaan sudah tiada.
Yang ada matlamat pangkat dan kuasa. Soal Tuhan belakang kira.

3. Ada sekumpulan manusia yang hidupnya hanya membanggakan diri dan mencari
kemuliaan diri. Atas tujuaan ini, mereka mencari ilmu, kekayaan dan
mencantikkan diri. Mereka menggunakan segala peluang yang ada hingga timbul
hasad dengki, marah, fitnah, tipu, menindas dan lain-lain kejahatan yang
sudah tidak terkawal lagi. Hilang lenyap perpaduan, kasih sayang dan bantu
membantu di kalangan manusia. Hidup nafsi-nafsi, sentiasa tegang dan hati
sakit sekalipun berada di dalam satu parti. Umpama pokok-pokok kayu di
hutan yang melepaskan pucuknya tanpa peduli.

Inilah hidup manusia hasil daripada matlamat hidup yang mereka pegangi.
Hidup tidak ubah seperti haiwan yang tidak ada tamadun dan peradaban yang
tinggi. Gagal menempuh kemuliaan tetapi jatuh hina ke taraf haiwan dan
tumbuh-tumbuhan malah lebih hina daripada itu. 

Firman Allah: 

"Dan sesungguhnya Kami jadikan untuk (isi neraka Jhannam) kebanyakan
daripada Jin dan Manusia. Mereka mempunyai hati tetapi tidak dipergunakan
oleh mereka untuk memahami (ayat-ayat Allah) dan mereka mempunyai mata
tetapi tidak digunakan untuk melihat (tanda-tanda kekuasaan Allah), dan
mereka mempunyai telinga tetapi tidak dipergunakan untuk mendengar
(ayat-ayat Allah). Mereka itu sebagai binatang ternak, bahkan mereka lebih
sesat lagi. Mereka itulah orang-orang yang lalai." (Al A'raf: 179)

"Telah nampak kerosakan di daratan dan di lautan di sebabkan perbuatan
tangan manusia, supaya Allah merasakan azabNya kepada mereka sebahagian
daripada (akibat) perbuatan mereka, agar mereka kembali (ke jalan yang
benar) ." (Ar Rum : 41)

Matlamat belum tentu tercapai tetapi keburukannya telah menjadi penyakit
yang berbagai-bagai yang menimpa masyarakat. Melihatkan hal ini sepatutnya
manusia mula memikirkan kembali di mana silapnya dan apa jalan keluar
daripada kesilapan ini. Untuk itu, manusia perlu jelas matlamat hidupnya
iaitu untuk mengabdikan diri kepada Allah dan menjalani hidup sebagaimana
yang telah Allah perintahkan.

Firman Allah:

"Katakanlah: Sesungguhnya sembahyangku, ibadahku, hidupku dan matiku adalah
untuk Allah, Tuhan sekaluan Alam." (Al An'am: 162)

"Tidak Aku jadikan Jin dan Manusia melainkan untuk beribadah kepadaKu." (Az
Dzariyat : 56) 

Apabila hidup kita untuk Allah, ertinya apa jua tindakan kita, percakapan
kita, fikiran kita dan hati kita, semuanya dalam menegakkan hukum Allah.
Segala-galanya diatur dan disusun dengan begitu cantik agar kita tidak
jatuh ke taraf yang hina sebagaimana haiwan. Selamatlah hidup kita di dunia
dan selamat juga di akhirat. Amin Ya Rabbal Alamin. 



 Laman Muslimat Net di http://members.tripod.com/~muslimatnet/

 ==========================================================================
 = Melanggan? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body: SUBSCRIBE MUSLIMAT     =
 = Berhenti? To : [EMAIL PROTECTED] pada body: UNSUBSCRIBE MUSLIMAT     =
 = Segala pandangan dan pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan     =
 = pandangan rasmi dan bukan tanggungjawab Hizbi-Muslimat-Net             =
 ==========================================================================

 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 Pengirim: [EMAIL PROTECTED]$
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~


Kirim email ke