Assalamu`alaikum warahmatullahi wabarakatuh,

Qanun Jinayah Syar`iyah

Sambungan pengajian kitab Qanun Jinayah Syar`iyah perkara 57.

Perkara 57: Perkara-perkara yang timbul disebabkan li`an.

Dalam perundangan Islam, seseorang suami yang meli`an isterinya akan timbul beberapa perkara ke atas isteri yang dili`an.

a) Had qazaf akan dijatuhkan kepada isteri yang dili`an, dan gugur had qazaf itu daripada suami yang meli`an.

[ Apabila seorang suami menuduh isterinya berzina, sedangkan dia tidak ada bukti, maka dalam hukum syara` pengarang kitab ini Hj Said Hj Ibrahim mengatakan bahwa wajib dikenakan qazaf ke atas si suami. Jadi untuk mengelakkan si suami dikenakan had qazaf 80x rotan, setelah dia yakin bahwa isterinya betul-betul berzina, maka dia kenalah meli`an isterinya. Iaitu dengan 4x menyatakan tuduhan dan kali ke5 hendaklah meminta laknat daripada ALLAH SWT sekiranya dia berbohong. Inilah yang dimaksudkan dalam ayat di atas. ]

b) Wajib had zina ke atas isteri yang tidak meli`an suaminya. Jika isteri itu meli`an suaminya, gugurlah had zina itu daripada isteri tadi.

[Bila suami meli`an isterinya, maka wajib dikenakan had zina ke atas isteri. Maknanya dirotan 100x, lepas tu direjam dengan batu sampai mati. Jadi untuk mengelakkan si isteri daripada dikenakan had zina ini, maka dia hendaklah meli`an balik suaminya. Bila dia li`an balik suaminya, maka barulah dia terlepas daripada hukuman had zina.

Jadi apa yang kita lihat dalam kes li`an meli`an ini, ianya berlaku disebabkan si isteri curang kepada suami dia. Apabila si suami melihat sendiri isterinya berzina, padahal dia tidak ada bukti, sedangkan dia telah menghebahkan berita tentang perlakuan zina isterinya tadi, maka dia tidak ada pilihan lain melainkan dia kena meli`an isterinya.

Sebab itu, kita sentiasa menyatakan bahwa, bagi mana-mana suami ataupun isteri yang ada masalah seperti ini, iaitu suami mendapati isterinya berzina ataupun isteri mendapati suaminya berzina; maka kalau boleh hendaklah diselesaikan di luar mahkamah. Bincang elok-elok dulu. Lepas tu kalau tak boleh selesai jugak, biarlah bercerai dengan cara yang baik. Jangan dihebahkan benda lagu ni kepada orang ramai sebab ini adalah perkara yang mengaibkan.

Semua orang boleh melakukan kesilapan masing-masing. Saya boleh melakukan kesilapan. Begitu juga tuan-tuan. Maka bila kita sendiri menghadapi dengan masalah dimana pasangan kita telah melakukan satu kesilapan yang sukar untuk dimaafkan, maka hendaklah diselesaikan (kalau boleh) tanpa dilaporkan kepada pihak berkuasa. Sebab kalau dilaporkan, maka kisah ini akan dihebahkan. Lebih baik perkara ini diselesaikan hanya antara 2-3 orang sahaja yang tahu. Diselesaikan dengan cara yang baik. Aib kita akan ditutup. Begitu juga aib pasangan kita ditutup. Ini adalah lebih diutamakan dalam ajaran agama kita.

Punca berlakunya keretakan rumahtangga hari ini adalah kebanyakannya kerana sebahagian daripada pasangan itu mengabaikan apa yang pernah diperintahkan oleh ALLAH SWT dalam al-Quran Surah an-Nur 18:3 yang bermaksud, "Satu orang lelaki perzina tidak akan berkahwin melainkan dengan penzina perempuan ataupun dengan perempuan musyrik. Satu orang penzina perempuan tidak akan mengahwininya melainkan dengan penzina lelaki ataupun musyrik lelaki. Yang demikian itu diharamkan ke atas orang-orang yang beriman."...Satu pendapat dikalangan ulama` mengatakan bahwa ayat ini menjadi dalil haramnya seorang lelaki yang suci berkahwin dengan perempuan yang pernah berzina. Ataupun haramnya seorang perempuan yang suci berkahwin dengan lelaki yang pernah berzina. Manakala pendapat yang kedua yang termasuk juga pendapat al-Imamul as-Syafie rahimmahullahu ta`ala, mengatakan bahwa ayat ini bukan dalil kepada haramnya berkahwin dengan orang yang pernah berzina, tetapi ayat ini menjadi dalil! bahwa tidak digalakkan berkahwin dengan orang yang pernah berzina. Maknanya, mazhab Syafie mengatakan bahwa harus berkahwin dengan orang yang pernah berzina, tetapi tidak digalakkan.

Jadi, bila kebanyakan pasangan melanggar perintah ALLAH ini, maka itulah yang kita tengok berlaku hari ini. Sering kita tengok pasangan-pasangan hari ini menghadapi keadaan yang kucar kacir dalam rumahtangga mereka. Awat tidaknye?...Sebelum berkahwin, mereka tidak peduli langsung dengan track record bakal orang yang akan mereka kahwini. Yang mak mentua, pak mentua pulak; asal anak depa boleh kahwin, kira ok je tanpa soal selidik siapa bakal menantu tu. Mereka tak sedar bahwa orang yang ada track record yang tidak baik, pada lazimnya dia akan mengulangi record buruknya itu. Ada bukan takdak orang yang track record dulunya tidak baik, tapi sekarang dah bertaubat. Ada, tapi tak ramai. Katalah dalam 10 orang, mungkin hanya 3 orang sahaja yang boleh mantain taubat depa tu. Tapi yang 7 orang lagi tu akan kembali kepada track record buruk mereka dulu. Sebab itu dalam Islam, cara paling selamat ialah kita cari orang yang recordnya baik. Itu pun kadang-kadang walaupun kita dah usa! ha cari pasangan yang memang recordnya baik, tapi setelah berkahwin, pasangan kita tu pula mula melakukan perkara-perkara yang tidak diduga. Ada, tak dinafikan memang keadaan macam ni pernah berlaku. Kalau macam ni, tuan-tuan; ia adalah satu ujian ALLAH kepada kita. Maka dalam hal macam ni, kita serahkanlah sahaja kepada ALLAH SWT, sebab ALLAH SWT Dia boleh buat apa sahaja untuk menguji kita. Yang penting kita ada usaha. Tu je.

Alah macam fifaworldcup.com jugak la tuan-tuan. Pada kebiasaannya, kalau team tu ada record yang baik, dia menanglah. Tapi dalam temasya Korea-Japan 2002 kali ni, banyak pasukan favourite tersungkoq awai-awai. Banyak kaki bola pun terkejut tuan-tuan bila defending champion, France, bungkuih awai tanpa score satu gol pun. Begitu jugaklah dengan Argentina, Portugal dan sebagainya. Tapi nak habaqnya, kalau track record team tersebut dirankkan sebagai satu pasukan yang kuat sebelum ini, kebiasaannya team tu memang kuat betoi.

Jadi, begitulah jugak dengan perkahwinan. Islam mengajar kita kalau nak kahwin, carilah pasangan yang record dia bagus. Jangan cari orang yang pernah berzina sebab kalau kita lihat pendapat yang pertama tadi, ulama` mengatakan bahwa haram satu orang yang suci berkahwin dengan orang yang pernah berzina. ]

c) Bercerai di antara suami isteri itu selama-lamanya sebagai talak bain.

[ Dalam kes li`an, bukan setakat suami isteri tu tak boleh rujuk, malah depa tak boleh kahwin buat selama-lamanya. Kalau kita tengok masalah bain, dia ada 2. Iaitu bain sugra dan bain kubra. Bain sugro maknanya tak boleh rujuk, tapi boleh kawin semula. Manakala bain kubra ialah seperti yang dok bincang ni. Dia rujuk pun tak boleh. Kawin lagi sekali pun tak boleh. ]

d) Tidak boleh dinasabkan anak yang tidak diakui oleh suami yang meli`an isterinya kepada suami itu, jika suami tadi menolak anak itu pada li`annya. Dan anak itu tetap menjadi nasab kepada isteri yang dili`an itu.

[ Maksud ayat ini ialah si suami tak mengaku bahwa anak yang dilahirkan oleh isterinya itu adalah anak hasil percampuran dia dengan isteri dia. Setengah ulama` berpendapat bahwa kalau suami itu menafikan anaknya itu setelah menerima tahniah daripada kaum kerabat, maka penafiannya itu tidak sah mengikut hukum syara`. Contohnya macam ni. Katalah si isteri selamat bersalin dalam bilik bersalin, lalu ketika itu, si suami tu pun seronok terima berita kelahiran anaknya. Maka pakat ramailah yang salam bagi tahniah. Tapi tiba-tiba tak semena-mena, lepas tu baru dia kata bahwa si anak itu bukan anak dia. Ini yang dikatakan pengakuan yang tidak sah, sebab dia umpama buruk siku.

Kalau dia betoi tak mengaku bahwa anak itu anak dia, maka dia hendaklah tidak mengakui di peringkat awal. Contohnya, ketika isteri itu masih mengandung lagi, dia dah mengaku bahwa anak itu bukan anak dia. Misalnya check-check, isteri didapati mengandung 3 bulan. Padahal dalam jangkamasa tersebut, sekali pun suami isteri itu tak pernah bersama. Dalam keadaan begini, barulah sah dakwaan si suami tersebut.

Tetapi kalau selepas buat kenduri kendara, cukur kepala anak, terima hadiah dah apa semua; tiba-tiba baru dia kata bahwa anak itu bukan anak dia, maka pengakuan itu tidak sah. Misalnya, tengah time ramai-ramai dok bagi tahniah, tiba-tiba mai sorang dua yang gatai mulut pi kata, "Aiseyman! Pasai apa aku nampak anak hang color gelap sket ni?...Padahal hang cerah. Isteri hang pun cerah jugak. Ni mai kot mana ni?...Mamak kedai sebelah rumah hang apa punya kerja!..."...Mulut jenih nilah yang orang kata, "Limau purut 3 serangkai. Buta perut, tarak akai!"...Jenih ni mau harya ngan penyapu buruk je. Benda lagu ni bukan saja-saja nak reka, tuan-tuan. Tapi pernah jadi. Hat jenih gatai mulut ni pun sebenarnya dia nak melawak aja. Tapi tak reti. Sampai a! khirnya tersinggung perasaan si suami tu. Bila berlaku keadaan lagu tu, lalu terus si suami tidak mengaku bahwa anak tu anak dia. Lagu ni tak sah, tuan-tuan.

Okay kalau dakwaan si suami itu dikira sah mengikut syara`, apabila dia mengaku anak itu bukan anak dia dari peringkat awal lagi, maka nasab (bin/binti) anak itu hendaklah diberikan pada si ibu. Tapi dalam amalan jabatan pendaftaran dalam negara kita hari ini, nama si anak sudah tidak di bin atau di binti kan lagi dalam surat beranak. Yang ada ialah nama anak dalam satu kolum, nama bapa dikolum yang lain dan nama ibu pun dalam kolum berasingan. Maknanya kalau si bapa itu tidak diketahui, depa akan tulis dalam kolum untuk bapa tu "Tidak berkenaan". Tapi kalau ikut Islam bila si suami meli`an si isteri, maka anak itu hendaklah di bin kan atau di binti kan kepada si isteri yang dili`an itu. Ini amalan cara Islam. Contohnya kalau nama anak itu Ahmad dan nama ibunya Fatimah. Maka ia ditulis sebagai Ahmad bin Fatimah. Tapi adat di M`sia hari ini, ia tidak diamalkan sedemikian. ]

e) Haram selama-lamanya bagi suami yang meli`an isterinya berkahwin kembali dengan isteri yang dili`annya, sekalipun isteri itu telah berkahwin dengan beberapa orang suami yang lain.

[ Ini bermakna kes li`an adalah lebih berat daripada kes cerai talak 3. Kalau cerai talak 3, si isteri itu boleh kembali kepada suami yang asal sekiranya dia kawin lain dan tidur bersama suami itu, kemudian dia diceraikan. Tetapi kalau li`an, pasangan terbabit bukan setakat dibubarkan pernikahan mereka, bukan setakat tak boleh kawin semula, malah mereka sekali-kali tidak boleh kawin buat selama-lamanya, walaupun isteri itu sudah pun berkahwin dengan beberapa cina buta mahupun melayu buta sekali pun. Biar pun si isteri tu dah beranak pinak dengan suami-suaminya yang lain, tapi Islam kata "Tetap diharamkan kepada suami untuk kembali berkahwin dengan isteri yang dili`annya itu.".

Sebab itu, kalau suami syak isteri dia berzina, dia kena berhati-hati. Sebelum dia buat dakwaan, dia kena cari bukti dulu. Mana-mana undang-undang sekali pun, samada undang-undang Islam ataupun undang-undang sekular; kalau nak tuduh orang lain melakukan sesuatu kesalahan, beban pembuktian hendaklah dicari dulu. Kalau kita gagal bagi bukti setelah kita buat dakwaan, maka kita yang akan tanggung akibat. Dalam kes li`an ini, kalau suami tuduh si isteri berzina atas syak wasangka sahaja tanpa bukti; kemudian bila dia li`an isteri dia, maka terbubarlah perkahwinan mereka dan haram bagi mereka kembali sebagai suami isteri selama-lamanya. Sebab itu, dalam apa-apa tindakan kita sekali pun, bukti mesti mau ada.

Bila sebut tentang masalah tanggungjawab bagi bukti, ust Jailani pun mengambil kesempatan ini untuk menjelaskan tentang masalah beban pembuktian dalam undang-undang hudud dan qisas, yang sekarang ni tengah hangat diperbincangkan. Okay bila kita tuduh seseorang buat sesuatu kesalahan, dalam mana-mana undang-undang sekali pun, orang yang buat dakwaan itu dia mesti bagi bukti. Contohnya katalah ada seorang wanita buat press conference bagitau kat reporter bahwa ada seorang lelaki sipolan bin sipolan pernah rogol dia. Padahal langsung tidak ada bukti yang menunjukkan bahwa wanita itu pernah dirogol. Bila berlaku macam tu, maka lelaki yang dituduh itu berhak untuk memulakan satu saman fitnah ke atas wanita tersebut. Jadi, wanita itu bukan setakat akan menghadapi tindakan undang-undang sivil, malah pihak kerajaan jugak boleh mengenakan tindakan undang-undang jenayah ke atas wanita itu kerana dia telah membuat tuduhan fitnah jenayah ke atas seorang awam. Nampak tak tuan-tuan; da! lam undang-undang sekular sekali pun, kalau kita buat dakwaan kosong semata-mata tanpa sebarang asas kepada dakwaan kita itu, maka kita bukan setakat menghadapi kemungkinan disaman oleh orang yang kita buat fitnah tadi, malah lebih daripada itu kita akan kena, iaitu pihak polis pun boleh mendakwa kita di bawah undang-undang jenayah.

Sebab itu, kalau kita nak buat tuduhan kepada seseorang, sekurang-kurangnya kita kena ada concrete avidence. Misalnya, katalah ada seorang wanita mendakwa bahwa dia dirogol. Untuk membuktikan bahwa dia benar-benar dirogol, kalau dia anak dara sebelum ni, sekurang-kurangnya dia mesti ada bukti bahwa hymennya sudah pun koyak. Kalau dia ada bukti tersebut, barulah dakwaannya itu berasas. Tetapi jikalau doktor yang buat pemeriksaan kepada vagina wanita itu mendapati bahwa dara wanita itu masih ada atau hymennya tidak koyak, maka itu menunjukkan bahwa dakwaan wanita itu adalah dakwaan kosong tanpa ada sebarang asas. Dalam undang-undang sekular sekali pun, dia takkan benarkan dakwaan macam ni.

Okay, sekarang yang jadi isunya ialah undang-undang yang cuba dikemukakan oleh k`jaan negeri T`ganu. Ia menjadi hangat sebab ada beberapa pihak-pihak dan ngo-ngo tertentu, yang mengatakan bahwa undang-undang ini adalah satu lesen besar kepada para perogol untuk bermaharajalela di negeri T`ganu. Okay bagi pihak-pihak yang tak puashati sangat dengan k`jaan T`ganu, tolong buka enakmen kesalahan jinayah syariah negeri P.Pinang seksyen 23(2) dan (3). Enakmen itu menyebut bahwa kalau seorang perempuan itu mengandung di luar nikah (tidak ada suami), maka itu adalah bukti yang nyata (primafacie kes) bahwa dia telah melakukan kesalahan zina. Menurut ust Jailani yang juga seorang peguam, enakmen ini juga digunakan di Kedah. Dalam enakmen itu juga menyatakan bahwa sekiranya seorang perempuan itu mengandung tanpa suami mendakwa bahwa dia dirogol, maka dia hendaklah membuktikan bahwa dia benar-benar dirogol.

Nampak tak tuan-tuan; serupa saja. P.Pinang kata lagu tu, Kedah kata lagu tu dan hat T`ganu nak buat pun kata lagu tu jugak. Tapi pasai apa bila T`ganu nak buat, dan-dan keluar suara sumbang kata bahwa itu adalah lesen besar kepada perogol?...Padahal P.Pinang dan juga Kedah dah lama dah mengamal undang-undang macam ni. Tapi pasai apa sapa pun tak kata apa pun kat P.Pinang/Kedah?...Tuan-tuan nak tau pasai apa?...Pasai apa lagi kalau bukan pasai P.Pinang/Kedah tu geng belah bn karat. Tu je jawapannya. Oleh sebab T`ganu bukan dikalangan geng karat, maka ditibainya T`ganu cukup-cukup. Cakap terus terang je senang. Takpayah la dok pi cari para intelek, kemudian suruh depa masuk tv tiap-tiap pagi untuk cuba memesongkan pemikiran masyarakat hari ini.

Serupalah juga dengan lebel "tadayyun mannqus". Tuan-tuan besa dengaq perkataan "tadayyun mannqus"?...Hari tu dalam hizbi, ada sahabat yang cerita tentang hal ni. Puncanya, mungkin dah lama tak buat isu kot, tiba-tiba lagumana tak tau satu hari tu tak pasai-pasai mungkin gatai pungkok la kot, dia pi kata bahwa, "Sebahagian daripada ibubapa hari ini mengalami satu fenomena yang dipanggil sebagai tadayyun mannqus."...Yang kata ni sapa lagi kalau bukan pak penakan hangpa, si mid man. "Tadayyun" bermaksud orang yang beragama. Manakala "mannqus" pula bermaksud menyeleweng. Jadi tadayyun mannqus bermakna orang yang committed dengan agama tetapi menyimpang daripada ajaran agama. Yang kita tak puashati tu sebab ada ka ditujunya perkataan tadayyun mannqus ini kepada ibubapa hari ini yang cenderung hantar anak-anak pi hafal Quran?...Punyal! a loklak betoi orang tua ni. Kemudian dia terang pula pasai apa dia kata lagu tu. Dia kata bahwa hari ini ibubapa dok sibuk hantar anak pi hafal Quran dengan satu kepercayaan bahwa anak-anak itu nanti boleh memberi syafaat kepada ibubapa di negeri akhirat kelak. Lalu dia kata bahwa kepercayaan seperti ini adalah tidak betul, sebab dia kata bahwa hanya Nabi s.a.w. sorang saja yang boleh bagi syafaat. Bukannya anak-anak yang hafal Quran tu, kata mid man. Jadi mengikut dakwaan dia, hanya Nabi s.a.w seorang sahaja yang boleh bagi syafaat. Oleh sebab itu, siapa yang hantar anak pi hafal Quran atas niat bahwa anak itu boleh beri syafaat kepada dia di negeri akhirat, maka kata mid man bahwa golongan ini adalah "tadayyun mannqus", yang bermakna orang beragama tetapi sesat.

Nampak tak tuan-tuan; siapa yang cakap lagu ni. Orang yang ada PhD dalam bab agama, tuan-tuan. Tak pernah ka dia baca hadith Nabi s.a.w. riwayat Imam Abu Dawud dan Ibn Majah, yang mana Nabi s.a.w bersabda mafhumnya, "Orang yang mati syahid, di hari akhirat kelak dengan izin ALLAH, dia boleh memberi syafaat kepada 70 orang daripada ahli keluarga dia."...Jadi, hujjah dia yang mengatakan bahwa hanya Nabi seorang sahaja yang yang diizinkan ALLAH bagi syafaat adalah tidak betul. Kemudian selepas seminggu Mid man bawa keluar isu ni, saya dengaq dalam radio M`sia P.Pinang, ada seorang ust dari Jabatan Mufti negeri P.Pinang telah membaca satu hadith yang membawa maksud bahwa orang yang hafal Quran juga boleh memberi syafaat kepada kaum keluarga dia. Nampak tak tuan-tuan, macamana kerja seorang ulama` us-suk. Dia sanggup membohongi masyarakat semata-mata kerana nak ! bodek tuan dia.

Sepatutnya dia sebagai ulama`, dia hendaklah menceritakan kepada masyarakat betapa hebatnya syafaat tu. Misalnya dengan syafaat daripada rahmat ALLAH itu, seseorang yang sepatutnya masuk neraka boleh ditukar masuk ke syurga. Tak hebat lagi ke lagu tu, tuan-tuan?...Jadi, takdak pasai untuk kita tak suka apabila ada diantara ibubapa hari ini berlumba-lumba hantar anak depa pi hafal Quran. Tak gitu tuan-tuan?...

Okay kalau hang nak tunjuk sangat kata hang terer dalam bahasa Arab; awat tak kata kat artis-artis yang mengaku beragama Islam tetapi menyanyi melalak atas pentas tu sebagai tadayyun mannqus?...Awat hang tak berani sebut?...Sedangkan golongan artis inilah yang terang-terang buat dosa kepada ALLAH TA`ALA. Contohnya, bila reporter tanya Siti, "Macamana dengan album Siti yang terbaru sekarang ni?"...Siti pun jawab, "Alhamdulillah! Mendapat sambutan yang memberansangkan."...Ini baru betoi tadayyun mannqus, tuan-tuan. Alhamdulillah apa tuan-tuan; dah la hang menyanyi untuk menarik perhatian lelaki, lepas tu buka aurat pulak, maka itu jelas bahwa dia mendapat rezeki dari sumber yang haram. Walaupun ramai yang beli album dia, tetapi rezeki dari sumb! er macam tu adalah rezeki yang HARAM!...Alhamdulillah apa kalau lagu tu, tuan-tuan. Alhamdulillah itu adalah segala puji-pujian bagi ALLAH. Takkan hang buat maksiat pun nak puji ALLAH kot?...Pi berzina dengan pelacur Siam, kita kata, "Puhhh! Alhamdulillah, kenyang sungguh dapat makan hat siam punya semalam."...Boleh ka kata lagu tuan-tuan?...Ini satu penghinaan kepada agama. Orang yang mengaji tak pernah kerja lagu ni, tuan-tuan. Kecualilah dia jahil. Ini ada kemungkinannya. Bila berzikir kepada ALLAH atas perkara-perkara maksiat, maka ini baru kita kata tadayyun mannqus sebab bermain-main zikir kepada ALLAH.

Jadi muslimin muslimat sekelian, bila ibubapa yang hantar anak hafal Quran dikatakan sebagai tadayyun mannqus, manakala para artis yang berzikir dalam keadaan membuat maksiat itu pula tidak menerima sebarang teguran, maka inilah yang kita lihat adanya sikap double standard dari golongan ulama` dalam negara kita. Tak la semua, tetapi sebahagian daripada mereka bersikap begitu.

....bersambung...



Do You Yahoo!?
New! SBC Yahoo! Dial - 1st Month Free & unlimited access
Assalamulaikum wbt
Groups ini diwujudkan untuk merapatkan hubungan sesama muslim di alam cyber. Adalah diharapkan ahli group ini dapat menghantar artikel yang dapat meningkatkan ketaqwaan kepada Allah S.W.T. Semoga usaha kecil ini mendapat keredhaan-Nya.
Kebaikan harus dilakukan walau di mana kita berada
untuk melanggan email ke : [EMAIL PROTECTED] untuk menghantar message ke: [EMAIL PROTECTED]

www.yahoogroups.com/group/ingatan
ISLAM IS THE WAY OF LIFE
BELILAH BARANGAN BUATAN ORANG ISLAM, BANTULAH EKONOMI ISLAM



Your use of Yahoo! Groups is subject to the Yahoo! Terms of Service.

Kirim email ke