*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

------- Forwarded Message Follows -------
From:   Shazura

Kelebihan Bersahur

"Sahurlah kamu kerana dalam sahur itu ada berkat."
-HR Bukhari dan Muslim

Ibadat puasa adalah satu perkara yang dituntut dan
diwajibkan ke atas semua umat Islam yang telah cukup
umur dan berkemampuan.

Dalam mengerjakan ibadat puasa, sahur adalah satu
amalan sunat yang digalakkan
kepada mereka yang berpuasa.

Namun dalam era
globalisasi yang sentiasa bergerak pantas ini, umat
muslimin menjadikannya sebagai satu alasan untuk tidak
bersahur.

Mengantuk dan letih kerap dijadikan jawapan
kepada keengganan bersahur walaupun ia telah
dianjurkan oleh Rasulullah SAW kepada setiap yang
berpuasa.

Umum begitu arif dengan kaum lain yang juga
mengerjakan puasa, namun apakah yang membezakan amalan
puasa kaum muslimin dengan mereka?

Perbezaannya jelas terletak di dalam pengambilan
makanan sahur yang mana
mereka tidak bersahur.

Ramai juga yang tidak menyedari bahawa pada waktu
bersahur juga adalah waktu
yang mustajab untuk berdoa dan Allah SWT tidak akan
menghampakan doa mereka.

Bagi mereka yang bersahur Allah SWT akan memberi
keuntungan yang berlipat kali ganda.

Selain daripada memperolehi kekenyangan dan kekuatan
untuk mengerjakan
ibadat puasa pada sebelah siangnya, mereka juga akan
memperolehi berkat yang diturunkan pada sepanjang hari
mereka melaksanakan ibadat tersebut.

Ibnu Hajar dalam mengulas Sahih Bukhari telah
menyenaraikan beberapa kelebihan puasa, yang antara
lainnya ialah:

Menuruti sunnah;

Membezakan diri dengan Ahlul Kitab;

Menambah kekuatan untuk beribadat;

Meningkatkan keikhlasan dalam beribadat;

Menghilangkan perasaan marah yang diakibatkan oleh
kelaparan dan

Mendapat peluang untuk mengingati Allah dengan
berzikir dan berdoa.

Namun, kita tidak digalakkan untuk mengambil
terlalu sedikit atau terlalu banyak makanan pada waktu
sahur. Memadai dalam anggaran yang secukupnya bagi
membantu untuk mengerjakan puasa pada keesokan harinya
kerana pengambilan makanan yang terlalu banyak atau
sikit pasti akan menimbulkan rasa kurang selesa.
Sebaik-baik sahur yang dianjurkan ialah dengan memakan
buah kurma atau tamar.

Bersahur dengan memakan kurma
adalah sebahagian daripada sunnah Nabi, justeru jika
kita mengamalkannya, Allah SWT akan memberikan pahala
sebagai ganjaran.

Abu Hurairah ra berkata, "Sabda Rasulullah SAW:
Sebaik-baik makanan sahur bagi orang mukmin adalah
kurma." -HR Ibnu Hibban & Baihaqi

Seandainya keletihan menimbulkan kesukaran untuk
bersahur, Rasulullah SAW menganjurkan agar tetap
mengambil sebiji kurma ataupun memadai dengan seteguk
air untuk mengisi perut.

Waktu sahur yang paling afdhal ialah pada waktu
menjelang Subuh, iaitu kira-kira 10 atau 15 minit
sebelum bilal melaungkan azan Subuh.

Rasulullah SAW juga pernah bersabda bahawa waktu
bersahur itu adalah
bersamaan dengan bacaan 50 ayat suci Al-Quran.

Selamat bersahur dan wassalam.


__________________________________________________

Melanggan? (FREE) : Send email to: [EMAIL PROTECTED]

Berhenti Melanggan : Hantar email kosong to: [EMAIL PROTECTED]

Laman Web Lenggang Kangkung: http://www.angelfire.com/ct/lk

Email lama Lenggang Kangkung Group: http://groups.yahoo.com/group/lk/messages

Download File dari Lenggang Kangkung Group: http://groups.yahoo.com/group/lk/files

Free Side Income ? : http://e-mailpaysu.com/members/index.cgi?jeq4422

FREE SMS from internet : http://www.chilipadi.com/sign_up/content.php?referral=jeq4422


 





 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: [EMAIL PROTECTED]

Kirim email ke