*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~* { Sila lawat Laman Hizbi-Net - http://www.hizbi.net } { Hantarkan mesej anda ke: [EMAIL PROTECTED] } { Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED] } *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~* PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ Pesyen buat concert ni kan memang pesyen umno. Kalau pemimpin2 dan yg tua2 umno tu sukakan ala siti, budak2 muda tu tentu nak variasi sikit. Asyik dok style lengang-lengok siti aje, naik boringlah depa. Sekali sekala nak kena hantuk kepala pulak. Mungkin yang tua2 umno tu boleh ikut hantuk sama. Mana tau boleh clearkan karat2 biru tu.
-------------- Konsert liar 4B Limbongan tidak direstui MELAKA: Gerakan Dakwah, Gerakan Belia 4B Malaysia membidas tindakan Gerakan Belia 4B cawangan Limbongan, di sini, mengundang dua kumpulan rock terkenal sehingga menyebabkan peminat fanatik mereka melakukan `head banging'. Pengerusinya, Abdul Rahim Masum, berkata tindakan mereka menjemput kumpulan rock berkenaan tidak langsung direstui kerana tidak dimaklumkan kepada ahli jawatankuasa peringkat Dewan Undangan Negeri (DUN) Paya Rumput serta negeri. Beliau yang juga Setiausaha Gerakan 4B DUN Paya Rumput berkata, tindakan Gerakan Belia 4B itu bukan saja menyimpang dari matlamat asal pertubuhan itu yang berusaha keras membantu kerajaan membanteras gejala sosial, tetapi juga mencemar imej agama Islam. Katanya, sepatutnya mereka merancang program lain yang banyak membawa faedah kepada golongan belia seperti mengadakan aktiviti keagamaan bagi membina jati diri dan meningkatkan kerohanian di kalangan belia. "Saya kesal dan kecewa kerana mereka melanggar dasar perjuangan berslogankan Belajar, Bekerja, Berbakti dan Berilmu," katanya kepada Harian Metro ketika mengulas laporan muka depan akhbar ini, mengenai konsert amal Gerakan Belia 4B cawangan Limbongan di Dewan Hang Tuah di sini malam kelmarin. Konsert itu didapati menyimpang daripada matlamat Gerakan Belia 4B Malaysia yang menjadi pelopor kepada pencegahan gejala sosial di kalangan remaja di negara ini. Ini berikutan konsert amal yang mengundang dua kumpulan rock terkenal tanah air itu tidak menunjukkan matlamat yang dilaungkan pertubuhan bukan kerajaan itu. Lebih 500 remaja yang hadir melepaskan gian mengadakan `head banging' dan ada yang memakai baju melambangkan Black Metal serta menunjukkan isyarat Black Metal menggunakan tangan. Selain itu, difahamkan konsert berkenaan tidak dimaklumkan kepada Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd Ali Rustam selaku Pengerusi Gerakan Belia 4B Melaka dan Presiden Gerakan Belia 4B Malaysia. -- _______________________________________________ Sign-up for your own FREE Personalized E-mail at Mail.com http://www.mail.com/?sr=signup ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body : SUBSCRIBE HIZB) ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body: UNSUBSCRIBE HIZB) ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan ) ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net ) ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED] ) ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ Pengirim: "sam dol" <[EMAIL PROTECTED]>