*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
May 23, 2000

                         Mahathir 'aibkan' rakyat Indonesia
                         ‘Ein Azmi

                         6pm, SEL: Pemimpin-pemimpin parti politik
Indonesia
                         menganggap Perdana Menteri Datuk Seri Dr
Mahathir
                         Mohamad telah "mengaibkan" mereka apabila
beliau
                         menggambarkan reformasi di negara itu sebagai
"tindakan
                         ganas rakyatnya".

                         Menjelang pilihanraya lalu, televisyen negara
ini
                         menayangkan berapa visual dan laporan tentang
                         perkembangan gerakan reformasi di negara itu
yang dianggap
                         negatif, kata Naib Presiden Parti KeADILan
Nasional, Datuk
                         Sheikh Azmi Ahmad kepada malaysiakini hari ini.

                         "Dr. Mahathir memberi gambaran negatif itu
untuk
                         menakut-nakutkan pengundi Cina dan India,"
katanya,
                         menjelaskan tayangan televisyen sepanjang
sembilan hari
                         menjelang tarikh pengundian pada 29 November
lalu.

                         Beliau berkata semua stesen TV negara ini
menyiarkan berita
                         dan rencana perkembangan politik yang berlaku
pada 13 Mei
                         1998 di negara jiran itu yang memaparkan visual
"potong
                         kepala, membunuh orang dan menyeret mangsa"
dari jam 8
                         hingga 10 malam.

                         Bekas mufti itu berkata, pemimpin politik
Indonesia turut
                         menawarkan bantuan untuk berkempen dalam
pilihanraya
                         kecil Teluk Kemang pada 10 Jun ini.

                         Tawaran ini bertujuan menjelaskan gambaran
salah yang
                         diberikan oleh kerajaan melalui visual ganas
itu, kata Sheikh
                         Azmi.

                         Tambah beliau lagi, rakyat Indonesia kini bebas
melahirkan
                         pandangan di bawah pemerintahan Presiden baru,
Abdur
                         Rahman Wahid atau Gus Dur.

                         Syeikh Azmi berada di sana selama lapan dari
bersama Ketua
                         Pemuda, Mohamad Ezam Mohd. Nor dan tujuh
pemimpin
                         pemuda KeADILan negeri untuk lawatan muhibbah
yang
                         berakhir Ahad lalu.

                         Rombongan itu menemui parti-parti politik
utama, Parti
                         Amanah Nasional, Pemuda Golkar, Parti Bulan
Bintang, Parti
                         Kebangkitan Bangsa dan Parti Keadilan.

                         Menurutnya, mereka mendapat liputan meluas di
media
                         tempatan sama ada akhbar harian, radio dan TV.

                         Sebelum itu, Presiden KeADILan, Datin Seri Dr
Wan Azizah
                         dijemput membentangkan kertas kerja bertajuk
‘Demokrasi di
                         Asia' dalam satu seminar anjuran Majlis Liberal
dan Demokrat
                         Asia di Jakarta.

                         Azizah sempat mengadakan pertemuan dengan Gus
Dur,
                         Timbalan Presiden Megawati Sukarnoputri dan
Menteri
                         Pembedayaan Wanita, selain beberapa tokoh parti
politik dan
                         sahabat-sahabat suami beliau, Datuk Seri Anwar
Ibrahim.


 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: "Haji Johari Adam" <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke