*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Assalamualaikum w.w.

Puan/cik Nor'ain Eusoff

Izinkan saya menyelit sedikit walaupun dah agak ketinggalan kapal.
Mungkin ini topik yang paling diminati ramai buat ketika ini.  Ini pastinya 
hasil tempias pelancaran tapi tak boleh beli proton Waja.  Tak boleh beli 
kerana Waja belum untuk dijual dan kalaupun mungkin dijual nanti kebanyakan 
pengguna biasa tak termampu nak beli.  Juga topik ini diminati ramai kerana 
peluang masing-masing nak melepaskan geram/marah kepada proton dan perodua 
atas dakwaan kualiti yang tidak setara dengan yang sepatutnya.  Itu hak 
pengguna.  Janganlah puan/cik Nor'ain Eusoff terlalu ambil hati.  Mungkin 
rungutan/kemarahan pengguna ini dapat dikurangkan dengan memberi 
fakta/alasan yang menyakinkan atau paling berkesan dengan menjadikan 
rungutan itu sebagai satu sejarah untuk keluaran kereta selepas ini.  Saya 
sendiri baru terlintas untuk memiliki kereta nasional.  Bukan kerana tidak 
ada sifat patriotik, tetapi kerana kesombongan juru jual kereta ketika itu 
(6-7 tahun lepas) dan juga sedikit sebanyak termakan juga rungutan pemilik 
kereta nasional.  Walaupun dah berbelasan tahun, kalau rungutan masih 
kedengaran, pastinya memang ada yang tak kena, samada pengguna terlalu 
cerewet ataupun memangnya kereta itu ada masalah yang saya rasa kecil 
sehingga pengeluar merasa tidak perlu untuk diperbaiki.  Untuk makluman 
semua walaupun kereta bukan proton/perodua yang saya beli itu kini dah 
hampir 7 tahun usianya, hanya bateri dan tayar sahaja yang dah saya tukar 
baru.  Yang lain masih asal.  Mungkin ada yang terfikir ini kereta jenis 
mahal.  Tidak, ia lebih murah dari kereta Wira 1.5 salun ketika itu.

Kini saya termimpikan Waja.  Tapi kalau harganya terlalu tinggi, saya 
kurangkan mimpi itu kepada Wira Aeroback Millenium 1.6XL.  Mungkin Cik/puan 
Nor'ain Eusoff boleh meyakinkan saya bahawa rungutan pembeli selama tak 
lebih dari expectation yang terlalu tinggi sahaja.

Wassallam




----Original Message Follows----
From: Adam <[EMAIL PROTECTED]>
To: "Nor'ain Eusoff" <[EMAIL PROTECTED]>
CC: FITRIZA <[EMAIL PROTECTED]>, hizb <[EMAIL PROTECTED]>
Subject: RE: H-Net* {KERETA NASIONAL - KOMEN DARI STUDENT PULAK } - 
Reply.... Aduhai. ..!
Date: Tue, 16 May 2000 01:35:31 -0400


  *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
  {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
  {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
  {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
  *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
           PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
  ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Assalamualaikum

..kan kita dah kata, janganlah dok kutuk Proton teruk teruk sangat, nanti 
depa
merajuk dan tak boleh pikiaq dengan betoi pulak dan bagi kita semua kereta
reject yang tak boleh nak export pulak. kan aniaya kita semua.

Kalu lah Proton R and D dan Design bersumpah keramat dan kata Waja tu tak 
sama
dengan Cedia,  maka tak sama lah kedua dua tu. Tok sahlah kita berbuih buih
mulut dok argue dengan depa ni. Lagu mana pung kita bukan boleh pi belakang
jelapang dan reka sebijik. Kalau tengok Waja, ada juga iras Chevrolet 
Malibu.
Awat kita tak kata Waja tiru Malibu pulak atau pung Honda Accord ka ?

Jangan lah kita dok jerkah kuat kuat dekat EON, nanti bila kita pi order 
Waja,
depa suruh tunggu queue 9 bulan pulak macam nak beranak. Kemudian naik kan
paedah dari 6.5 ke 7 pulak atau naikkan kadar keuntungan bila buat Islamic
financing. Nanti aniaya kita semua.

Buat Pn 'Ain, biasa biasakanlah telinga menerima kutukan dan celaan. Habaq 
kat
depa tu.."kita sudah kasi yang terbaik, kalu tarak suka, belakang sana ada 
Tan
Chong sama UPSD, pegi sana angkat satu kereta mali"
Yang hok di Proton tu...senyum senyumlah selalu, kalu orang tanya "Dimana
kerja?"  Jawablah dengan penuh bangga kat "HICOM" atau pun "PETRONAS" !!! 
Itu
jawaban kalu malas nak mengaku la...

Wassalam

Adam

p/s: keep up the good job boys, the country needs u and luv u ...



 >===== Original Message From "Nor'ain Eusoff" <[EMAIL PROTECTED]> =====
 >Assalamu'alaikum Chow Sin & the rest of netters,
 >
 >Memang senang untuk mengata orang "melatah" sana sini!  Orang ni 
"melatah",
 >orang ni "melenting".  Whatever they want to say, let them say......   
Bukan
 >apa, orang tu cakap macam ni, orang ni cakap macam tu, lama-lama benda tak
 >jugak settle-settle!
 >
 >Macam ni lah orang Malaysia......  Kadang-kadang nak beri pendapat, fakta
 >tak berapa nak betul, tapi bila kita sangkal, dikatakan kita MELATAH!
 >Melatah tak apa lagi Chow Sin; dikatanya pulak kita MELENTING!
 >Hhhhhmmmm....  manusia, oh.. manusia, memang susah nak puaskan hati 
manusia.
 >Bila kita buat design macam Ferrari, dikatakan kita tiru Ferrari; bila 
kita
 >buat design macam Ford Focus, nanti dikatakannya kita meniru gaya Ford
 >Focus; bila dibuat macam ada rupa Porsche, dikatakan pulak meniru
 >Porsche.... lama-lama buat apapun rupa bentuk, dikatakan MENIRU!  Habis 
tu,
 >ada cadangan nak buat rekabentuk macam mana dari mana-mana pihak?  Takkan
 >kereta penumpang nak direka macam kapal angkasalepas? Nanti dikatakan kita
 >meniru NASA punya angkasalepas pulak!  Pening, pening!  Tak tahulah...  
cuma
 >saya nak habaq katalah, pastinya orang-orang PROTON lepas ni tak tiduq 
lena
 >sebab asyik kena kutuk siang malam.  Kesian jugak.   "Tempias"nya terkena
 >jugaklah kita ni sikit-sikit.
 >
 >Bukan kita tak "consider" pandangan dari student, kalau kena gayanya dan
 >disertakan KRITIKAN itu dengan CADANGAN yg bernas, kita boleh jugak
 >ambilkira pandangan mereka.  Yalahh, siapa yg tak tahu student adalah 
bakal
 >pemimpin negara, tapi kita nak BAKAL PEMIMPIN NEGARA YG BERWAWASAN &
 >BERWIBAWA.  Bukan bakal pemimpin yg HENTAM KEROMO seperti yg dok ada
 >sekarang, betul tak Chow Sin?  Kalau bakal pemimpin negara HENTAM KEROMO
 >tanpa ada sebarang fakta yg kukuh, samalah seperti yg dok ada sekarang ni!
 >Kita pi kutuk-kutuk pemimpin yg ada sekarang yg dikatakan selalu buat
 >statement tanpa ada fakta kukuh, tapi yg "PELAPIS'nya pun serupa jugak!?
 >ish.... ish!   Tak patut, tak patut!   Perkara-perkara serious begini tak
 >boleh diambil ringan....  bagi saya, ini merupakan suatu 
"under-estimating"
 >kewibawaan sesebuah syarikat!
 >
 >Sepatutnya, sebagai student yg dianggap PELAPIS pemimpin negara buatlah
 >research yg betul supaya yg tidak betul boleh diperbaiki.  Bukan sekadar
 >membuat perbandingan secara "at glance" lepas tu nak hentam orang kiri
 >kanan, atas bawah...!   Senang-senang aje menuduh orang meniru tanpa ada
 >sebarang bukti.  Kita mengata orang memfitnah tanpa bukti, habis tu kita
 >sekarang ni tuduh orang PROTON meniru tanpa bukti itu ADILkah?  Come on
 >Malaysians.....!  Orang Melayu khususnya......  ini adalah suatu cabaran
 >buat kita.  Kalau kita TAK "support" usaha yg dibuat oleh orang-orang 
kita,
 >bangsa lain BERTEPUK TANGAN tau!  Mereka bersorak ria kerana kita berlaga
 >sesama kita!  Macam mana kita nak maju?  Sedangkan bangsa lain
 >sokong-menyokong baik dalam bidang bisnes mahupun bidang ilmu....  habis 
tu
 >kita ni macam mana?
 >
 >Saya rasa, kalau mentaliti orang Melayu tidak diubah, maka memang sukarlah
 >untuk orang Melayu sendiri mencapai kejayaan.  Ini kerana banyak buruk
 >sangka dari betul-betul ikhlas untuk menegur!  Saya tak lihatpun mana-mana
 >pihak yg betul-betul ikhlas nak menegur.   (Maafkan saya sekiranya saya
 >ter"overlooked")  Ada pulak yg kata, ORANG MALAYSIA SENTIASA BERLEMBUT 
bila
 >meluahkan rasa hati, tapi saya rasa  idak... leeee.......!  Saya tak 
nampak
 >dah orang Malaysia sentiasa nak berlembut, bahkan dalam Hizbi net ni pun
 >makin banyak e-mail yg kita tengok perkataan yg digunakan terlalu 
"beracun"
 >& "berbisa".  Kalau tidak, takkan Penyelenggara asyik dok bagi "warning"
 >aje?
 >
 >
 >Lagi satu..... kita kena pandang dari semua sudut.  Memang kereta jenis 
lain
 >tiada mirip mana-mana kereta.  Tengoklah depa tu pulak establish macam 
mana!
 >Tengoklah negara mereka macam mana, kita ni macam mana!  Nampak aje macam
 >semua BOLEH, tapi at certain angle, masih ada benda yg TAK BOLEH!  Walau
 >bagaimanapun, bagi sahabat-sahabat kita di PROTON, anggaplah ini sebagai
 >suatu cabaran yg hebat buat kalian.  Jadikanlah ia sebagai suatu "panduan"
 >ataupun "guideline" untuk kebaikan di masa-masa depan.  KEEP UP THE GOOD
 >WORK!  Itu saja yg termampu untuk diungkapkan.....
 >
 >Well........ Chow Sin & the rest, berkenaan dengan kereta nasional kita
 >ni.....  LET THE CAR SPEAKS FOR ITSELF.  {Saya meminjam perkataan dari 
orang
 >PROTON}.  Kita alu-alukan sebarang komen dari pengguna berkenaan dengan
 >rekabentuk luar.  Tapi, kalau dah di"cap" sebagai meniru CEDIA......  
Hanya
 >Allah Ta'ala sahajalah yg maha mengetahui...
 >
 >Renung-renungkanlah.....
 >
 >Seandainya saya bernada "keras", saya minta maaf banyak-banyak.  Saya 
tidak
 >bertujuan nak mengecilkan hati mana-mana pihak.  Saya juga memberikan
 >teguran yg ikhlas kepada BAKAL PEMIMPIN NEGARA.
 >
 >Wassalam
 >
 >P/S:  Sekali-sekala teringat pulak lagu Allayarhamah Saloma:  "Pandanglah,
 >lihatlah,  TIRU MACAM SAYA!"  hehehehe...
 >
 >
 >
 >
 >-----Original Message-----
 >From: chow sin [mailto:[EMAIL PROTECTED]]
 >Sent: 12 May, 2000 2:21 PM
 >To: Jumlah Arisma
 >Cc: [EMAIL PROTECTED]
 >Subject: Re: H-Net* KEreta Nasional Kita-komen student
 >
 >
 >-----Original Message-----
 >From: chow sin [mailto:[EMAIL PROTECTED]]
 >Sent: 12 May, 2000 2:21 PM
 >To: Jumlah Arisma
 >Cc: [EMAIL PROTECTED]
 >Subject: Re: H-Net* KEreta Nasional Kita-komen student
 >
 >
 >bukan melatah.....tapi awak jugak yg tuduh yg bukan
 >bukan. Awak tuduh pun bukannya ada fakta pun. Ini
 >bukan assignment main ambik kawan punya & cut and
 >paste'.
 >
 >Design kereta ni byk caranya.....ford and nissan
 >pernah joint development keluarkan kereta....ford
 >keluarkan kereta telstar dan nissan keluarkan design
 >yg sama tapi nissan design. Begitu juga mitsubishi dan
 >volvo yg mana volvo keluarkan s40 dan mitsubishi
 >keluarkan kereta hasil drp kerjasama.
 >
 >k

Berhati Hati di Jalanraya, Pandu Cermat Jiwa Selamat


  ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
  ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
  ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
  ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
  ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
  ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
  ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: Adam <[EMAIL PROTECTED]>

________________________________________________________________________
Get Your Private, Free E-mail from MSN Hotmail at http://www.hotmail.com


 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: "Tiang Jawi" <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke